Followers

10.12.10

Ujian Yang Tidak Diduga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian semua di hari Jumaat yang penuh barakah ini? Kakchik doakan kalian semua sentiasa di dalam lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Kakchik dan cik abe, alhamdulillah dua-dua sudah sihat kembali. Yang bersisa cuma hidung yang masih sedikit berair tapi itu bukanlah masalah. Insyaallah kehidupan masih dapat diteruskan.

Di hari yang mulia ni, ada beberapa perkara telah berlaku, ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan dan ada juga boleh membuatkan kakchik terasa betapa lemahnya diri kakchik ini. Antara yang menggembirakan ialah bila kakchik dapat tahu Umi kakchik sudah confirm untuk pergi bercuti di rumah abang-abang kakchik di Shah Alam dan Bangi. Alhamdulillah, Umi amat-amat perlukan waktu untuk bercuti dan berehat dari segala urusan rumahtangga. Dalam usianya yang menjangkau 70 tahun, sepatutnya Umi dapat banyak berehat tapi sebab adanya anak seperti kakchik ni maka Umi jarang dapat berehat bila dia di rumah. Umi tak pergi sendirian tapi ditemani adik dan keluarga kakak 3 beranak.

Berita gembira yang lain ialah bila kakchik menerima beberapa SMS dari pelanggan yang memaklumkan barang belian mereka sama ada abaya atau buku yang kakchik poskan hari Isnin lepas dan pagi semalam telah selamat mereka terima. Alhamdulillah... semoga mereka berpuas hati dengan apa yang telah mereka laburkan. Dalam bisnes ni, kepuasan hati pelanggan sangat-sangatlah kakchik harapkan. Pelanggan senyum kita pun akan tersenyum, tanda ada hati yang puas dan gembira mendapat barang yang dihajati.

Dalam pada itu, hati kakchik turut merasa sedih sebab cik abe akan outstation ke KL (dah bertolak pun sebelum Asar tadi) selama 2 hari. Dah lama dia tak kerja luar tapi inilah asam-garam kehidupan kan? Ada masa urusan kakchik menyebabkan kakchik perlu ke luar negeri dan ada masanya suami pula yang demikian. Bagi orang lain yang sudah biasa berjauhan, mungkin mereka sudah lali dan mampu menahan sedih tapi kakchik ni memanglah sensitif sikit bab-bab ni. Anyway, it's okay sebab Allah kan ada... Dia akan menemani kakchik di mana saja kakchik berada, insyaallah.

Yang paling menyedihkan berlaku hari ni ialah bila 3 orang pelanggan abaya kakchik menghantar mesej memaklumkan bahawa mereka masih belum menerima bungkusan yang kakchik poslaju pada hari Isnin lepas. Bukan itu saja, ada yang sudah terima bungkusannya tapi abaya pula adalah tidak seperti yang ditempah dan diharapkan. Terasa luruh jantung bila pelanggan berkecil hati. Actually bila abaya sampai, atas semua plastik bungkusan tu supplier sudah lekatkan sticker yang ada kod abaya dan saiznya sekali. Dah dia akan emailkan invois untuk kakchik cek tally atau tidak item yang sampai dengan yang dalam invois.

Bila kakchik dah cek semuanya tally, kakchik akan mula membungkus dan menulis nama pelanggan di atas bungkusan. Oleh kerana hari Selasa baru ni seluruh Malaysia bercuti Awal Muharram jadi kakchik usahakan mengepos mana-mana abaya yang telah lama dibayar penuh oleh pelanggan sejak bulan Okt lagi pada hari Isnin. Biasanya kakchik buat penghantaran hari Ahad, Selasa dan Khamis. Oleh kerana abaya mereka sudah sampai, eloklah kakchik poskan cepat-cepat, insyaallah mereka akan terima cepat. Sayangnya sebahagian menerimanya pada hari Rabu dan sebahagian lagi sampai hari ni masih belum terima.

Sedih campur tergamam. Tapi kakchik tenangkan diri sebab kakchik tahu kesilapan yang berlaku bukan kakchik sengajakan. Kakchik yakin telah usahakan dengan teliti dan tertib tapi bila kesilapan terjadi juga, kakchik anggap itu ujian buat kakchik. Ujian sama ada kakchik mampu tangani krisis atau tidak. Masalah-masalah ini adalah krisis yang perlu ditangani dengan tenang dan bijaksana. Kakchik amat lemah tapi kakchik cuba bertenang dan berbaik sangka. Kalau kakchik jadi pelanggan pun, tentu kecewa bila barang yang dibeli tidak seperti yang diharapkan. Risiko berniaga online memang ada. Itu sudah lama kakchik tahu.

Kakchik kena buat refleksi diri lagi. Tentu ada servis kakchik kepada pelanggan yang masih belum memuaskan. Bukan semua pelanggan memahami prosedur dan proses perniagaan ini yang melibatkan 2 negara dan 3 entiti iaitu pembekal, kakchik dan pelanggan. Jarak, masa dan pembekal yang berbeza mempunyai jadual penghantaran, cara kerja dan waktu yang berbeza dalam menguruskan bisnes. Tapi, itu semua akan kakchik cuba kemaskini sebaik-baiknya selepas ini.

Penghujung 2010 ini begitu banyak cubaan yang kakchik kena lalui. Insyaallah kakchik akan kuat.

10 comments:

  1. salam kakcik..tulah asam garam orang berniaga. Akak ni baru gi buat bisnes kukis. Bila pos risau takut biskut pecah. Bersabarlah yer

    ReplyDelete
  2. Salam Kakchik.. Sabar ye Kakchik. Mungkin boleh perbaiki kesilapan tu pada masa akan datang. Jangan sedih2 ye..

    ReplyDelete
  3. salam kakchik..
    ALLAH sentiasa bersama dgn org2 yang SABAR..

    ReplyDelete
  4. Salam

    Kak chik.. sabar ya. Saya pun ada bisnes online tapi masih peringkat awal dan amat kecil jika dibandingkan dengan bisnes kak chik. Memang saya rasa risau kalau2 ditakdirkan barang tu x sampai atau x menepati kehendak pelanggan.

    Saya x ada nasihat yg mungkin membantu, tapi mungkin ini adalah cabaran atau ujian sebelum kejayaan lebih besar di hadapan. Harap semuanya dapat diselesaikan nanti. Take care~

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Kak Chik, apa yang Kak chik rasa skrang ni saya pun tgh mengalaminya.Belum lagi dengan kasteme, bru berurusan dgn pembekal.Sedih sgt2...

    Apapun, sama2lah kita tabahkan hati.Disebaliknya saya rasa pasti ada hikmah tersembunyi.

    ReplyDelete
  6. wkslm kak ina.
    agaknya sebab itulah orang tua-tua kata 'asam garam' sebab memang ada pahit, masam dan masinnya. insyaallah kita sama-sama buat bisnes dgn jujur dan teliti ya kak.

    ReplyDelete
  7. wkslm nur. insyaallah kakchik masih sabar. kalau tak sabar mau rasanya nak cakap kasar-kasar tapi itu bukan akhlak Islam. kakchik akan lebih berhati-hati lepas ni nur, mesti.

    ReplyDelete
  8. wkslm dahlia. terima kasih. itulah yang diharapkan.

    ReplyDelete
  9. wkslm irtiyah. bisnes kakchik pun masih agak baru tapi mgkn lama sikit dari irtiyah. perasaan tu sentiasa ada tapi bila dah menceburkan diri ni kenalah berani menanggung risiko kan. semoga kita sama-sama dapat buat bisnes yang jujur dan berjaya. kakchik amat gembira membaca kata-kata irtiyah, "mungkin ini adalah cabaran atau ujian sebelum kejayaan lebih besar di hadapan". semoga benarlah hendaknya.

    ReplyDelete
  10. wkslm mysdear. kuatkan semangat ya mysdear. kita sama-sama kuatkan diri dalam menghadapi cabaran ini. insyaallah mysdear boleh laluinya, kakchik juga mampu kuatkan diri dengan lebih baik. ini pengalaman yang memberi pengajaran. betul, pasti ada hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs