Assalamualaikum dan selamat membaca.
Cuti sekolah dah hampir habis. Nampaknya para ibu bapa semakin sibuk dengan persiapan anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah tidak lama lagi. Cepat sungguh masa berlalu hinggakan kakchik pun rasa macam tidak cukup masa untuk melakukan pelbagai perkara di hujung tahun ni.
Antara yang semakin dirasakan tidak sempat dibuat ialah, MEMBACA.
Tapi sekarang ni kakchik ada sedikit waktu untuk membaca buku. Setengah jam pun sudah ok hatta 10 minit pun tidak apa asalkan kakchik boleh membaca dan ianya bacaan yang berkualiti. Baca sikit tapi boleh hadam dengan 'jelira' di dalam minda dan boleh pula diterjemahkan dengan amal perbuatan.
Membeli buku adalah satu tabiat kakchik yang sudah bermula sejak di sekolah rendah lagi tapi masa tu buku dibeli dengan duit ayah tapi hari ni bila sudah punya duit sendiri, kakchik peruntukan dalam RM300 sebulan untuk bahan bacaan. Alhamdulillah, banyak yang kakchik sudah beli tapi makin hari makin lambat pula kakchik menghabiskan bacaan kakchik.
Nasib baik ada waktu menunggu cik abe di lobi tempat dia kerja. Sambil menunggu dapatlah kakchik membaca beberapa halaman. Kalau dia yang memandu dalam perjalanan pulang, alhamdulillah kakchik dapat menyambung bacaan.
Tahun ni sasaran untuk menghabiskan 50 buah belum tercapai. Hari ni jumlah yang kakchik berjaya baca hanya 39 buah sedangkan masa yang berbaki hanya sekitar 12 hari saja. Tak mungkin kakchik mampu membaca 11 buah buku dalam tempoh itu.
Untuk tahun depan kakchik tetapkan sasaran 60 buah buku. Bukan apa... bila sasaran lebih besar, mana tahu kakchik mampu membaca 50 buah buku. Bukankah berbaloi tu. Jadi buku baru sudah ada, insyaallah menanti giliran saja untuk dibaca.
Adakah kalian juga mengisi waktu cuti bersama anak-anak dengan aktiviti membaca? Ye lah, di samping makan angin dan membeli-belah. Semoga buku tidak pernah diketepikan dalam hidup kita.
Allahu'alam.
Salam Kakchik.. saya kalo ke kedai buku, mesti berjam2 dok kat situ..kalau boleh semua buku nk beli, tambah plak tgk buku hasil karya sendiri.
ReplyDeleteDan kalau dah berjam2, mesti lah nk beli, kalau tak, malu plak pada pekerja kedai tu...selalunya beli buku masakan ler...
Nasib baiklah rumah saya ni jauh daripada Perpustakaan Negara, kalau tidak, kat situ tempat menghabiskan masa. harus jugak internet ni ditinggalkan...hehehe
Wkslm Noorma.
ReplyDeleteHahaha... memang kaki buku la ni. Dah la diri tu penulis, mmg tak sah kalau tak minat buku.
Mesti byk koleksi buku masakan kat rumah tu. Hai bertuah org rumah dpt makan masakan noorma yg sedap2 tu.
Kalau asyik di library takpe le jugak noorma, jgn leka di shopping mall sudah hehe.
salam semua..kak chik,please welcome to my blog...http://qurratunaini.blogspot.com...baru blaja buat blog
ReplyDeletewkslm jamy. insyaallah nanti kakchik jenguk.
ReplyDelete