Followers

5.12.10

Berita terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, di pagi ahad yang hujan dan mendung ini, kakchik amat berterima kasih sebab Allah telah izinkan kakchik kesihatan fizikal yang lebih baik dari semalam. Setelah banyak hari kakchik demam dan semalam mungkin agak kritikal dengan kepala yang pening, telinga yang bengkak, tonsil pun banyak juga bengkak di belakang telinga kanan, mata kanan yang sakit, hidung berair dan berhingus, kakchik sangat bersyukur kerana pagi ini kakchik mampu bangkit untuk menunaikan solat Subuh dalam kondisi yang lebih baik. Alhamdulillah.

Semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan jauh lebih baik dari kakchik. Hampir 2 hari kakchik tidak menulis apa-apa di sini kerana langsung tidak dapat bertahan lama untuk duduk di kerusi dan menaip. Teringat kat kalian dan komen-komen yang tidak berjawab. Insyaallah hari ni kakchik akan cuba balas satu persatu. Kakchik MC lagi hari ni tapi dah tak tahan rasanya sekadar berbaring dan tidur. Bila Allah bagi kakchik segar sikit, kakchik buat juga kerja rumah agar badan berpeluh dan cepat sikit sembuh.

Pagi semalam, cik abe bawa kakchik ke klinik sebab kakchik dah agak teruk, tapi bila sampai doc pula belum masuk. Nak kena tunggu sampai 9.30 pagi jadi dia hantar kakchik balik ke rumah dulu sebab dia pun dah lambat nak masuk kerja. Terima kasih kat boss cik abe yang memahami. Semoga suami kakchik dapat menjalankan amanah di situ dengan penuh dedikasi.

Rasanya kakchik kena sambung berehat. Kali ni memang banyak sekali peluang berehat yang Allah berikan. Bertuah sebenarnya bila sakit ni. Dapat MC dan berehat di rumah. Sebelum tu, kakchik naka balas komen-komen kalian dulu.

11 comments:

  1. Take care kak chik. saya pun tengah demam ni..:) Sama-samalah kita berdoa untuk sembuh cepat..:)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh kakchik, banyakkan berehat dan perbanyakkan minum air kosong..Cuba amalkan minum pati delima setiap hari. Insya ALLAH, membantu daya tahan badan...

    ReplyDelete
  3. SEMOGA CEPAT SEMBUH KAK CHIK!!
    Biasela musim2 uje ni ramai la hok demam...
    sakit itu pghapus dosa... =D

    ReplyDelete
  4. - assalamualaikum k.chik semoga cepat sembuh, syafakillah...
    - masa pameran cheng ho hari tu singgah juga ke booth mari baca. first time nampak k.chik tapi orang ramai sangat, segan pulok nok gi tegor k.chik.

    ReplyDelete
  5. Salam kakchik,

    Saya doakan semoga kakchik cepat sihat walafiat...saya kar sini pun dah mula menunjukkan tanda2 nak demam gak...tp cepat2 mkn ubat..hrp tak menjadi..cuaca kat sini tak menentu juga so mudah jatuh sakit..
    I'm going to beijing toninght so few day ni tak dapatlah nak blogwalking ke sini. doakan perjalanan saya sekeluarga dimudahkan dan dilindungi Allah ya kakchik.
    take care kakchik.

    ReplyDelete
  6. terunya kesihatan kakchik sekarang ni..semoga cepat sembuh ye chik...faheem windu dekat achik niza..dia nak makin lasak ni chik.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam kak chik,

    Banyakkan bersabar ye kak chik...

    sesungguhnya sakit itu adalah kaffarah (penghapus) dosa-dosa yg kita lakukan...

    semoga cepat sembuh... syafakilLah...
    amiin...

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Rehat cukup2 ya kak chik...saya pun belum begitu habis demam lagi, tapi bila tak teruk sangat, buat2 lupa je demam.

    Jangan lupa dapatkan ubat doktor..

    Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kakchik,
    Semoga cepat sembuh.
    Cubalah makan sup ayam; kak aliya selalu ambil sup ini bila kurang sihat,insyaAllah banyak membantu. sedikit ayam, 2 bawang besar, 1 lobak merah,sedikit kobis, sedikit garam dan serbuk lada putih ditambah 3 biji tomato,masak sekali kemudian makan panas-panas.

    ReplyDelete
  10. semoga cepat sembuh kak chik supaya kak chik dapat cepat2 menulis kembali... Jangan lupa makan ubat..:)

    ReplyDelete
  11. salam

    semoga cepat sembuh kak..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs