Followers

13.12.10

Siang sibuk dengan buku, Malam sibuk dengan abaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam sayang kepada kalian yang tak jemu-jemu singgah di sini. Singgah dalam erti kata yang sebenar dan bukannya menghantar program automessage ke shoutbox kakchik konon-kononnya anda singgah di sini. Singgahan itu tidak bermakna buang kakchik jadi kakchik tak akan layan. Seperti tidak ikhlas saja kalau hantar mesej melalui software. Sedangkan bila nak berkenalan atau berukhuwwah cara Islam, kita kenalah bertegur sapa sendiri bukan melalui robot.

Anyway, maafkan kakchik sebab hari ni dah lewat malam baru nak update blog. Siang tadi sangat banyak kerja di pejabat. Hanya sempat update dan balas mesej di wall fb saja. Urusan buku-buku dan laporan akhir tahun mesti diutamakan w/pun bos izinkan menggunakan internet di waktu kerja tapi produktiviti tugas mestilah baik. Kalau tidak, tidak guna bos izinkan.

Balik dari kerja petang tadi, ada kotak abaya yang baru sampai. Kali ni dari Jeddah pula. Alhamdulillah... syukur sebab kali ni cepat juga bungkusan dari sana sampai. Sebelum tu kakcik ada terima bungkusan abaya dari Dubai tapi malas nak sebut pasal yang ni sebab ada banyak sangat masalahnya. Apapun, malam ni kakchik agak sibuk mengemaskini status stok abaya. 

Tak tahulah nak kata apa dah jadi dengan ruang tamu rumah kami ni. Sana-sini dah bergantungan dengan abaya. Kakchik sedang rangka Gathering for Abaya Ladies ni. Ingat nak buat Jumaat dekat ni tapi terpaksa tunda ke Jumaat akhir bulan ini sebab partner kakchik perlu ke Penang. Tak best la kalau dia takde kan? Insyaallah... kali ni pasti jadi. Sempena gathering tu Abaya Elegan akan ada SALE, istimewa untuk ABAYA LADIES dan para pelanggan Abaya Elegan.

Apapun, tolong doakan rancangan kakchik ni berjaya. Ok, nak kembali tag harga abaya. Wassalam.

9 comments:

  1. assalamualaikum kak chik,,

    kak chik ada x cawangan Abaya Elegan kat trg?

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam Ked - Hadiah. Belum ada cawangan di mana-mana pun Ked. Bisnes baru nak mantapkan diri. Insyaallah akan ada juga nanti.

    ReplyDelete
  3. semoga biz kak chik brtmbah maju....insyallah..

    adik pn ada ckp kenal suami kchik. Ktnya suami kchik ni mmg pakar IT kt syrikat tu....

    ReplyDelete
  4. A'kum,

    seronok la dgr psl Gathering For Abaya Ladies tu,...nk join bleh?

    Kakchik tak ajk pun tp malu2 m'offer diri...hehe...

    ReplyDelete
  5. bestnya k.cik..nk join jugak boleh ke?

    ReplyDelete
  6. terima kasih kak nza. amin. hehe, suami kakchik tu sangat minat dengan hal-hal IT dan internet ni, kalah kakchik yang belajar Sains Komputer ni

    ReplyDelete
  7. Wkslm na.
    Sangat-sangat boleh na. Actually kakchik memang dah masukkan nama na dlm senarai utk dijemput.
    Insyaallah 30hb nanti programnya.

    ReplyDelete
  8. Bie, dengan segala hormatnya dijemput.

    ReplyDelete
  9. sukanya hatiii...
    ramai ke jemputan?
    nk tolong jemput kwn2 yg lain bleh ke?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs