Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga hari ni jauh lebih baik dari semalam untuk kita semua. Cik abe demam.
Balik dari kerja petang semalam, cik abe asyik batuk dan muntah. Kasihan suami kakchik. Masuk waktu Maghrib, kami solat berjemaah dalam keadaan cik abe batuk-batuk. Tak tahu nak kata apa perasaan dalam hati ni.
Cik abe baring dan kakchik selimutkan dia sambil picit-picit badannya yang panas. Dia tak mahu dipicit. Rasanya otot-ototnya rasa sakit bila kakchik picit jadi kakchik hanya gosok belakang dia. Batuk lagi. Muntah lagi.
Kakchik masak nasi dan buat lauk dan sayur ringkas saja sebab cik abe nak makan nasi. Lebihan mee kari yang kami buat sarapan, kakchik masukkan dalam peti ais. Jatuh air mata bila lihat cik abe macam ni. Berselimut, ketar dan suhu badannya panas sekali.
Selepas makan malam, cik abe berehat. Selimut dari hujung kaki ke hujung kepala. selalunya kakchik tak beri dia baring kalau selepas makan tapi malam tadi, dia sangat perlu berbaring.
Ubat tahan sakit, panadol dah habis. Hanya minum air suam dan kakchik harapkan selimut tebal akan buat cik abe berpeluh. Peluh bagus untuk lekas sembuh.
Demamnya melarat hingga ke pagi ni. Kakchik telefon bosnya beritahu dia sakit. Bos yang memahami, izinkan cik abe cuti sakit tapi kakchik nak bawa juga dia jumpa doktor w/pun cik abe ni liat sikit. Kakchik pun terpaksa ambil EL sebab nak jaga dia. Takkan nak masuk kerja juga dalam keadaan begini kan?
Moga-moga selepas jumpa doktor, ambil ubat dan MC, cik abe akan dapat ubat yang sesuai agar lekas sembuh. "Lepas ni kena jaga kesihatan betul-betul ya Yang. Nor akan tolong pastikan."
salam kakchik,
ReplyDeletedugaan ni musim2 hujan ni
semoga suami kakchik segera sihat
dan kakchik pun sihat utk jaga keluarga yg tersayang
wkslm ati.
ReplyDeleteha'ah, mmg dugaan. baru je dia sihat 2 minggu sudah tapi demam lagi dan lagi teruk.
agaknya sebab kerja non-stop.
trm ksh ya ati atas doanya.
Assalamualaikum kakchik niza.
ReplyDeletesame la kita kakchik.husband akak kat hospital operation,dah lima hari dah.semoga husband kakchik cepat sembuh.begitu juga kakchik.look after yourself too.
salam sayang dr
akak salmisaid@sydney.
syafakallah..
ReplyDeletem0ga cik abe kak chik cpat2 smbuh ye..
Salam kakchik,
ReplyDeleteI know how you feel...
sabar ye...nampak mcm kerap je sakit akhir2 ni...better buat full medical check up kat klinik or hospital.Kalau setakat bertahan dengan panadol atau apa2 ubat tahan sakit rasanya bukan cara yg terbaik.Jgn ambil ringan walau demam yang sikit...maaf kakchik,bukan niat nak takutkan....
semoga kakchik sekeluarga diberikan kesihatan yang baik selalu.
take care ye.
salam kakchik...dimana2 pun terdengar berita orang2 tersayang kene sakit..abah aza pun demam batuk2 smpai takley tido malam...cik abe aza pun batuk da dekat seminggu...
ReplyDeletekita watla apa yang termampu..selebihnya kepada Allah jualah kita berdoa...ameen...
berdoa juga kita tetap sihat supaya boleh menjaga orang2 tersayang...ameenn...
Wa'alaikummussalam ummuamin.
ReplyDeleteShafakallah utk suami kak salmi ya. Operation? Dia sakit apa kak? Insyaallah kakchik akan jaga diri sebab nanti susah pula nak jaga suami. Semoga suami akak lekas sembuh.
Terima kasih Atika Natasha.
ReplyDeleteWkslm Alasmal.
ReplyDeleteAlhamdulillah kakchik ok je cuma itulah, hati isteri ni macam tu lah kalau suami sakit kan?
Kakchik dah bawa dia ke klinik tadi dan dah buat rawatan rapi.
Doc kata kalau berlarutan mungkin kena buat ujian darah.
Buat sementara ni makan ubat yang doc bekalkan dulu.
Terima kasih ya sahabat.
wkslm aZa.
ReplyDeleteagaknya sebab cuaca yang sejuk sekarang ni menyebabkan virus mudah merebak. itu yang ramai dapat sakit terutama demam panas dan batuk selsema.
semoga abah dan cikabe aZa lekas sembuh juga. suami kakchik dah makin sihat tu. alhamdulillah.
moga kesihatan yang Allah pinjamkan ini bertahan lama.
Salam, boleh ikhtiar dengan Qaseh Gold
ReplyDelete