Followers

12.12.10

Perkongsian: Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah hari ni kakchik sangat gembira. Syukur. Bila gembira, terasa mahu saja menggembirakan orang lain juga. Senyum ya. Insyaallah sebuah senyuman ikhlas yang memberi sinar di mata akan terus menyusup ke hati. Tapi jangan senyum mengada-ngada atau senyum menggoda pada orang yang salah tau. Kalau senyum menggoda kat suami, itu kira ok, hehe.

Baiklah, pagi ni sambil-sambil kakchik tackle simpan kira dan beberapa perkara penting lain ni, kakchik nak kongsikan satu artikel menarik tentang MENJAGA AURAT. Isu aurat ni tak pernah puas dan habis dibicarakan di sini sebab kakchik memang sangat suka membicarakannya demi kepentingan diri sendiri (bila kakchik selalu tulis, maka secara sendirinya kenalah kakchik menjaganya) dan kepentingan kalian juga yang menjadi teman kenalan kakchik.

Artikel ini bukan kepunyaan kakchik tapi kepunyaan seorang kawan kepada kawan di facebook yang menggunakan nama fb, Tok Wan. Semoga tulisan beliau akan memberi kesedaran mendalam kepada kita dan membuatkan kita malu untuk lalai dalam menutup aurat kita. Jom kita baca!

Bismillah.

Pakailah pakaian yang menutup tubuh badan kita dengan baik dan menjaga maruah kita sebagai wanita Islam dan hamba-Nya.


AWAS JANGAN AMBIL MUDAH..!!

Pernah kita dengar ungkapan bahawa suatu yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Barang kemas emas atau intan permata tentu tidak akan dibiarkan bersepah-sepah di atas lantai sebaliknya ditempatkan tempat yang khas.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami, barangan yang paling mahal dan berharga ialah isterinya. Selain isterinya mahal kerana membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkannya, isteri juga adalah penyelamat iman dan maruahnya. Jadi, isteri perlu dijaga dengan rapi supaya dia tidak mudah keluar bebas hingga dapat dilihat orang lain begitu sahaja.

Wanita atau isteri pada zaman dahulu jarang keluar rumah, apatah lagi untuk bersiar-siar di kota. Tetapi suasana zaman itu sudah berlalu kini. Sebaliknya kalau wanita dan isteri asyik terperap di rumah sahaja, dikatakan mereka tidak mengikut peredaran zaman.

Sebenarnya Islam tidaklah melarang wanita atau isteri daripada keluar rumah jika terdapat keperluan yang mendesak ke arah itu. Mereka boleh keluar rumah dengan syarat menutup aurat dan jaga keterampilan agar tidak terdedah kepada fitnah.

Untuk wanita dihadkan kadar aurat yang wajib ditutup pada tempat-tempat tertentu. Berikut disenaraikan kadar aurat seperti yang tetapkan oleh Islam.

1. Sewaktu seorang diri – auratnya ialah bahagian dari pusat hingga ke lutut.

2. Sewaktu bersama perempuan atau mahram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu bersama ajnabi – auratnya ialah seluruh tubuhnya.

4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.

5. Sewaktu berhadapan dengan wanita bukan Islam atau waktu bekerja – auratnya seluruh tubuh kecuali bahagian yang diperlukan dalam suasana kerja.

Perlu dijelaskan di sini, aurat ialah bahagian yang perlu ditutup atau dijaga daripada dilihat atau dicemari oleh orang lain. Berdasarkan definisi itu, aurat ialah bahagian yang berharga bagi seseorang, maka ia perlu dijaga dengan sebaiknya walaupun sekadar dipandang dari jarak jauh.

Menyentuh soal aurat yang di antara pusat dengan lutut, suka dijelaskan di sini bahawa bahagian tersebut perlu diambil kira ketika duduk dan berjalan. Maknanya kalau seseorang wanita itu sekadar pakai tuala mandi dari bahagian pusat sampai lutut sahaja, memang dibenarkan kerana itu had auratnya. Tetapi bagaimana kalau dia berjalan atau duduk di atas kerusi, sudah tentu lutut atau sebahagian pahanya dapat dilihat oleh orang lain. Di sinilah yang perlu diberi perhatian.

Tetapi lazimnya wanita Melayu suka pakai tuala mandi dari paras payu dara hingga ke bahagian paha. Kalau dia ketika itu memakainya di hadapan suami, tidak salah kerana tiada had aurat ketika bersama suami. Tetapi bagaimana kalau dalam rumah itu ada anak, bukankah auratnya ialah di antara pusat dengan lutut. (kakchik rasa penulis bermaksud w/pun batas aurat dengan anak itu antara pusat dan lutut tapi tidaklah elok dilihat oleh anak-anak ibunya atau kakaknya sekadar berkemban dengan tuala. Jadi, elakkan berpakaian seperti itu di hadapan anak-anak apatah lagi di hadapan tetamu.

Bayangkan kalau di dalam rumah sendiri, tidak boleh pakaian seperti itu, bagaimana sikap sebahagian wanita yang suka pakai skirt yang pastinya di atas lutut, dan ada juga yang pakai seluar pendek. Jelas pakaian itu tidak menutup aurat seperti yang dikehendaki Islam.

Kita seharusnya boleh berfikir, kalau sewaktu bersendirian atau bersama wanita Islam atau mahram, berpakaian seperti itu masih termasuk dalam kategori mendedahkan aurat betapa kalau berhadapan dengan orang lain di luar rumah. Inilah yang jarang diberi perhatian oleh wanita pada hari ini.

Selain itu, tudung yang dipakai oleh wanita pada hari, sebahagiannya sudah lebih glamor daripada mentaati perintah Allah. Lihat sahaja, tudungnya tidak menutup bahagian dada dan lehernya. Malah sesetengahnya pakai tudung tetapi tangannya (kakchik: lengan juga adalah aurat) tidak ditutup. Dalam Islam aurat bukan rambut sahaja tetapi seluruh tubuh badan seperti yang dijelaskan di atas.

Walau bagaimanapun usaha mereka hendak pakai tudung itu, amat dihargai. Semoga Allah menilainya mengikut kadar usahanya. Namun pada masa yang sama, wanita tersebut perlu berusaha untuk menutup aurat sepenuhnya.

Selain itu, aurat lelaki ada sedikit perbezaan, terutama di sudut bentuk pakaian. Perkara ini akan dihuraikan nanti sekali gus menampakkan beberapa kesalahan lelaki dalam hal ini.

Senarai aurat bagi lelaki adalah seperti berikut:

1. Sewaktu bersendiri – auratnya ialah bahagian kemaluan qubul dan dubur. Maknanya cukup dengan pakai seluar dalam.

2. Sewaktu sesama lelaki dan muhram – auratnya ialah bahagian di antara pusat dengan lutut.

3. Sewaktu berhadapan dengan ajnabi – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

4. Sewaktu menghadap Allah (solat) – auratnya ialah di antara pusat dengan lutut.

Umumnya aurat lelaki agak longgar daripada wanita. Namun ramai juga lelaki yang tidak memahaminya lalu terjebak dalam pendedahan aurat.

=============================================

Nota kakchik: Kakchik benar-benar berharap kalian membaca artikel ini secara penuh bukan sekadar SCAN atau SKIM saja kerana intipatinya tidak akan dapat melekat di hati. Bacalah dengan nama Allah terlebih dahulu agar artikel yang kita baca itu walau penulisannya bagaimana sekalipun, akan ada buah yang bernas untuk kita jadikan ilmu dan tauladan yang berguna. Jomlah kita menjaga aurat! Aurat terjaga, maruah terpelihara.

8 comments:

  1. salam,kak chik....ain ingin share article ni di fb ain...tq.

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    masyaAllah kak..
    wanita klu gaya dgn betul menutup aurat mmg cantik..terlalu indah..
    klu la sumua gadis rupa mcm tu..
    bersyukur saye pd Allah..
    minta2 salah sorgnya jd isteri saya..
    thanx kak chik fe sa sharing..

    ReplyDelete
  3. Kekadang di dalam keluarga kita sendiri aurat ini diambil mudah. bagaimana nak tegur sekiranya teguran yang berniat baik itu akan di salah tafsir..Nasihat perlu diberikan secara berhikmah ttpi jika yang muda memberi teguran pada yang tua pasti akan terasa hati jua so kekadang serba salah kakchik, kalau tak tegur kita tak menunaikan tanggungjawab tapi bila ditegur secara baik jadi perkara lain pula..diluah mati mak ditelan mati bapak..:-)

    ReplyDelete
  4. wkslm hysman.
    usaha untuk menggalakkan wanita berpakaian menutup aurat dgn sempurna ni mesti juga ada bantuan dan sokongan dari pihak lelaki. kalau lelaki punya kesedaran spt hysman boleh turut melakukannya, insyaallah makin ramailah wanita akan begitu. insyaallah isteri hysman juga adalah muslimah bermaruah juga.

    ReplyDelete
  5. kak azah, fitrah seorang dai'e, berdakwah kepada ahli keluargalah yang paling susah. tambah2 yang nak didakwah ialah dalam isu aurat yang kebanyakan org melayu kita meremehkannya di dalam keluarga. dalam kaedah islam, tiada salahnya yg muda menegur yang tua dengan syarat dlm memberi teguran itu mestilah dgn penuh hikmah. fitrah manusia juga bila yg ditegur itu satu perkara yg benar mereka sgt mudah nak ambil hati walhal sebenarnya kita menyampaikan mesej suruhan Allah. tegur saja kak, lepas tu doa dan tawakkal tu alallah. berjaya atau tidak usaha itu hanya Allah yang tahu tapi usaha teta usaha ya kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs