Followers

14.12.10

Didik anak menutup aurat sejak kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi kawan-kawan yang sedang demam, selsema atau lain-lain penyakit, semoga Allah sembuhkan kalian dalam masa yang segera. Bawa bersabar dan dapatkan rawatan doktor bertauliah. Insyaallah tiada penyakit yang tidak mempunyai penawarnya kecuali sakit tua dan mati.

Kalian perasan tak sejak dua menjak ni kakchik hanya sempat menulis satu entri saja sehari? Kalau tak perasan pun tak mengapalah, nasib baik. Kalau tidak tentu kalian fikir kakchik dah mula malas untuk menulis. Sebenarnya sejak lepas raya haji hingga ke hari ni kehidupan harian kakchik menjadi lebih sibuk dua kali ganda berbanding biasa.

Adelia, 3 bulan.

Tapi malam ni masih nak ambil kesempatan untuk menulis pasal topik di atas tu. Orang tua-tua kata "melentur buluh biarlah dari rebungnya", memang bagi kakchik peribahasa ini (betul ke orang panggil peribahasa? Dah lama ... tak berapa nak ingat dah) sangat benar terutama dalam mendidik anak-anak dengan asas ilmu agama. Mulakan dengan tauhid yakni mengenal Allah, seterusnya lain-lain Rukun Iman, Rukun Islam dan sebagainya.

Ini termasuklah dalam mendidik anak-anak suka berpakaian menutup aurat. Kakchik selalu saja lihat kawan-kawan yang mempunyai anak-anak kecil yang comel-comel bertambah comel dan cute bila selalu berpakaian sopan menutup aurat. Memang ada anak-anak ni tak mudah lekat pakaian itu, tudung dipakaikan ibu tak tahan lama di atas kepala tapi lama-kelamaan, lekatlah ia tanpa ditarik buang lagi. Moga-moga kekal hingga ke dewasa.

Amni, 2 tahun.
Jadi, ringkasnya, (kakchik dah mula letih ni sebab sambil buat banyak kerja lain, curi masa men'update' blog) semasa anak-anak masih bayi, sudah boleh kita slow, slow pakaikan mereka pakaian menutup aurat. Insyaallah mereka akan mudah berpakaian begitu bila makin besar. Insyaallah.

6 comments:

  1. salam kak chik,

    betul tu, melentur buluh biar dari rebung..lebih senang kalo tudung tu dah sebati..

    have a great day kak chik!

    ReplyDelete
  2. Salam 'alaik! KC sihat? Kalau pakai Bb Hijab ni mesti cute sgt ;x insyAllah Niqabiz Hijrah Sale 14-20 Muharram 1432H @ 20-26 dec '10. bb hijab Bee, Bug, Panda + Kitty will be updated soon insyAllah. swi post kakcik ni relate tu sambil2 promo. salam 'Asyura!

    ReplyDelete
  3. wkslm yat.
    ha'ah, bila tudung jadi sebati, takdelah lagi nak beri alasan kata panas dll.
    ni anak tak kata apa tapi ibu bapanya pulak yg kata anak panas.

    thanks for the wish. same goes to you.

    ReplyDelete
  4. salam kak chik.
    betul tu lentur buluh dr kecik, bila besar tak malu n tak terpengaruh dr kwn2 yg merosakkan. tapi ade gak kecik bagus, dh besar lain lak jadinye..

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Setuju sangat dengan entry Chik ni.Baru-baru ni Kak Ummi dikunjungi keluarga sebelah ipar yang tumpang bermalam di rumah dlm sesi pelancongan mereka ke Terengganu.Kesemua anak-anak perempuan mereka (yang belum baligh mahupun yang dah baligh) tak menutup aurat.Alkisahnya,anak Kak Ummi yang umur 8 tahun dengan 'innocent'nya bertanya pada mereka..."Kenapa ek awak tak pakai tudung?"Chik nak tau apa jawapan mereka?..."Kitaorang dari kecik lagi memang tak pakai tudungpun,bila dah besar tak payah ah nak pakai tudung.Macam awak,dari kecik dah pakai tudung,bila besar kena pakai tudung ah..." Ya Allah...bila anak-anak Kak Ummi cerita balik kat Kak Ummi time diaorang semua dah pulang,rasa sedih sangat..Betulkan Chik...DIDIKLAH ANAK MENUTUP AURAT SEJAK KECIL...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Memang comel la kanak2 tutup aurat. Saya tag akak.. kempen menutup aurat. http://irtiyah.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs