Followers

17.12.10

Kerabu Pauh Chicken Rice Shop

Kerabu di Chicken Rice Shop

Assalamualaikum dan salam tengahari. Entri kali ni pasal makanan sebab dah lama tak cerita pasal makanan kat blog Keluargaku Sayang ni. Semalam kakchik ke KB Mall untuk lihat-lihat cik abe yang sedang bertugas di tapak promosi Al Quds Travel di ruang legar KB Mall.

Oleh kerana kakchik keluar rumah dengan perut yang hanya beralaskan pisang goreng sebagai sarapan dan ke sana ke mari menyelesaikan pelbagai urusan, sampai di KB Mall dalam jam 3 lebih, kakchik sangatlah lapar. Dalam tu hanya TCRS saja yang punya suasana yang sesuai untuk kakchik makan sendirian tanpa gangguan dan terlindung.

Hehe, tentu ada yang bertanya bagaimana kakchik makan di tempat awam? Insyaallah itu akan kakchik cerita dalam entri khusus. Tentu ramai nak tahu. Tapi kali ni nak cerita kakchik hanya makan pakej Single Meal + Kerabu + Milo panas. 

Wah... kerabunya sangatlah kakchik suka tapi tak dapat nak habiskan sebab banyak sangat untuk seorang. 3/4 saja yang perut kakchik mampu terima. Tapi kan... kalau dapat makan lagi, kakchik nak makan dengan cik abe. Mungkin petang ni :)

8 comments:

  1. Salam Kak Chik..

    Terliur tgk kerabu mangga tu..
    Ujan2 plak nih...adesss...

    ReplyDelete
  2. da lama tak makan kerabu. bahan2 kurang. jauh tak restoren tu dr KB? kalau ada rezeki boleh singgah kat situ. =)

    ReplyDelete
  3. Slm Kakchik,

    Rasa lama gak tak singgah kat rumah "keluarga kusayang" ni...baru hari ni berkesempatan kakchik...
    Saya pun suka makan kerabu pauh tu....tp kat sini takde TCRS...saya biasa mkn time pegi KL je.
    Kakchik, nak tanya cik Abe tu kerja dgn Al-Quds travel ke? Sbnrnya saya pernah nak masuk website tu tp tak dpt2...boleh bantu saya tak. Saya nak tahu apa promotion yg sedang mrk jlnkan skrg.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Cik Shinju.
    Kakchik pun sebab kes terliur tengok gambar lama tu yang singgah lagi makan kerabu tu kat TCRS semalam. Sedaaap..
    Kat sini pun hujan ni.

    ReplyDelete
  5. Awrapurnama,
    Restoran TCRS ni dalam KB Mall, bersebelahan dgn McD. Senang je nak cari.

    ReplyDelete
  6. Wkslm Alasmal,
    Mula2 kakchik nak ucapkan byk2 terima kasih sb MMS gambar kat kakchik hehe, mmg cantik.
    Kena belajar buat sendiri lah nampaknya kalau nak makan kat Sarawak tu.
    Ha'ah, suami kakchik kerja dengan Al-Quds. Cuba Alasmal masuk di sini: http://alquds.com.my

    ReplyDelete
  7. terliur pulok tgk...sedak tu....

    ReplyDelete
  8. sedap kak nza. Kalau masih di KB, bolehlah cuba kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs