Followers

8.12.10

Diari 2 Muharram: Mamai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni dah masuk 2 Muharram tapi kakchik merasakan diri masih sama seperti hari-hari sebelum ni. Macam takde apa sangat yang berubah pada diri ini terutama dalam soal iman.

Nak menulis di blog pun terpaksa mencari masa dan anjakan yang kuat. Bukannya takde idea tapi memang selepas demam yang lama ni, kakchik seperti kepupusan idea dan kekuatan untuk menulis seperti dulu.

Pagi-pagi pula selepas menghantar cik abe ke pejabatnya, kakchik akan sampai awal di Zahra'. Alhamdulillah... sampai awal bermakna kakchik ada masa untuk makan pagi dan makan ubat.

Bila dah masuk jam 9 pagi, kakchik macam orang mamai, kesan ubat yang kuat. Kalau ikutkan hati mahu saja kakchik berbaring tapi apakan daya, itukan waktu kerja. Kenalah buat kerja mana yang mampu dilayan dalam keadaan mata yang berat.

Selain itu, bungkusan demi bungkusan abaya dari Dubai sampai. Maknanya waktu malam di rumah, adalah untuk mengemaskini stok, membungkus abaya yang telah dipesan pelanggan, mengambil gambar, mengeditnya dan memuat-naik ke dalam blog dan facebook.

Of course semua itu kenalah dibuat selepas urusan rumahtangga beres. Selalunya kakchik ada masa lebih kurang 2 jam setengah untuk melakukan tugas-tugas tu. Jam 12 dah kena off lights. Nanti susah nak bangkit pagi.

Tapi kan... esok kakchik tak kerja. Yey! Ada perancangan menarik yang ingin kakchik lakukan dengan BM yang baru sampai tu. Sejak sampai ia masih lagi elok di dalam kotaknya. Insyaallah esok akan dimanfaatkan buat kali pertama. Jauh betul BM tu datang. Kakchik pun belum pernah sampai lagi ke negara asalnya, Jerman.

Ok, Maghrib pun sudah memanggil tu. Cukuplah dulu untuk kali ni. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs