Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Hari ni kalau cek graf pelawat blog tentu menurun sakan. Biasalah kan, hari Ahad, ramai yang meluangkan masa bersama keluarga sama ada keluar jalan-jalan, membeli-belah atau balik kampung. Jadi, tak ramai sangat yang aktif di alam maya. Kakchik pun kadang-kadang begitu juga.
Entri kali ni nak cerita pasal kasut. Sebelum ni kakchik ada tulis satu entri di KakChik's Wardrobe pasal kakchik perlukan kasut baru untuk ke pejabat sebab kasut yang sedia ada tu sudah mula rosak. Kakchik bukan takde kasut lain tapi yang ada tu memang tak sesuai langsung untuk dipakai ke pejabat dalam cuaca sekarang ni. Kalau dipakai, sebentar saja stokin kakchik akan basah.
Jumaat lepas, semasa kakchik ikut cik abe ke KB Mall tu kakchik ambil peluang menjenguk kedai-kedai kasut yang ada. Memang ada banyak pilihan kasut tapi yang sesuai dengan saiz kaki dan tujuannya susah pulak nak jumpa. Akhirnya kakchik singgah ke Dr. Cardin. Barangkali sudah rezeki Dr. Cardin, duit kakchik akhirnya bertukar tangan dan kakchik bawa balik kasut ini:
Wedges ini sangat ringan kerana tapaknya dibuat dari tali guni. Sudah nasib kaki kakchik agaknya bila disarungkan saja sudah terasa selesa. Apatah lagi bila kakchik praktis berjala ulang-alik dalam kedai kasut tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga sepasang kasut yang sesuai. Nampak tinggi tapi tumitnya hanya 1.5 inci.
Rekaannya ringkas saja tapi yang penting selesa bila dipakai. Sebenarnya lagi baik kalau depan tu tidak 'peep toe' tapi susahnya nak dapat kasut bertutup yang sesuai kaki. Orang kecik ni agaknya ramai yang bermasalah macam kakchik bila nak beli kasut kan?
Kasut ini telahpun kakchik rasmikan malam tu juga. Kasut yang sedia ada tu kakchik pakai ke pejabat lagi, nak tunggu kulitnya banyak tanggal dan tapaknya yang hampir nak tercabut tu, benar-benar tercabut barulah kakchik akan buang. Buat masa ni kakchik akan gilir-gilirkan dengan kasut yang baru ni.
Nampaknya bajet dalam Play Account bulan ni dah digunakan untuk kasut. Bakinya masih ada tapi kakchik ada beli gelang perhiasan ni;
Hari ni dah rasmikan dah. Kakchik ni bukannya suka sangat pakai gelang ni tapi tak tau kenapa jatuh hati pulak pada 7 gelung gelang manik hitam ni.
Pakai masa ke pejabat siang tadi. Bolehlah... takde menonjol sangat dah puas hati dengan penampilan sendiri. Sekali-sekala je beli aksesori ni sebab takut membazir.
Itu ajelah sedikit cerita pasal kasut baru dan gelang hiasan ni. Hujung minggu ni harap-harap jadi pelan percutian kami ke Langkawi atau Haatyai.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.