Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Kakchik alhamdulillah baik-baik saja. Sepanjang hari siang tadi kakchik bergelumang dengan abaya. Satu ruang tamu hampir sesak dengan abaya. Sana-sini bungkusan abaya. Mashaallah... kalau macam ni nampak gayanya rumah kakchik akan bertukar jadi butik abaya.
Pagi-pagi kakchik keluar menghantar cik abe ke pejabatnya, lepas tu balik ambil jalan menuju ke Kubang Kerian sebab nak singgah di pejabat pos untuk mengeposkan beberapa bungkusan abaya dan buku. Alhamdulillah, urusan dapat diselesaikan lebih cepat sebab hari masih pagi dan kaunter pos pun baru saja beroperasi.
Habis almari buku cik abe jadi mangsa. |
Usai di situ kakchik memandu balik ke rumah. Sambil tu dok rancang nak singgah kat Mydin atau Nirwana Maju untuk mencari gandum Baker's Choice sebab kakchik ada hajat nak buat roti. Tapi oleh kerana asyik dok khayal jenis roti apa yang nak dibuat, kakchik terlajak la pulak. Mungkin tak jadi lagi lah rancangan nak meroti dengan BM baru tu.
Sampai kat rumah terus mengemas rumah yang sedia kemas, hehe, mana nak bersepah sangat kan sebab hanya kami berdua je. Bersarapan dengan Nasi Kak Wok kemudian tackle email yang beratus-ratus sambil online di fb. Sambil tu kakchik mengambil gambar abaya-abaya baru yang belum sempat disiapkan.
Yang atas karpet sudah siap susun selepas bersepah kami buka dan cuba. |
Habis penuh tingkap ruang tamu kena gantung dengan abaya hehe. Segan nak tayang gambar kat sini, buat malu je. Kat atas karpet berlambak dengan abaya yang kakchik dah susun mengikut saiz. Di patung pulak silih berganti kakchik pakaikan abaya. Wah... seronok jadi patung kan? Dapat pakai abaya baru je, hehe.
Di sebelah petang ada kawan datang ke rumah untuk melihat abaya. Dia bukan datang saja-saja sebab dalam 2 jam lebih kami dok bersembang sambil belek dan cuba abaya, dia bawa balik 2 pasang abaya yang sangat cantik dan unik. Terima kasih Yah kerana sudi datang ke rumah dan membeli abaya. Semoga hati Yah gembira dan puas dengan hasilnya.
Nasib ler... tangga pun jadi tempat menyangkut abaya hehe. |
Kawan balik, kakchik solat Asar dan terus bersiap untuk mengambil cik abe di KB. Alhamdulillah, walaupun jalan sibuk, kakchik sempat sampai di pejabat cik abe dalam masa tak sampai setengah jam. Kesian dia terpaksa menanti hari ni. Selalunya kakchik singgah di pejabatnya selepas habis kerja. Kami kongsi kereta tapi oleh kerana kakchik selalu je keluar-masuk pada waktu kerja maka kereta stay dengan kakchik.
Bila sampai di rumah, huhu, ruang tamu kami masih lagi macam butik. Kalau macam ni, jimat bajet. Kalau ada pelanggan nak beli abaya, datang aje ke rumah kakchik. Boleh cuba dengan selesa. Ok tak?
wow!huhu belum ada rezeki nak beli abay kak chik...pikir2, byk kena beli blous n seluar kot since byk keje outdoor ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum ....
ReplyDeleteKak chik, belum pun Kak chik jemput saya dlu dah serbu rumah Kak chik.Hehehe...geram tgk abaya dalam gambar tu...mesti lawa-lawa kan..
Salam Kak Chik
ReplyDeletekalu gie ghumoh Kak Chik tapi tok beli abaya , buleh kor???
lagu mano nok contact Kak Chik ..???
nanti Kak Chik email no hp Kak Chik kor Kak pB deh
aidarahm@tm.com.my
(kalu buleh sebelum jam 5 petae hari nie @ 10.12.2010)
assalamualaikum,kak chik..wah seronok ain dengar..makin ligat biz akak..alhamdulillah..moga sukses selalu...:))
ReplyDeletesalam kak chik.. boleh saya tahu ID kak chik di FB? kak chik dah beri kebenaran utk saya add haritu.. :)
ReplyDeleteCatlina,
ReplyDeleteTakpe, nanti bila hati terasa nak membeli abaya, cari kakchik ya.
Wa'alaikummussalam MysDear,
ReplyDeleteSilakan... bila nak sampai ni? Tuan yang dok belek ni pun kalau ikut nafsu mmg nak ambil semua abaya saiz kecik yang ada. Tapi kena sabarkan diri hehe.
Wkslm kak pB,
ReplyDeleteno problemo kak. Maghi lah.
takdi kakchik ado ata email. kak pb cek email deh.
Wa'alaikummussalam ain,
ReplyDeleteAlhamdulillah... hanya dengan izin Allah semua ni boleh dilakukan ain. Terima kasih banyak ya atas doanya.
dear OneSimpleMother, cari norhaniza atau kakchik niza ya.
ReplyDeletewah... abaya!
ReplyDeleteelok maza sarankan pada org rumah lah... heheheh
SALAM KCHIK NAK THU APE EMAIL KCHIK YER?BMINAT DGN ABAYA...
ReplyDeletemaza, maaf banyak2 sebab baru ternampak komen maza ni. selama tempoh ni orang rumah dah singgah tengok abaya ke belum? kalau belum, sekarang ni ada jualan ramadhan :)
ReplyDeletewkslm my qiemiey88. sila ke blog abayaelegan.blogspot.com ya. insyaAllah maklumat nak kontek kakchik ada di sana.
ReplyDelete