Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam ceria di pagi Khamis yang sejuk, mendung dan tenang ni.
Dari meja tulis kakchik ni, kakchik nampak melalui celah-celah cermin tingkap pohon yang menghijau di belakang rumah. Boleh didengar bunyi 2 ekor burung belatuk kuning yang masih setia mematuk tingkap di tingkat atas rumah ini. Kasihan burung-burung tu asyik tertipu dengan pantulan imej sendiri.
Sebelum mula menaip ni kakchik baru saja melihat blog Keluargaku Sayang ni dan seperti biasa mata kakchik akan turut melihat dan membaca mesej-mesej yang ditinggalkan di kotak mesej Shoutmix dan Cbox yang ada di sebelah kanan.
Kalau dulu, hati kakchik akan selalu gembira melihatnya kerana hanya mesej dari pengunjung dan teman-teman yang ikhlas ada di situ. TAPI sejak akhir-akhir ni semakin banyak mesej-mesej sampah yang ditinggalkan oleh tuan punya mesej yang SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Contoh mesej yang tidak dialu-alukan di kotak shoutmix. |
Cukup geram dan menyampah melihat segala mesej yang kakchik AMAT PASTI bukannya ditulis satu persatu oleh tuan punya badan. Inilah gara-gara sikap nak ramai orang berkunjung ke blog sendiri tapi MALAS nak singgah, memberi salam, menyapa dengan sopan dan menghormati kotak-kotak mesej tuan punya blog.
Walaupun URL mereka kakchik BAN, DELETE ianya tetap tidak berkesan. PARA BLOGGERS YANG LAPARKAN KUNJUNGAN... TOLONGLAH HORMATI kakchik sebagai tuan punya blog. Ruangan itu kakchik khaskan untuk para tetamu meninggalkan pesanan. Bila sebut TETAMU, kenalah menjaga ADAB-ADABNYA.
Ada yang masuk berkali-kali dalam sehari, banyak yang menipu. |
Datang 'rumah' orang tapi tak tahu menjaga adab. Agama Islam tak ajar macam tu. Mungkin manusia yang sudah kurang beradab MAKIN KURANG ADAB kerana adanya SOFTWARE AUTO yang salin, hantar mesej-mesej sampah ke serata blog orang. Cukuplah... janganlah jadi PEMALAS SANGAT.
Jika perkara ni berterusan, kakchik rasa 2011 nanti kakchik akan buang kotak-kotak pesanan tu dan simpan dulu hingga masa yang sesuai. Ada sedikit dukacita bila melihat sikap bloggers yang sangat tidak matang, kebudak-budakan, pemalas dan sebagainya. Kalau tak sempat nak blogwalking pun, tak usahlah menggunakan software autosenders tu, kakchik tak redha ada dalam blog kakchik.
Memang emosional sikit bila cakap bab ni sebab kakchik sayang blog ni. Sudah cukup lama rasanya kakchik hormati para blogger yang sebegini dan bersabar tapi JANGANLAH SUKA MEMIJAK KEPALA ORANG, apa anda ingat tulis blog ini setakat atas dunia saja ke? Tak ingatkah yang apa yang kita tulis dan kongsi dengan pembaca ni akan turut dikira lepas kita mati nanti?
HENTIKAN. Belajar menjadi blogger yang jujur.
Kak chik, buang sahaja shoutbox tu. Kalau ada orang nak tinggal pesan, minta komen sahaja.
ReplyDeleteSebelum ni saya pun letak shoutbox di blog, tapi ada spammer yang meletakkan url ke laman-laman yang tidak sepatutnya, jadi, saya buang sahaja shoutbox tu.
Salam Kak Chik.
ReplyDeleteIera yang bukan blogger ni pun rasa 'menyampah' juga bila kotak shoutbox blogger yang kita lawati penuh dengan iklan dari yang tak bertanggungjawab a.k.a tidak sopan macam ni.
Bagi blogger yang respon satu persatu, satu kerja pulak nak kena scroll dicelah-celah message macam tu.
Kak Chik buatlah apa yang patut. Bagi Iera, geram Kak Chik itu berasas. Hormat tuan rumah. Adat bertandang mana-mana tempat pun ada tata susilanya. Kalau tak bagi salam, tekan loceng pintu dulu.
ape kata kak chik buat satu lg shoutbox utk iklan?atau delete terus je shout box hehehe..samalah, sy lagi suke komen2 yang ebrnas di ruaangan komen dari shoutbox.sy guna shoutbox bila nak cepat sampaikan msg je..
ReplyDeleteSalam kakchik,
ReplyDeleteteringat time mula2 nak kenal kakchik, saya antar salam ziarah kat shoutbox tu...then kali kedua saya ada antar lagi, ayat yg sama...kakchik tegur kata asyik ayat yg sama...sebenarnya masa tu tak tau nak kata apa...hehe..
Pastu baru berani komen...Alhamdulillah sampai skrg masih lg bhbg di alam maya ini....
salam kak chik;
ReplyDeleteerm kat blog kita pun banyak yang tinggal komen camni....ignore je la....menyemak je kan?
suri, kalau ikut kata hati dan pertimbangan diri skrg ni, memang kakchik nak buang. tapi bagi can hingga esok. masuk tahun 2011, rasa kakchik akan buang.
ReplyDeleteWkslm iera,
ReplyDeleteHehe, terima kasih sebab setuju dengan kakchik dlm hal ni.
Itulah, yang geramnya nak kena pilih dan cek mana mesej yang betul jujur.
Berat alah ke nak buang dah ni Iera.
catlina, shutbox kakchik tu dah ada 2, actually kakchik tak kisah sgt klu iklan tu, yg kakchik menyampah ialah mesej tanpa salam yang sibuk nak org pergi blog dia saja. kalau kakchik singgah blog orang, kakchik baca entri terkini, nak komen, tulis kat kotak komen, kalau taknak komen tp nak tegur-sapa, maka kotak shoutmix atau cbox lah tempatnya. tapi skrg ni mcm takde makna je mrk tinggalkan mesej byk tp bkn tuan bdn sendiri yg hantar.
ReplyDeleteWkslm Alasmal. Hehe, masih ingat ya? Kakchik mmg kadang2 suka macam tu. Bukan apa... rasanya kalau dah selalu dtg tp asyik ulang ayat 'salam ziarah' je mcm tak berkembang je interaksi tu. Harap2 Alasmal tak terasa hati atas teguran kakchik tu. Syukur alhamdulillah, ukhuwwah kita pun makin erat kan?
ReplyDeleteWkslm shiori. Dah tak larat nak ignore dah shiori. Sungguh menyakitkan hati dan mata. Kira kakchik lepas perasaan la hari ni. Tapi secara tenang saja hehe.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemmg geram dan nyampah kan...bukan masuk nak beramah mesra,berkenal2an...tp promote tah apa2...
Salam Ka Chik, minta maaf ya jika msg saya ada dlm shoutbox Kak Chik few times!! Tak berniat nak buat Kak Chik marah.... So sorry..
ReplyDeleteMiss Globe
salam kak chik ...dah makan lum?? hihi...depa tu bukan apa, tumpang ke'glamur'an blog kak chik..utk cari makan...tapi kan kalau dah banyak sgt..elok gak di buang shout box tuh..mokwo tengok pun naik semak samun dah!
ReplyDeletewkslm kak kam. actually kak, kalau kwn2 blogger yg kakchik kenal buat promo kakchik tak kisah tapi bila main suka hati saja, kakchik pun geram juga. selalunya rakan blogger suka minta izin dulu. yang tak kenal langsung ni yang kakchik kurang suka.
ReplyDeleteWkslm Miss Globe. Kakchik tak marah Miss Globe sebab hari tu ada minta izin kan? Yang kakchik marah ialah suka guna robot tu. Miss Globe datang bertegur-sapa juga dgn kakchik. Yang mereka tu tak dtg pun tapi robot yg hantar mesej.
ReplyDeleteAlahamdulillah Kak Chik tak marah.. hehe nanti buat lagi eh.. Jangan marah.. nanti over stress! Take care.
ReplyDeletesalam,kak.ain setuju kak..apa yg kita tulis ni berkaitan apabila kita disoal kelak.yelah,blog yg ditulis digunakan sbg media menyampaikan maklumat berguna kepada pembaca.baik caranya,manfaatlah kita dapat.
ReplyDelete