Followers

24.3.09

Ke KB Mall Mengambil Buku

Assalamualaikum semua & selamat petang. Semalam selepas habis kerja KakChik ke Popular Books untuk mengambil buku-buku baru (nanti KakChik update gambar) yang KakChik booking sambil nak bertanyakan Kad Ahli yang belum sampai-sampai. Selain tu KakChik ada matlamat lain juga ke sana iaitu nak:
  • beli kad memori yang baru untuk kamera KakChik tu, asyik ambil gambar dengan kamera telefon manalah cantik, kelabu je... beli yang 2GB - RM39.00
  • beli tripod kecil untuk kamera juga - RM10.00
  • beli wedges Bata yang Adik pesan, sama dengan yang KakChik punya - RM60.00
  • beli kek di Secret Recipe 2 slice strawberry cheese cake, 1 slice mix fruit cheese cake dan 1 slice apple cheese - RM24.55
  • dan untuk cek sama ada kasut Marie Claire yang baru dah ada ke tak kat kedai Bata tu.
Cerita hal kasut Marie Claire ni, KakChik ingatkan KakChik je yang berkenan kat kasut tu, rupanya habis semua adik & kakak kat rumah tu berkenan, siap memesan, jika nak beli, tolong belikan untuk diorang sekali, ada ke? Tapi kalau jadi beli, kena caj duit minyak la kot hehehe.
Inilah dia kasut yang kami berkenan tu... cantik tak?

Keluarga KakChik ni kebanyakannya memang suka warna ungu. Kawan-kawan di KL tu, ada nampak kasut ni tak?

8 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Kak Chik..

    Cantiknya kasut tu...nak cari jugaklah heheheh...berapa harganya Kak Chik?..:)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam Huda. KakChik pun tak tahu harganya sebab iklan dalam Metro Ahad 1 Mac tu takde pulak diletak harganya.

    Cubalag Huda cari kat kedai Bata.

    ReplyDelete
  3. salam...

    cantik memang cantik...tapi hati-hati memakai kasut bertumit tinggi ya..

    ReplyDelete
  4. wkslm ibnurashidi, insya-Allah kakchik berhati-hati. nak memakainya kita kena juga tahu hal kesihatan dan hukum-hakam agama.

    ReplyDelete
  5. salamz
    cantik.. color hitam ada tak ? hari ni insyaALLAH nak g popular cari buku saturday with stella :D

    ReplyDelete
  6. wa kak chik, nak menambah koleksi kasut lagi la tu yer! kasut tu cantik, tapi tak kena dgn selera saya...hehhhe....

    ReplyDelete
  7. wkslm kittun,

    kakchik tak tau ada ke tak warna lain sebab takde pun stoknya di Bata tu. tentu kittun happy kalau berjaya membeli buku tu :)

    ReplyDelete
  8. kin, kakchik jadi tak pasti pulak nak beli ke tak, mungkin tak beli kot, biar kakak2 je yang beli. selera masing-masing kin, sebab kita kan unik... betul tak? asalkan selesa & puas hati

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs