Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat walafiat. Kakchik pun begitu juga. Dalam minggu terakhir tahun Masehi 2010 ni, kerja kakchik sangatlah banyak. Kat pejabat banyak, kat kedai banyak dan kat rumah pun lebih kurang juga. Yang paling menyebabkan kakchik tak sempat nak menulis banyak entri ialah tugas mengimbangkan 3 akaun syarikat yang perlu ditutup sehari dua lagi. Allah saja yang tahu betapa kakchik ingin sekali nak minta orang lain melakukannya tapi amanah tetap amanah.
Gambar sekadar hiasan. |
Apapun, malam ni kakchik sekadar nak mewar-warkan satu program yang kakchik rancang iaitu 'Gathering of The Abaya Ladies' bagi mengumpulkan para pelanggan Abaya Elegan sekitar Kelantan, para peminat abaya dan mereka yang berminat untuk melihat, mengenali dan membeli abaya buat kali pertama. Sebenarnya jika bukan dari Kelantan pun dijemput hadir juga. PROGRAM INI KHAS UNTUK WANITA SAHAJA.
Konsep majlis kakchik ni mudah saja, INFORMAL dan POTLUCK. Kalau sudi, bawalah makanan ya. Sama-sama kita rasa.
WAJIB PAKAI ABAYA kecuali anda baru datang untuk mengenali lebih dekat lagi.
Ada perkongsian ringkas tentang PAKAIAN WANITA ISLAM, FESYEN & TABARRUJ.
DEMONSTRASI memakai shayla yang ringkas dan mudah.
JUALAN ABAYA dari Dubai dan Jeddah. Return Customer dapat DISKAUN 5%.
Berkenal-kenalan dan menghubungkan silaturrahim.
JAMUAN MAKAN secara POTLUCK. Minuman kakchik sediakan.
Begitulah lebih kurang rancangan yang kakchik buat untuk JUMAAT ini iaitu 31 DISEMBER 2010. Dengan hati terbuka kakchik menjemput semua pelanggan dan para peminat abaya, WANITA SAHAJA, ke majlis ini bertempat di RUANG KELUARGA, Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra', Lorong Merican, Telipot, Kota Bharu. Majlis bermula jam 10 pagi dan akan berakhir jam 12 tengahari, insyaallah.
Kalau ada sebarang pertanyaan sila tinggalkan dalam kotak komen ya. Wassalam.
salam kak chik..terima kasih di atas pertolongan kak chik. Maaf memang ta sempat nak jumpa kak chik dan member blog. Masa sungguh terhad. Terima kasih sekali lagi yer.
ReplyDeleteSalam kakchik,
ReplyDeleteRasa nak terbang ke KB je ni...nak join majlis tu.
apakan daya terikat dgn jadual kerja ....
semoga majlis nanti bjalan lancar seperti yg dirancangkan..
wkslm kaka ina. sama-sama. kakchik pun tak tau apa sangatlah yang kakchik dah tlg akak. sikit sgt kak. pasal kita tak dpt jumpa tu takpelah kak, insyaallah nanti mgkn ada peluang lagi. harap2 percutian akak sekeluarga memuaskan hati.
ReplyDeleteWkslm Dayang,
ReplyDeleteTrm ksh atas niatnya. Kakchik pun sgt gembira kalau Dayang dpt datang tapi amanah yg dipikul wajib dilaksanakan. Tak ape... satu hari nanti akan ada peluangnya.
Terima kasih.
Assalamualaikumwbh kak chik..huk3...rasa nak fly ke kb zaaaaaaap trus join ocassion ni......
ReplyDeleteseronoknya...tp rs seganlah plak...bwk ank sekali boleh ke k.cik
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ayu. Terima kasih atas niat di hati tu Ayu. Itu pun sudah cukup buat kakchik bahagia. Insyaallah akan ada lagi di masa hadapan program cam ni. Masa tu Ayu mungkin hadir.
ReplyDeleteBi, maafkan kakchik sebab lambat balas komen. Tak kesempatan. Kakchik gi hantar mesej kat salah orang dalam FB. Kakchik ingatkan Bi sebab dia pakai nickname Biarlah Rahsia juga. Mesej kakchik, "boleh saja kalau nak bawa anak bi."
ReplyDelete