Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga kalian semua dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Alhamdulillah, walaupun dalam kepayahan akibat urat-urat yang sakit kesejukan dan badan yang masih demam selsema, kakchik tiba-tiba ada kekuatan untuk bercerita di sini. Kita tengoklah berapa panjang kakchik boleh menulis dalam keadaan begini.
Semuanya gara-gara hidung berair ni macam terbau-bau roti buatan sendiri yang sudah lama tidak dibuat. Alangkah sedapnya kalau dapat makan roti dari hasil tangan sendiri. Keharumannya menusuk hidung dan terus ke hati.
Tak percaya? Cuba tengok,
Sedapnya... |
Sebab itulah kakchik telah membeli sebuah mesin pembuat roti dari Jerman melalui seorang teman blogger, iu. BM tu macam gambar paling atas tu. Sekarang ni BM dalam perjalanan menuju KB dan mungkin sehari dua ni akan sampai juga kat sini.
Terasa semangat nak membuat roti kembali berkobar-kobar. Dah setahun banyak bulan kakchik tak menguli tepung selepas pergelangan tangan kanan kakchik terseliuh. Trauma sikit. Jadi, kita sama-sama tunggu ketibaannya.
Sedikit butiran lanjut tentang teknikal penggunaan BM ini. Kakchik salin terus dari fb iu.
Technical Details
* 2 capacity settings: 750g and 1kg
* Choice of 3 crust settings
* Fruit and nut beeper
* Power interruption protection with pause and modify capability
* Keep warm function: up to 60 minutes
* Lid with large viewing window for more control over cooking
* Digital display screen
* Power: 710 watts
* 2 capacity settings: 750g and 1kg
* Choice of 3 crust settings
* Fruit and nut beeper
* Power interruption protection with pause and modify capability
* Keep warm function: up to 60 minutes
* Lid with large viewing window for more control over cooking
* Digital display screen
* Power: 710 watts
hehe.saya nak jugak mesin centu. tak pernah lg sy buat roti sendiri. ^_^
ReplyDeletesalam. bestnya kakchik! nadiah pun teringin nak ada breadmaker
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletewah...tahniah!
dah ada BM nanti senanglah nak meroti.cantik BM tu...
yg sy ni...ada BM tapi dah lama tak meroti...jgn BM merajuk sudah hehehe...
salam kak chik..
ReplyDeletemmg sedap roti buat sdiri. takde bahan pengawet. lebih lg makan panas2. sekejap je habis.
salam kakchik...brapa yer breadmaker Tefal ni?? nampak cantik dan kemas jer..
ReplyDeleteassalamualaikum kak chik,
ReplyDeletesaya skrg ni pun tgh survey BM nih. Berkenan pulak tgk brand tefal ni. Berapa harganya? Kalu saya nak order jugak boleh ke?
Saya doakan semoga kak chik lekas sembuh.
salam kak chik;
ReplyDeleterupanya lebih kurang macam BM tesco tu la tapi nampak cantik skit dgn colour silver....mungkin harganya pun lebih cantik dari yang tesco punya....tapi spec lebih kurang sama...capacity pun 1 kg gak....selamat meroti ye kak chik
wah tahniah kak chik...lina pun teringin nak ada bread maker ni.
ReplyDelete