Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik memang tak sempat langsung nak update blog siang tadi. Banyak masa dok tumpu kepada urusan kemaskini akaun syarikat kerana sehari dua lagi kami akan bermesyuarat akhir tahun. Tapi dalam dok sibuk tu sempat pula berFB, hehe.
Malam ni oleh kerana kakchik masih tak dapat nak menulis panjang, kakchik nak kongsikan gambar makanan ini yang sangat ingin kakchik rasa tapi tak jadi membelinya. Cik abe alergik, dia tak boleh makan, tak kan kakchik nak makan sorang-sorang kan?
Mmmm.... yummy!
Udang segar goreng, saiz sebesar tangan lelaki. |
Hai... kecur air liur dibuatnya. Nasib ler... terlepas peluang. Nanti kalau tak tahan sangat nak makan, kakchik akan cari udang galah ni dan goreng sendiri. Nak masak celup tepung boleh, buat tomyam pun sedap ni... belah dua dan buat salai kemudian makan dengan pencicah. Aduh... sedapnya.
Sesiapa yang nak ke Haatyai dan suka makan udang ni bolehlah mencari gerai menjual udang ni berdekatan tempat ini:
Tempat kawan-kawan tukar duit. |
Tempat ni berada di kawasan bazar pakaian yang penuh sesak berdekatan dengan pasaraya Odeon. Kakchik tak ingat sangat dah apa lagi yang ada kat sekitar tu sebab sekelilingnya terlalu banyak gerai, kedai, hotel dan pasaraya. Sekadar sedikit maklumat bagi yang berminat untuk ke sana.
Manalah tahu kot-kot boleh mencuba udang goreng yang mengancam ni. Tapi... makan kena beringat-ingat ya sebab banyak sangat pun bahaya untuk badan juga. Nanti kan berat naik payah nak turun. Susah nak buat amal ibadah pula nanti. Sekadar ingat-mengingat sesama kita.
Wassalam.
salam kakchik...ya allah..betul ker sebesar tapak tangan..fuh.. besar betul tu..rugi tak makan..saya yang tengok gambar ni pun dh terliur :) tp sama laa..saya pun alergik..kalau makan udang ni, gerenti kena makan ubat
ReplyDeletewkslm noorma. memang betul... tak semua la yang kat dalam tu tapi majoritinya mmg besar. kakchik agak, kalau timbang seekor tu mungkin dah lebih 1/2 kilo. geram sungguh tengok udang2 tu. mmg rugi. tapi ada juga org yang sanggup mkn w/pun alergik cam anak2 sedara kakchik tu tapi letih ler mak diorang nak melayan bila badan mula gatal2. makan ubat jugak la mcm noorma.
ReplyDeleteSalam kakchik,
ReplyDeleteSaya dan hubby ni boleh tahan gak kaki jalan2 cari makan..agaknya kalau jumpe udang tu, gerenti terduduk kat sana makan hahaha...
Tapi makan udang banyak sangat, bahaya gak kakchik...naik kolesterol nanti. Makan berpada2lah.
Tomyam putih yg kakchik kata tu, kuah dia warna putih sebab campur dgn santan ke ? teringin sgt nak rasa sebenarnya...
kak chik..eh sy lupe lah,sy dah tanyo ko, jauh tak bangkok dgn haatyai?
ReplyDeleteakak pn suka sgt mkn udang...feveret tu......mesti sedapkn mkn udang segar n besar2 tu.....
ReplyDelete