Followers

9.11.10

Lupa Tanggungjawab

Assalamualaikum dan salam Maghrib untuk teman-teman semua.

Dalam waktu yang singkat sebelum masuknya waktu Isyak ni kakchik percaya ramai orang yang sedang mengisi masa ini dengan membaca al-Qur'an, makan malam, menonton tv atau mungkin ada juga yang masih di dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. 

Gambar hiasan saja.

Di saat ini hujan turun renyai-renyai tapi di dalam bilik kakchik ni bunyi titik hujan jatuh ke atas bumbung sangat kuat seolah-olah ianya titis yang besar. Tup tap tup tap kakchik dengar bunyinya. Terasa nyaman dan sejuk sekali udara malam ini hinggakan kakchik mandi kesejukan tadi.

Tiba-tiba kakchik teringat pada diri kakchik ni. Semakin hari semakin lemah imannya. Sesekali memori zaman pengajian di universiti dulu datang mengusik jiwa kakchik ni. Mulalah terasa rindu yang amat sangat pada sahabat seperjuangan dan juga perjuangan untuk survival Islam.

Setiap hari kakchik cukup bimbang jika kakchik lupa pada tanggungjawab kakchik terutama tanggungjawab sebagai isteri. Bila ada tekanan di luar, kakchik bimbang secara tak sengaja kakchik membawanya pulang ke rumah. Di waktu itu hati ini mulalah nampak itu kurang ini kurang. Lemahnya iman.

Kakchik bimbang kakchik lupa pada janji-janji kakchik yang pernah ditanam sepanjang hidup ini. Bila berjanji untuk menjadi pejuang agamanya, kakchik takut usaha kakchik amat sedikit. Berjanji mahu menjadi isteri yang solehah tapi kadang-kadang kakchik lupa juga untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Janji untuk menyelesaikan pelbagai permintaan orang, kadang-kadang dalam kesibukan, kakchik lupa.

Tidakkah kalian merasa bimbang bila tidak berjaya menunaikan janji. Mungkir janji ialah satu sifat munafik. Adakah dikira munafik diri ini jika terlupa kepada janji? Dan janji iatu satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Hati ini cemburu juga bila melihat mereka yang sentiasa bertanggungjawab. Ini berdasarkan pandangan luaran kakchik saja ya. Yang dalam tu hanya Allah yang tahu.

Pada kakchik orang yang tidak lupa tanggungjawab ialah orang yang bila masuk waktu solat, dia bersegera untuk mengerjakannya. Orang yang bertanggungjawab ialah orang yang selalu mengambil berat tentang diri ahli keluarganya. Orang yang bertanggungjawab ialah mereka yang adil dalam memberi nafkah pada ahli keluarganya. (Ada kawan mengadu, sejak dia bekerja, suaminya langsung buat-buat lupa nafkah bulanannya.)

Orang yang bertanggungjawab ialah bila dia melihat kawannya mahu melakukan maksiat dan dosa, dia bersegera mencegahnya sedaya yang mampu di samping mengajaknya kepada kebajikan. Orang bertanggungjawab ialah dia buat apa yang dia selalu sebut misalnya "senyum itu sedekah", maka dia selalu menghadiahkan senyuman kepada orang lain.

Banyak lagi contoh yang ada yang boleh kakchik senaraikan di sini. Tapi yang pasti kakchik selalu muhasabah diri, adakah kakchik buat semua tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya? Sangat takut kakchik pula yang termasuk dalam golongan mereka yang berkata tapi tidak berbuat seperti yang disebut dalam Surah As-Saff, itu.

6 comments:

  1. assalammualaikum kakchik,

    Bukan kakchik seorang yang merasainya.

    ReplyDelete
  2. tsentuh ht ini bila mbaca coretan kakchik. terasa tlalu kerdil diri ini. sesungguhnya apa yg kakchik katakan mbuatkn ina tfkr. di manakah letaknya diri ini.

    terima ksh pd kakchik krn mgingatkn diri ini pd tanggungjwb yg septtnya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    terima kasih sbb mengingatkan...saya pn kdg2 terlupa apa tanggungjawab saya d bumi tuhan ni...aduhai..

    ReplyDelete
  4. wa'alaikummussalam kak azah. kita manusia kak. tentu ada pengalaman yang sama.

    ReplyDelete
  5. moklong ina, peringatan ini untuk semua tapi paling utama untuk kakchik yang menulisnya. semoga kita dapat fikir dan bertindak.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam MysDear. Sama-sama. Lupa itu memang fitrah kita. Sama-samalah kita ingat-mengingati.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs