Followers

16.12.10

Terlalu penat nak menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam 10 Muharram aka Hari Assyura.

Hari ni dan semalam tentu ramai di kalangan teman-teman yang berpuasa sunat kan. Syukurlah kalia diberi kelapangan untuk melakukan ibadah tersebut. Bagi orang yang uzur syari'e ni ada juga rasa rugi sebab terlepas peluang tapi dapatlah juga buat amalan baik serba sedikit sepanjang tahun baru ni.

Kakchik minta maaf sebab semalam langsung tak update. Masa terlalu cemburu hinggakan kakchik tak sempat sungguh. Bila banyak urusan yang memerlukan kakchik memandu ke sana-sini dalam keadaan jalan yang sangat sesak sekitar Jln. Sultan Yahya Petra, Jln. Sultan Ibrahim dan Jln. Kuala Krai tu atau lebih tepat lagi sekitar KB Mall, memang sungguh meletihkan.

Balik ke rumah nak uruskan suami dan rumahtangga, kemudian macam biasa uruskan bisnes online. Rupa-rupanya 3 jam di waktu malam ni memang tak cukup untuk baca+balas email, cek pesanan di facebook + balas + berbalas2 mesej dengan kawan dan pelanggan. Allahu Akbar! Apapun kakchik kena berhentikan segala urusan online bila tengah malam. 

Tapi kan... walaupun penat, kakchik happy. Alhamdulillah... happy sebab kakchik dapat buat apa yang kakchik suka. Semunya suka. Urus suami suka. Kerja di Zahra' suka. Jual buku di MariBaca suka. Jual abaya online sangat-sangatlah suka. Selagi semua ini dapat kakchik lakukan dengan gembira dan suami tak marah, selagi itu kakchik akan sentiasa syukur ke hadrat Allah Ta'ala sebab hanya Dia yang izinkan semua ini berlaku.


Ok, kakchik nak ke KB Mall dulu. Nak ambil cik abe yang sedang bekerja overtime membantu syarikatnya buat Jualan Akhir Tahun. Siapa yang nak melancong pada harga RM99 seorang tu jom lah ke KB Mall, Al-Quds Travel sedang buat promosi besar-besaran.

Permisi dulu. Wassalam.

7 comments:

  1. Kalau setiap hari kita buat semua perkara yang kita suka, tentu seronokkan kak.. Kita akan buat dengan seikhlas hati kan.. Moga Kakchik diberi kekuatan utk jalani semua urusan seharian.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,

    rm99 tu melancong ke mana? tu bayaran apa?

    ReplyDelete
  3. salam kchik..akak n family pn pergi mlm td..smpt brsmbang jap dgn suami kchik....trkilannya xsmpt jupe kchik...

    ReplyDelete
  4. Nur, memang betul Nur. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  5. Wkslm areef. RM99 tu harga pakej Tianjin-Beijing 4D3N. Belum termasuk tiket.

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak nza. Belum ada rezeki kita kan kak? Suami ada bagitau akak tegur dia.

    ReplyDelete
  7. Askum Kak Cik.

    Apakabar?

    Pakej apa lagi yang ada ya? Untuk melancong ke Cina bila tarikhnya atau kita boleh memilih tarikhnya?

    Terima kasih.:)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails