Followers

7.12.10

Diari 1 Muharram 1432 Hijrah: Setakat Ini

Bismillahirrahmanirrahim.

Dear Bloggy,

Alhamdulillah hari ni dapat bangkit dari tidur awal. Dapat dengar azan Subuh dari corong pembesar suara di Masjid Pulau Melaka dengan begitu jelas sekali. Syukur... masih ada sinar di awal tahun baru. Ada bunyi siraman air dari bilik mandi, oh, rupanya cik abe telah lebih awal bangun dan membersihkan diri. Dia nak cepat ke masjid untuk solat Subuh berjemaah. Gembiranya. Alhamdulillah.

Terus kemaskan tempat tidur dan segera untuk ke bilik air. Huhu, sejuknya... Nak mandi ke... tak nak mandi? Kalau mandi pagi ni, biasanya sejuknya sebentar saja tapi kalau tangguhkan dan mandi bila cerah nanti, sejuknya boleh menggigil ke tulang gigi. Inilah tuahnya bila rumah dikelilingi pohon hijau. Suhunya di musim panas sangat nyaman tapi bila musim hujan begini, tak terkata sejuknya.

Usai solat Subuh. Membuta sebentar sebab kesan ubat dan antibiotik yang dimakan sangatlah kuat. Hidung masih ada 'road block' jadi terpaksalah tinggikan bantal. Tak lama, cik abe balik dari masjid dan dia kejutkan. "Yang nak air ya?", dah tahu jawapannya tapi saja nak tanya. Orang kata pemanas untuk komunikasi pagi hehe.

Abaya kakchik yang terbaru. Ditempah dari Malang, Indonesia. Murah dan memuaskan hati.

Jerang air. Sambil tu gorengkan ayam, nugget dan sedikit fries untuk makan pagi. "Hmm... kalau semua ni dibuat lauk ok juga ni." Alamak! Lupa nak tanak nasi dulu. Grrr... salahkan ubat ya. Kalau tidak tak akan mamai sampai macam ni. Tapi takpe... ambil 2 biji pinggan kosong, menyelit sebentar ke rumah Ummi hehe. "Mi, nasi kosong 2 pinggan, cili padi 2 biji, mentimun sebiji dan limau nipis sebiji." Dah lama demam, bekalan di dapur hampir kering dibuatnya.

Buat dua gelas air kopi. Hidangkan makanan dan jemput cik abe makan sarapan ala kadar. Lupa... Ummi pesan suruh ambil sambal tumis ikan bilis kat dapurnya. Ok, jangan lepaskan peluang. Masa tak sihat ni, bantuan dan pertolongan jangan ditolak, nanti diri sendiri juga yang menyesal. Betul tak?

Mengemas rumah.

Hari ni dah tak demam cuma selsema saja. Ok, baik sapu sampah dalam rumah. Debu makin banyak dah kat ceruk-ceruk almari buku tu. Nanti budak-budak datang, kesian diorang dok meniarap dan sedut udara yang berdebu. Argh, tak sanggup membayangkannya.

Menyapu - checked.

Ada kawan cik abe datang. Terpaksa jumpa di luar sebab ruang tamu kami hampir penuh dengan kotak-kotak abaya yang baru sampai. Tu termasuklah juga kotak-kotak abaya dan peralatan yang digunakan semasa Cheng Ho Expo yang belum habis dikemaskan. Nasib baik semuanya tersusun kemas tapi no no no, tak sesuai untuk tetamu tengok.

Alasan tak habis kemaskan - kakchik demam dan bedridden. :D

Dapur dah kemas. Kain dah lipat. Kain basah dah siap jemur. Hmm... apa lagi nak buat ni?

Ok, masa untuk internet la.

2 comments:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs