Followers

24.12.10

Kali Pertama ke Luar Negara

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah kepada teman-teman yang masih sudi menziarahi blog kakchik. Salam sayang dari kakchik di bumi Hatyai, Thailand.

Sepanjang hayat kakchik selama 36 tahun ini, inilah kali pertama kakchik menjejakkan kaki ke negara orang. Bukan tidak pernah ada peluang, ada tapi banyak perkara yang menyebabkan keinginan hati kakchik untuk ke mana-mana negara belum tercapai hinggalah kali ini.

Semuanya atas limpah rahmat Allah juga yang telah memilih cik abe untuk bekerja di syarikat umrah, ziarah dan pelancongan. Alhamdulillah, pihak syarikat telah mengadakan Hari Keluarga di Hatyai kali ini. Walaupun cik abe masih agak baru di situ tapi dia juga telah diberi peluang untuk menyertai pelancongan keluarga kali ini. Rezeki kakchik, alhamdulillah.

Sekarang ni kami diberi masa 2 jam untuk berehat di hotel sementara menantikan jam 4.45 waktu Malaysia, iaitu lebih kurang 3.45 waktu Thailand untuk rombongan keluar ke pusat membeli-belah lagi. Semalam kami keluar dari rumah lebih kurang jam 7.40 pagi kerana perlu ke Jabatan Imigresen untuk membuat Pas Sempadan. Alhamdulillah, kami sampai awal, maka cepat saja pas sempadan kami siap.

Dari situ kami singgah sebentar di Al-Quds kerana cik abe nak lihat-lihat sedikit kerjanya yang tertangguh kerana MC 3 hari. Dalam jam 9 lebih kami ke tempat berkumpul di Jln. Kuala Krai sebelum konvoi dengan kereta ke Jeti Feri Pengkalan Kubor. Dari situ kami naik feri yang sangat menyakitkan kepala untuk ke seberang iaitu Pekan Takbai.

Oleh kerana ada beberapa ahli rombongan masih perlu menyiapkan kerja-kerja mereka maka perjalanan dari Takbai ke Hatyai menjadi lewat sejam. Sepanjang perjalanan, Abe Li selaku pemandu pelancong kami dengan caranya yang kelakar telah membantu sedikit-sebanyak dalam penambahan ilmu pengetahuan kami tentang Semenanjung Thai ini.

Dari Takbai, kami sampai di Yala kemudian Pattani, Sg. Korok (Golok), Songkhla kemudian sampailah kami di Hatyai. Tapi kami tidak terus ke hotel penginapan tapi singgah sebentar di Pantai Simula untuk melihat patung duyung. Ramai juga yang bergambar tapi kami berdua memilih untuk tidak mengabadikan kenangan percutian kami dengan patung separuh bogel itu. Kami tak pergi dekat pun dan sekadar berjalan-jalan melihat-lihat sekitar pantai itu. Lagipun cik abe masih kurang sihat dan kakchik juga sudah sakit kepala.

Rupanya ramai orang Islam di tempat-tempat ini terutama di Pattani yang mana kata Abe Li, 85% penduduknya beragama Islam. Kami melepasi Masjid Kersik di wilayah Pattani iaitu masjid yang menjadi tinggalan kesan berdarah serangan tentera Thai ke atas umat Islam yang sedang bersolat jemaah di situ. Sayang, tidak sempat mengambil gambar kerana bas tidak berhenti.

Jamuan makan tengahari kami di Yala, sangat sedap terutama tomyam putihnya tapi ayam goreng halia sudah agak keras kerana mungkin telah lama dihidangkan sebelum kami sampai. Bak kata makanan kat sini lebih kurang saja dengan makanan di Kelantan sebab kami dah biasa makan makanan Thai di KB cumanya nasi kat sini wangi seperti pulut. Khabarnya itulah sebabnya kulit wanita Thai mulus-mulus. Allahu'alam.

Kakchik tak sempat nak ambil banyak gambar sebab keadaan kepala yang sakit, jadi mood pun kurang elok. Tapi bila keadaan mengizinkan kakchik akan kongsikan kat sini. Ingat nak sambung cerita tapi masa dah sampai untuk bersiap. Sekejap lagi kami nak ke bandar Hatyai lagi. Kali ni tak tahulah nak beli apa lagi. Duit pun ada 600 baht saja lagi. Setakat ni kakchik nak beli satu beg etnik, 2 helai skirt kembang, 1 helai seluar aladdin, cermin mata hitam, madu asli, sabun madu asli (buah tangan untuk adik-kakak di rumah), sehelai batik siam dan 2 gelas air.

Oklah, nanti kakchik sambung lagi.

Wassalam.

13 comments:

  1. salam kakchik.... kisahnyer kakchik tgh mkn angin kat hatyai....sonoknyer kak....tingin juga nak pegi satu ari nanti. biler ntah! hihihi.... enjoy ur holiday kak!

    ReplyDelete
  2. Masya'allah.....seronoknye dpt jalan2....jaga diri kak chik yer....jazakillah..

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik, alhamdulillah rezeki dpt jalan2. Saya pun suka travel, dah ada anak2 ni kurang skit coz dia org byk ragam. Insyaallah esok kami ke Kuala Selangor jenjalan. Enjoy & selamat pulang!

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Alhamdulillah... dapat juga kak chik menjejakkan kaki ke tanah orang :)

    *kak e dah pergi ke sana tapi lama dulu... tahun 2000 :/

    ReplyDelete
  5. wkslm hana. ha'ah, dapat peluang makan angin buat kali pertama ke luar negara. itupun dekat saja. 5 jam perjalanan dgn bas. insyaallah hana pun boleh sampai ke sana. kakchik tengok byk sekali bas dari selatan Malaysia kat Haatyai tu. Alhamdulillah, seronok.

    ReplyDelete
  6. Ayu, memang jalan-jalan free ni seronok hehe.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kak nza. Tak dapat jumpa akak, kakchik dapat kenal dengan ati. Manis macam kakaknya. Dan iman yang sungguh comel. Macam anak SRK je.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Miss Globe. Itulah, memang syukur sangat. Peluang begini bukannya datang selalu. Dalam rombongan kakchik tu rasanya separuh tu anak-anak kecil semuanya. Diorang seronok, mak ayah letih sakan hehe.

    ReplyDelete
  9. wkslm kak e. ha'ah kak. w/pun dekat, ok lah buat pengalaman pertama.

    ReplyDelete
  10. salam chik..bestnyer ke hatnyai..cikmin pun belum pergi lagi...

    p.s asik sakit je chik..chik sakit pe ni? naik risau pulak cikmin..

    ReplyDelete
  11. wkslm cikmin. boleh tahan la bestnya... letih sakan asyik dok jalan2 tmpt shopping je.

    yang tak sihat tu suami chik, dia baru baik demam terus ikut rombongan ni, dlm perjalanan tu asyik sakit kepala je tapi masa nak balik dah ok, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Salam kakchik,

    sesekali pergi melancong tpt org gini best juga kan...boleh tengok budaya dia org, makanan dan sejarah kat satu2 tempat.
    Peluang juga untuk rehatkan minda dr mengadap kerja setiap hari.
    take care of yrself kakchik.(selalunya sakit kepala tu)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs