Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik terpaksa buat entri bergambar saja. Tidak kesempatan untuk menulis banyak kerana banyak kerja nak buat. Otak tak sempat nak berfikir panjang untuk mengarang walaupun selalunya kakchik main tulis je apa yang terfikir di minda.
Ok, kenapa pulak kakchik kata Hattyai ni syurga untuk yang suka shopping? Antara sebab-sebabnya ialah:
- Nilai baht yang masih murah, hampir sama dengan nilai RM. Kalau pandai tawar-menawar akan dapat harga yang jauh lebih rendah.
- Terlalu banyak tempat untuk membeli-belah @ menghabiskan duit tanpa sedar :)
- Paling sesuai untuk yang suka membeli pakaian kasual moden dan beg tangan
- Harga makanan pun masih jauh murah berbanding di Kelantan
Dan lagi menarik bila mata boleh melihat benda-benda sebegini:
Kakchik memang nak ambil banyak gambar tapi sayangnya bateri kamera semakin lemah jadi kakchik terpaksa berbasi-basi agar sempay simpan tenaganya untuk 3 hari.
Kedai macam ni pun sangat banyak dan dibuka seawal jam 8.00 pagi.
Peniaga di sana suka mempamerkan patung-patung yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di kaki lima kedai. Ada satu kedai yang menjual jeans, sampai tak nampak pintu kedai sebab banyaknya patung diletakkan di luar seperti ini.
Kalau memang berniat untuk cuti-cuti shopping, Haatyai mungkin sesuai. Tapi kena kuat menjaga mata dan mulut, jangan sampai asyik melihat benda-benda yang melalaikan dan mulut senang-senang berbual benda-benda berbau lucah dan seksual. Kena ingat, kiri dan kanan ada Malaikat yang tidak pernah letih mencatat setiap amalan kita.
Allahu'alam.
Assalamualaikum, kak chik..
ReplyDeleteInsyaAllah..
andai ada rezeki dni nak pergi ke sana juga ;)
p/s: cantik2 barangan yang dijual di sana... harga pun berpatutan kan kak chik...
k.chik cumill nyer h.bag pink tu...
ReplyDeleteSalam kak chik,
ReplyDeleteHuih.. nampak jer entry shopping terus terbang ke hatyai. hihi..
apa yang kak chik beli? baju kanak-kanak kat sana mesti cantik dan murah-murah kan? :))
Wa'alaikummussalam dni.
ReplyDeleteInsyaallah. Dari skrg bolehlah menabung dan merancang. Harga pakej ke Haatyai 3H2M hanya RM300 je sorang. Tentu dni mampu.
Barang mmg cantik terutama pakaian, berlambak. Harga pun boleh tawar byk2.
erin, beg tu kalau cikgu erin bawa ke sekolah tntu terangkat. erin kan suka pink.
ReplyDeleteWkslm Nur.
ReplyDeleteHehehe... kalau pasal shopping laje jer ya. Kakchik beli skirt, seluar, bag, rantai leher utk adik dan kwn2, batik sutera thai utk umi.
baju kanak2 di letak mahal2 tp beranikan diri tawar separuh harga. insyaallah blh dpt jauh lbh murah.