Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam kasih sayang untuk semua teman-teman baik yang sentiasa sudi bertandang ke sini.
Kakchik tak dapat nak menulis panjang, hanya ini saja yang dapat dikongsikan hari ini. Siang tadi kakchik dapat rezeki yang enak ini. Syukur alhamdulillah... dalam kepeningan kepala memikir banyak perkara, kakchik mendapat ketenangan dengan kudapan ringkas ini. Syukur.
Sudah pasti, kalian dapat makan sesuatu yang enak juga hari ni kan? Tiba-tiba saja kakchik teringat kepada seorang pakcik yang meminta sedekah di depan pintu bank dari pagi sampai ke petang. Adakah perutnya dapat diisi hari ni? Dari dalam kereta, kakchik terasa amat sayu kerana walaupun ada sedikit masalah kewangan, kakchik masih ada duit untuk mendapatkan makanan. Moga-moga pakcik itu juga mampu.
Sekarang masih ada sedikit kerja rumah. Mahu berehat dulu.
Wassalam.
Salam kakchik,
ReplyDeleteSaya pernah bdepan dgn situasi myedihkan begini masa kat Beijing hari tu. Masa bas kami parking tepi jalan, kami melihat seorg ibu muda mengendong anaknya dlm keadaan yg sgt sejuk diluar..meminta wang dan makanan dr org lalu lalang...bayi itu pulak menangis. Sesekejap ibu itu menyusukan anaknya dengan susu badan...kami yg menyaksikan sedih tak terkata...then kami org pakat ramai2 collect sorang sikit baki duit China yg ada. Mujur juga ada beli biskut. Kami serahkan pd wanita itu. walaupun diingatkan oleh pemandu pelancong agar tidak memberi duit pd mrk, tp bagi saya apa yg kami lakukan demi rasa kemanusiaan...Mungkin itu rezeki ibu dan bayi itu pd hari itu..biarlah org kata org Malaysia pemurah tak bertempat...
salam k.chik..semoga sihat2..
ReplyDeletesedapnya makaroni bakar tu..mak merta sy pon selalu buat..=)
betul la..kita kdg2 mkn berlebih2..semoga kita sentiasa bersyukur dan ingat org yang kesusahan..
mood makan hehe
Wkslm Alasmal,
ReplyDeletemashaallah... tahniah untuk alasmal dan teman-teman serombongan. Insyaallah sedekah kalian itu tentu maat bermakna buat ibu itu.
Wkslm azy,
ReplyDeletealhamdulillah kakchik sihat walafiat. Ha'ah, sedap sekali. Bila kita makan rezeki yang ada dengan hati rendah, makanan yang sedikit pun boleh merasa kenyang, sedap pulak tu.