Followers

22.12.10

Penampilan Diri Berkualiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang untuk kalian yang masih sudi bersilaturrahim secara ikhlas dengan kakchik. Apa khabar? Moga-moga semuanya dalam keadaan sihat, ceria, gembira dan bersemangat menjalani hidup sebagai seorang Islam, setiap hari.

Agak lama rasanya kakchik tidka menulis topik yang agak serius. Hari ni kebetulan pula kakchik membaca sebuah buku yang tajuknya entri ini menyalin terus tajuk buku tersebut. Kerja kakchik agak banyak hari ni tapi bila kepala mula rasa tepu dan mula pening, membaca buku adalah ubatnya.

Pagi tadi semasa kakchik menanti cik abe bersiap untuk klinik, sempatlah juga kakchik ronda-ronda ke blog-blog 'fashionista' di kalangan muslimah. Kelihatan mereka sangat bergaya sekali dengan pelbagai gaya penampilan harian yang berbeza-beza. Gambar-gambar yang dikongsikan di blog mereka juga sangat cantik menyebabkan mata yang memandang tertarik untuk menatap lebih lama.

Satu perkara yang kakchik nampak dari kesemua persembahan blog-blog 'fashionista' itu ialah bagaimana mereka menampilkan diri mereka di khalayak ramai. Penampilan mereka mempesoanakan sekali. Kena pulak dengan pakej empunya diri yang cantik lawa. Mashaallah. Kata penulis buku tu, Robiah K. Hamzah, 
"Penampilan peribadi yang mempesonakan ialah bila kita berjalan di hadapan orang ramai semua tumpuan terpaku kepada kita." 
Itulah mereka. Tapi, kita kena ingat, kalau menurut Islam, penampilan yang mempesonakan bukanlah sekadar pada pakaian kita tapi pakejnya ialah akhlak yang mulia, penuh sopan-santun, penampilan yang kemas, anggun tapi sederhana, cara kita berjalan (bagaimana Nabi Muhammad SAW berjalan?) dan cara kita bercakap dengan orang lain. Jika semua faktor ini ada pada diri kita, insyaallah kita dikatakan mempunyai penampilan diri yang berkualiti.

Misalnya, kita memakai baju kurung yang labuh, longgar dan tidak nipis, dipadankan pula dengan tudung labuh, kelihatan dari jauh orang sudah tahu, kita adalah seorang muslimah. Tiba-tiba kita gelak berdekah-dekah macam tak ingat dunia dan keluar dari mulut kita, "Lantak la...", agaknya apa pandangan orang sekeliling yang melihat dan mendengar kata-kata kita?

Situasi kedua, kita memakai jubah, tudung labuh, cantik dan manis dilihat, wajah pula ditutupi purdah. Sekali pandang, mashaallah... indahnya muslimah solehah yang begitu menjaga auratnya. Tapi di blog atau facebook, kita tayangkan banyak gambar kita dalam pelbagai aksi dan gaya, banyak yang memfokus pada bahagian mata, tambah-tambah mata pula bercelak tebal, memang cantik tapi sangat tidak kena dengan pakej pakaian kita. Seharusnya kita tidak begitu walaupun teringin mahu berbuat begitu. 

Ada pula yang suka berseluar ketat, peminat tegar 'skinny jeans' katanya tapi sangat minat menulis hal-hal agama berbentuk nasihat dan teguran. Suka juga 'copy & paste' tulisan-tulisan orang lain yang sangat banyak pengajarannya terutama berkenaan akhlak dan penampilan sebagai muslimah. Sayangnya kita masih juga bangga dengan seluar ketat kita dalam masa yang sama mengata-ngata pula orang yang berpurdah tapi suka bergambar menggoda. Hakikatnya kita juga tak jauh beza dari segi akhlak dengan dia cuma pakaiannya lebih baik daripada kita dalam menutup aurat.

Adakah berkualiti penampilan diri kita jika seperti kes-kes di atas? Bagi kakchik, tentulah tidak. Sebagai seorang yang beragama Islam dan cuba sebaik mungkin mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang taat, kakchik fikir, kita kenalah rajin berusaha agar pakej penampilan diri kita ini menjadi paling berkualiti di sudut pandangan Islam.

Pakaian, pakailah yang sopan, menutup aurat dengan sempurna. Ingat tu... sempurna. tak guna kita tudung kepala tapi di bawah kita pakai baju kecik, seluar ketat. Buat malu kepada orang bukan Islam saja. Kalau di bawah badan kita cantik dengan baju longgar, tebal dan labuh, jomlah kita sesuaikannya dengan tudung yang besar, tidak jarang dan labuh juga. Kalau nak bergaya boleh saja asalkan kena dengan cara Islam. Sudah-sudahlah dengan memakai tudung tapi bert-shirt lengan pendek. Jangan biarkan lengan kita terus mengutip dosa untuk kita. Sempurnakan... sempurnakan... pahala insyaallah dapat.

Percakapan, jagalah adab dan sopan-santun. Zaman sekarang ni kakchik lihat kedua-dua unsur ini semakin hilang dari diri anak-anak muda. Orang dewasa dan tua pun macam terikut-ikut dengan budaya ini.

... akan disambung. Bateri nak habis.

2 comments:

  1. salam kakchik.
    sy ckup bersetuju ap yang kak chik katakan...pepatah"dont judge the book by its cover"...seringkali digunakan bg segelintir pihak untuk menutupi kelemahan diri...bg yg sudah mnutup aurat tetapi ad kelemahan dari ssegi peribadi diri,perbaikilah,anda sudah memenuhi tuntutan dalam menutup aurat,tetapi lg cantik jika dihiasi dgn peribadi yang mulia..

    sy ad persoalan disini kak chik..
    kak chik, ap hukumnya klau gmbar kita dipaparkan sewenangnya di account fb kwn kita...empunya gmbr itu sndiri tiada account fb...adakah kita juga termasuk juga dlm golongan yang sengaja mempamerkan gmbar kita pd orng lain.?

    ReplyDelete
  2. salam ziarah kakchik

    manje follow blog kakchik ni yea...

    manje dah baca entri kakchik smpai abis... apa yg kakchik kongsi manje
    mau buat pedoman utk perubahan diri manje skrg ni...

    terima kasih kakchik ~

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs