Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam sayang buat suami tersayang yang dirindui, semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dalam setiap apa kerja buat kita.
Kakchik rasa di saat kakchik menaip ni, kebanyakan dari kita di bumi Malaysia ni sedang berehat kerana kita telah pun selesai solat Isyak, makan malam dan mungkin telah mengemaskan dapur kita sebentar tadi. Di saat ini kakchik terasa amat rindu padanya tapi biasalah, hidup mesti diteruskan. Hanya doa pada Allah yang menenangkan jiwa.
Fillah |
Bila teringat diri terpisah sebentar dari suami, sudah mula rumah terasa kosong. Kelibatnya ditunggu-tunggu walhal kakchik tahu dia jauh di sana. Dalam saat begini kakchik teringatkan para wanita dan rakan-rakan di luar sana yang telah kematian suami atau telah berpisah dengan suami sama ada bercerai mati atau bercerai hidup. Mereka yang mampu bangkit meneruskan hidup adalah para wanita yang sangat hebat.
Kalau di sini, kami memanggil para wanita yang menjadi ibu tunggal sebagai ARMALAH, satu istilah yang lembut didengar berbanding IBU TUNGGAL. Banyak cerita yang kakchik baca dan dengar tentang para armalah ini yang satu ketika dulu hanya surirumah sepenuh masa, terpaksa mengubah 'kerjaya' mereka selepas ketiadaan suami. Hidup mesti diteruskan demi diri sendiri dan lebih-lebih lagi jika ada anak-anak yang memerlukan didikan dan perhatian.
Tentu sukar sekali para wanita ini mahu menelan keperitan batin dan fizikal mereka di awal perpisahan. Memujuk diri agar kuat secara spiritual dan mental dalam saat krisis melanda, tentulah sangat-sangat meruntun jiwa. Walau ada harta segunung pun, bila hilang dahan bergantung, tentu patah hati juga. Sebab itu kakchik anggap mereka hebat bila mereka mampu bangkit demi keluarga hingga mampu mendidik anak-anak hingga menjadi insan yang berjaya. Kalau berjaya akademik dan agamanya lagilah hebat.
Iya, kita para wanita memang kena sentiasa bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Kita tahu Allah itu sentiasa ada jadi kita berusahalah agar hidup kita ini setiap hari adalah hidup yang penuh bermakna. Sama ada bersama suami dalam melaluinya atau bila berjauhan dari suami. Kenalah terus positif dan berserahlah pada Allah agar menjaga suami kita sebagaimana kita berdoa agar Allah melindungi diri kita. Insyaallah hati akan menjdai tenang bila kita bersangka baik dengan Allah.
Jangan takut, jangan sedih, jangan bimbang, jangan lalai, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan hidup dengan penuh semangat positif.
Salam,
ReplyDeletekak Chik, suami juga milik Allah, pinjaman dari Allah yang sungguh berharga. Kita juga para isteri perlu bersiap sedia andai pinjaman ini diambil oleh Tuannya semula. Pada waktu itu kita perlu redha dan selalu ingat bahwa Allah sentiasa ada untuk menjaga dan memelihara kita. Tak dapat saya bayangkan dan memang diselubungi rasa ketakutan. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan insyaAllah..
Wkslm UmmuFarhan,
ReplyDeleteMemang benar, dia dan kita adalah milik Allah. Semoga kita sentiasa bersiap-sedia menghadapi cubaan Allah itu. Sebagai hamba yang tidak tahu perancangan Allah, kita hanya perlu berusaha mempersiapkan diri agar bila cubaa datang, kita dapat melaluinya dengan tenang. Kakchik tidak mahu membayangkannya tapi kita cuba menguatkan diri kita dengan ilmu agama, insyaallah pergantungan kepada Allah akan menjaga kita.
salam buat kak chik&ummufarhan...
ReplyDeleteadanya iman yang teguh dan rasa yakin kepada Allah, insyaAllah kita kuat hadapi segala dugaan sendirian..setiap makhluk ciptaan Allah pasti akan kembali kepadaNya..
salam,
ReplyDeletesaya pon mcm k.chik juga..rasa lonely je bila hubby tak ada..sy sentiasa doakan agar hb selamat pergi dan pulang..=)