Followers

17.12.10

Nak ke KB untuk Kuliah Agama

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang berkat untuk semua.

Alhamdulillah syukur, hari ni masih lagi dapat menghirup udara segar dari persekitaran rumah yang nyaman dan hijau. 

Hari ni umpama hari menuntut ilmu agama di Negeri Kelantan ni sebab orang ramai dari serata pelusuk negeri akan keluar menuju tempat-tempat kuliah agama. Antara 3 tempat tumpuan yang kakchik tahu ialah di Dataran Ilmu tempat kuliah Jumaat tetap anjuran Kerajaan Negeri, di Dusun Raja iaitu tempat ahli Jemaah Tabligh akan berkumpul untuk ta'alim mingguan kalau tak silap kakchik dan di Tanjung Mas iaitu di Kompleks Pengajian ABIM.

Mungkin ada banyak lagi masjid-masjid atau tempat-tempat khas yang akan mengadakan kuliah pada hari ni tapi kakchik lebih suka ke Dataran Ilmu. Tok Guru sendiri yang akan memberi kuliah di sana. Lagipun kakchik suka melihat orang ramai yang datang dari serata negeri.

Inilah suasana biasa setiap minggu di Dataran Ilmu sepanjang Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Jalan ini akan ditutup dari laluan kenderaan dari jam 7 pagi hingga jam 12 tengahari. Tempat ni dah jadi tumpuan pelancong kerana inilah satu-satunya jalan utama yang ditutup khas kerana ada majlis ilmu di atasnya. Dahlah di tengah-tengah pusat bandar yang sibuk. Syiar Islam.

Jadi, sekarang mahu bersiap. Insyaallah mahu ke sana.

6 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Jumaat yg indah.semoga kakchik dan kluarga sentiasa dlm lindungan dan pemeliharaan Allah hendaknya.
    akak rindu suasana seperti ini.sudah lama akak tak pergi majlis ilmu seperti ini.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,

    skrg TGNA kuliah di luar bangunan yer... klu dulu ms sy belajar TGNA kuliah dalam dewan zul atas jaafar rawas tu...

    bln 6 ri tu ms sy gi kelate, dok kat hotel ansar garden tu... tp, sygnya hari khamis nak balik ke jhr. tp hari khamis TGNA nk dtg situ, ada merasmikan ar-rahnu, sygny sy lak nak bertolak balik lak...

    ReplyDelete
  3. kemarin k.long k.nza g jugok ttp katonyo xguru xdok cz br kluar wad....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam ummuamin.
    Alhamdulillah... terima kasih ummuamin. Kat sana takde ke majlis ilmu mingguan kak? Kalau tak dapat hadir atau sukar nak jumpa majlis ilmu, mgkn kena cari alternatif kak, youtube.

    ReplyDelete
  5. Wkslm areef.
    Sudah lama kuliah di luar bangunan tu. Dah hampir 10 tahun. Orang awam nak tengok Tokguru.
    Sayangnya... kalau tidak tentu areef dapat jumpa dia atau ikuti kuliahnya. Insyaallah akan ada peluang lain lagi.

    ReplyDelete
  6. kak nza, tokguru masih berehat di rumah. Kat masjid pulau melaka ni dia dah beri kuliah sejak hari dia balik. Dia tak sakit cuma keletihan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs