Followers

18.12.10

Sekarang ni macam-macam boleh beli online

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebentar tadi kakchik asyik membaca status update terkini kawan-kawan di fb. Satu perkara yang sangat menarik kakchik lihat ialah banyaknya iklan perniagaan. Ada orang kena tag macam-macam produk dari pelbagai bisnes yang diusahakan melalui fb.

Kalau diikutkan kakchik juga sebenarnya terlibat dalam urusniaga online di fb atau di blog. Sekarang ni memang kakchik lebih suka membeli secara online berbanding ke shopping complex. Tengoklah, sepanjang hari di KB Mall, kakchik balik ke rumah dengan badan yang lenguh-lenguh dan kepala yang sakit.

Membeli secara online, hanya duduk saja depan komputer dan pilih barang yang dikehendaki. RISIKO memang ada tapi kenalah pilih penjual yang dikenali atau kakchik dah dapat review yang bagus dari kawan-kawan yang pernah menjadi pelanggan mereka.

Cuba tengok apa yang kakchik pernah beli secara online.

Beg tangan Coach, imitation.
Buku, adalah pelaburan bulanan yang turut dibeli secara online.

Kakchik hanya beli benda yang kakchik selalu guna dan perlu saja.

Pembuat roti jenama Tefal dari Jerman.

Pakaian yang dipakai setiap hari, iaitu abaya adalah keperluan yang selalu kakchik beli secara maya. Lagipun sambil membeli kakchik juga menjual.

Setiap hari pakai abaya, jadi memang satu keperluan.

Selian membeli keperluan kadang-kadang ada juga kakchik beli sesuatu sebagai aset untuk bisnes, misalnya penyangkut tudung ni:

Memudahkan kerja mempamerkan shayla dan pashmina yang kakchik jual.

Pernah teringin nak membeli kasut secara online tapi bimbang pula takut tak kena saiz. Kaki kakchik ni kecil, susah nak jumpa kasut yang betul-betul sesuai. Tak semua kasut saiz 4 tu boleh kakchik pakai. Kadang longgar dan kadang ketat. Jadi, buat masa ni kakchik masih membeli kasut di kedai-kedai kasut berdekatan.

Dalam kita membeli secara maya ni, faktor kepercayaan adalah sangat penting. Jika kita pembeli, sudah tentu kita mengharapkan penjual akan menghantar barang seperti yang dijanjikan dan barang itu pasti sampai. Ada juga yang sanggup menipu. Bila pelanggan sudah bayar, barang tak sampai dan penjual lesap.

Begitu juga bila kita sebagai penjual macam kakchik ni. Bila tak berjaya memenuhi kehendak pelanggan, terasa seperti diri ini telah mengkhianati amanah orang. Walaupun maaf dan segala boleh dimohon dan dimaafkan namun, kepercayaan telah sedikit tercalar. Sebab itu kakchik akan lebih berhati-hati dalam berurus-niaga selepas ini.

Yang pasti, urusniaga maya ini ada RISIKOnya.

2 comments:

  1. Tq kak chik sb sudi coretkan sepatah dua.kakchik,abaya tu cantik gile.

    Kt sini dh byk online business ada leh caya ,ada xbuleh tp majoriti buleh caya psl derang takut kena kejar polis.

    Tp seronokan kalu seller tu bgus.click2 je smpi

    ReplyDelete
  2. Sama-sama Siti. Abaya tu memang cantik dan No. 1 Bestseller kat blogshop kakchik.
    Kat sini pun sama juga Siti. Kena yakin dan pld ptg cuba kenali dulu tuan punya bisnes tu.
    Sebab cepat klik2, bayar tu yang best tu. Tak payah nak pening kepala dgn jem.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs