Followers

6.12.10

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah kepada semua teman-teman blogger.

Mohon maaf zahir batin atas segala salah silap yang pernah kakchik lakukan sepanjang dalam menulis di ruangan blog atau di dalam menjawab komen atau mesej.

Semenjak blog ini menjadi tumpuan umum, kakchik cuba untuk memastikan setiap ayat yang tertulis tidak menyinggung perasaan. Teguran yang kakchik berikan adalah dari hati seorang insan yang cintakan Islam dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika cara kakchik ada yang tak betul, jangan segan menghantar email atau personal message ya. 

Ada yang mampu dibalas atau dijawab akan kakchik layan sebaiknya.

Semoga tahun baru hijrah akan menjadikan diri kakchik insan yang jauh lebih baik di 'mata' Allah SWT. Ingin sekali meningkatkan amalan baik terutama dalam tadabbur ayat-ayat suci al-Qur'an secara berterusan setiap hari kakchik 'suci', meningkatkan amal kebajikan dan nahi mungkar, terus aktif dengan kerja-kerja agama terutama yang melibatkan masyarakat, nak tingkatkan kejayaan bisnes agar mampu mengeluarkan zakat dan semoga kesihatan diri dan iman jauh lebih baik dari tahun ini.

Segalanya boleh dicapai HANYA dengan izin Allah.

Ya Allah, makbulkanlah.

5 comments:

  1. Salam Maal Hijrah untuk Kakchik. Semoga dilimpahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dimakbulkan cita-cita.. Amin.

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya mendapat rahmat Allah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak Nur. Semoga Allah kurniakan Nur dan suami kebahagiaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih One Z. Moga Allah permudahkan segala urusan One Z di tahun baru ini.

    ReplyDelete
  5. Sama-sama Kak Chik.. Amin.. semoga doa Kak Chik tu diperkenankan olehNya..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails