Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua teman-teman blogger dan fb, semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat walau di mana saja kalian berada.
Pagi-pagi ni sebelum kakchik terlupa dan sebelum kakchik bersiap untuk ke tapak ekspo, kakchik ingin sekali menulis tentang topik ini.
Sebagaimana ramai yang tahu, wanita Kelantan memang majoritinya berpakaian menutup aurat. Kalau mahu lihat ramai wanita bertudung labuh, berpurdah dan bertudung, datanglah ke Kelantan. Alhamdulillah. Kakchik cukup bersyukur sebab Allah bukakan pintu hati anak-cucu Hawa di sini untuk memelihara aurat mereka dengan memakai pakaian yang sopan mengikut Islam.
Tapi, akhir-akhir ini ada satu tren yang sangat menaikkan rasa malu dan sedih kakchik. Satu tren yang sungguh memalukan bila dilihat setiap hari di depan mata ini. Maklum saja sepanjang hampir seminggu berada di tapak ekspo, sudah pasti wanita yang memakai pakaian mengikut tren ini akan lalu-lalang, malah singgah membeli di gerai kakchik.
Nak tahu apa trennya? Ok, inilah dia!
Allahu Akbar! Ujian kami dalam berdakwah kepada para wanita di sini semakin kuat. Kali ini fesyen di atas tu bukan saja menular di kalangan orang muda malah golongan tua-moden juga terpengaruh. Bayangkan ibu atau nenek kalian yang berusia 50 tahun ke atas memakai pakaian seperti model di atas. Apa perasaan kalian?
Kakchik lihat mereka yang menjadi mangsa ni kebanyakannya dari golongan agak berada berdasarkan penampilan, percakapan dan pilihan produk yang mereka beli. Bagi kakchik, usia bukanlah penghalang untuk kelihatan cantik bergaya, siapa yang kata salah kan? Tapi biarlah kita bergaya mengikut kehendak Allah. Kasihanlah kepada anak cucu yang melihat kita sebagai contoh mereka.
Kalau ibu dan nenek pakai macam ni, jadi tak hairanlah kalau anak cucu pakai yang serupa atau lebih 'SKIMPY' daripada ini. Kakchik syukur bilangan yang berpakaian sopan menutup aurat itu masih lebih besar namun, kerana yang sedikit ini terlalu menjolok mata maka mereka menjadi tarikan perhatian semua lapisan masyarakat.
INSAFLAH! Tolonglah rasa malu. Bila kita terasa tak apa memakai pakaian sebegini untuk keluar rumah, INGATLA, SYAITAN di sebelah tu sedang BERSORAK KEGEMBIRAAN. Anda sebenarnya sedang TELANJANG di khalayak ramai.