Followers

8.12.10

Siapa nak tempah abaya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum kakchik melabuhkan tirai internet malam ni, kakchik nak war-warkan kat sini yang sekarang ni kakchik sedang mempromosikan 2 design abaya yang telah kakchik tunjukkan gambar penuhnya kat dalam entri yang ni: Diari 1 Muharram 1432 Hijrah.

Mungkin ada di antara teman-teman dan peminat blog Keluargaku Sayang ni berminat nak pakai abaya pada harga yang agak bajet. Kalau HARGA BIASA abaya-abaya ini TANPA SHAYLA ialah RM170.00 (termasuk poslaju), HARGA PROMOSI ialah RM150.00 sahaja.

HARGA PROMOSI untuk sekali dengan shayla ialah RM180.00 berbanding HARGA BIASA iaitu RM200.00. Dah termasuk kos poslaju tu.

Ada 2 pilihan abaya, kalian boleh tengok kat bawah ni:


Kakchik sedang kumpulkan order dari sekarang hingga 20hb ni. Kata supplier dan sudah terbukti melalui tempahan kakchik yang pertama, dia akan mengambil tempoh satu minggu untuk menyiapkan tempahan. Jadi, kakchik anggarkan, bila malam 20hb kakchik tutup tempahan, esoknya bolehlah kakchik ke Western Union untuk buat penghantaran bayarannya. Insyaallah dalam seminggu lebih lepas tu abaya akan sampai.

Ok, kepada sesiapa yang berminat, bolehlah tinggalkan pesanan anda dalam kotak komen ya. Insyaallah kakchik akan layan secepat mungkin. Sekarang, alhamdulillah sudah sihat.

Wassalamualaikum.

6 comments:

  1. salam kak chik.. size boleh customise ke?

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..cantik yer abaya ni..

    akak insyallah gi ke kb pada 25hb Disember 2010 ..duk kat hotel yang kak cik suggest tu..tq yer kak cik

    ReplyDelete
  3. wkslm kak ina.

    ni yang tak sbr nak tunggu 25hb ni. akak dtg bercuti atau ada sebab2 lain kak? dok kat hotel MGU tu senanglah akak nak ke merata pusat beli-belah kat bandar tu. jalan kaki je.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik :)

    size abaya ni macam mana? ikut size dubai or costumer yang bagi size nya?

    ReplyDelete
  5. wkslm afeefah,

    nak ikut saiz standard dubai pun boleh, nak ikut ukuran sendiri pun boleh.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs