Assalamualaikum dan salam perantauan.
Papan tanda yang mengalu-alukan kedatang pelancong seperti kami. |
Alhamdulillah kakchik dan cik abe sudahpun selamat sampai di rumah petang tadi selepas 3 hari 2 malam kami bercuti di Haatyai. Syukur, sepanjang kami cuti-cuti, tiada sebarang insiden tidak elok yang berlaku. Walaupun kami tidak dapat nak menghayati betul-betul percutian ini kerana cik abe tidak sihat, tapi kami sempat juga bersama-sama ahli rombongan yang lain dalam meronda-ronda di sekitar bandar Haatyai.
Adik-adik kakitangan Al-Quds Travel telah menjadi model adhoc kakchik. |
Tapi sebelum sampai di Haatyai kami telah terlebih dulu sampai di pekan Takbai seterusnya Pattani. Di sini kami singgah untuk makan tengahari dan solat jamak qasar Zohor dan Asar. Di sinilah kakchik dapat merasi Tom Yam Putih yang paling sedap (jika nak dibandingkan dengan jenis tom yam lain yang dimakan sepanjang percutian ini).
Perjalanan masih agak jauh namun inilah buat pertama kalinya kakchik langsung tidak merasa mual apabila menaiki bas dua tingkat dan duduk pula di bahagian atas. Alhamdulillah.
Dari dalam bas macam-macam yang kakchik lihat dan salah satu yang menarik ialah bila kakchik lihat pelajar-pelajar sekolah di sana baru tamat kelas dan keluar dari kawasan sekolah. Kat sini pelajar universiti pun kakchik lihat memakai uniform khas iaitu blaus atau kemeja putih, kain atau skirt hitam. Bagi yang Islam mereka bertudung putih.
bersambung
kak chik, alhamdulillah tak ade ape2 insiden..hmm bangkok dgn hadnyai dekat ko?
ReplyDeletecatlina, jauh sgt jarak antara 2 bandar tu. ada dalam 1000km.
ReplyDelete