Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar kalian semua di hari Sabtu ni? Kakchik doakan agar Allah kurniakan kalian semua dengan tubuh badan yang sihat agar dapatlah dimanfaatkan untuk amal makruf nahi mungkar. Alhamdulillah... kakchik syukur sebab hari ni kakchik sihat dan cik abe pun sihat. Kami dua-dua pun dapatlah pergi kerja macam biasa. Kerja swasta ni macam ni lah. Orang lain cuti, kita kerja. Demi amanah yang dipikul, kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan senang hati.
Ni kakchik nak cerita pasal pertemuan yang tak dirancang dengan Kak Ummi (blog Klinik Ummi) sekeluarga di KB Mall pagi semalam. Semalam kakchik saja nak ikut cik abe ke tempat syarikat majikannya mengadakan promosi Year End Sale di KB Mall. Asalnya lepas hantar dia kat situ kakchik akan terus ke Dataran Ilmu tapi dek kerana jalan yang sesak, akhirnya rancangan kakchik diubah. Kakchik akan ambil peluang jelajah KB Mall semasa cik abe buat kerja.
Baru je beberapa minit kami masuk di bahagian basement tu dan cik abe mahu membeli bateri videocam, kakchik yang dok melilau ni ternampak satu keluarga yang baru masuk menuju ke kedai sebelah. "Eh, macam kenal je... Rasa macam Kak Ummi dari Terengganu tu.", ni kakchik dok cakap dalam hatilah. Sebab rasa yakin, kakchik beritahu cik abe yang kakchik nak tegur mereka.
Ringkas cerita, memang benarlah telahan hati kakchik. Allahu Akbar! Allah Maha Kaya. Dulu masa ke KT punyalah kakchik merancang nak jumpa dengan Kak Ummi tapi tak juga dapat. Akhirnya di KB Mall kami bertemu. Gembira tak terkata. Hehe, Kak Ummi sama kecik la dengan kakchik. Anak-anak dara sunti Kak Ummi semuanya solehah. Dr. Roslan dah jadi ustaz sebab kakchik asyik panggil dia ustaz saja. Jangan marah ya doc. Sekarang ni doc pun ramai ustaz juga.
Terima kasih banyak untuk Kak Ummi sekeluarga sebab akan pergi melancong bersama Al Quds Travel. Semacam satu sokongan untuk kerjaya cik abe sekaligus membantu syarikat majikannya. Kakchik ni memang suka menyibuk kalau sesuatu perkara tu ada kaitan dengan cik abe. Jangan risau... kakchik tak akan campur tangan dalam bisnes orang, cuma nak tolong promosi saja. Apa salahnya promo benda baik. Allah saja yang tahu apa niat kakchik yang sebenar. Yang pasti, cik abe happy.
Untuk Dr. Roslan dan Kak Ummi, terima kasih banyak atas tawaran penginapan percuma jika kami ke KT. Insyaallah akan diambil perhatian sangat-sangat hehe. Itupun kalau kakchik ke KT lah dan takde penginapan. Taknak menyusah Kak Ummi dan Doc. Kakchik sangat suka dapat jumpa kalian sebab kalian berdua sangat-sangatlah mesranya. Macam dah selalu sembang di luar je rasanya walhal, semalam tu baru kali pertama kita bersua muka. Mashaallah, besar kuasa Allah yang menghubungkan kita melalui alam maya ni. Semoga ukhuwwah fillah terus berkekalan selama-lamanya.
Salam.. Seronoknya dapat bertemu mata dengan teman blogger. Bilalah agak Nur dapat jumpa Kakchik kan? Semoga Kakchik ceria di hujung minggu..
ReplyDeletealquds travel ni kakchik punya ker.... camna nak tengok detail utk pakej umrah tahun depan
ReplyDeleteSalam Chik.
ReplyDeleteRupanya hampir serentak kita postkan entry dengan topik yang sama hari ni!Serasi sungguh Kak Ummi ngan Chik ni...hehe.
Terimakasih Chik atas pertemuan yang begitu mengujakan.Kak Ummi amat menghargainya.Semoga ikatan ukhuwwah antara kita akan terus terjalin keranaNya...Amin.
Saaaaayang Chik...
salam kak chik....syarikat abe kakchik bertugas tu x de cawangan ke di melaka?
ReplyDeleteWkslm Nur. Memang betul seronok Nur apatah lagi bila tak dirancang. Insyaallah satu hari giliran kita pulak untk bertemu mata. alhamdulillah hari ni kakchik ceria sangat.
ReplyDeleteWan, bukanlah... itu syarikat tempat suami kakchik kerja. Huhu, kakchik tokey kedaibuku dan abaya je buat masa ni.
ReplyDeleteKalau wan nak tengok pakej umrah yg diorang tawarkan, cuba ke http://alquds.com.my
Selamat kerjakan umrah wan.
Wkslm Kak Ummi.
ReplyDeleteHehe, tak rancang tu kak. Entri Kak Ummi belum sempat nak gi baca. Insyaallah lepas ni Chik jenguk.
Chik pun sama-sama Kak Ummi. Seronok tak terkira dapat jumpa semalam.
Best dapat jumpa.
Wkslm faeez. Belum ada cawangan lagi buat masa ni di Melaka tapi kalau nak melancong atau pergi umrah melalui syarikat tu kakchik rasa dok di mana-mana pun boleh.
ReplyDelete