Followers

7.11.10

Risau Jika Sukar Membuang Angin

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera dan sedang memanfaatkan pagi Ahad ini dengan pelbagai aktiviti yang bagus. 

Hari ni kakchik masih bercuti, cuti ganti. Kalau tak tentu kakchik sudah dalam perjalanan menuju ke Zahra'. Alhamdulillah dapatlah kakchik menggunakan masa yang ada untuk menyelesaikan kemasukan data-data inventori untuk Abaya Elegan.

Hmm... kakchik nak tanya, pernah tak kalian menghadapi masalah sukar membuang angin @ ken**t ? Perut sedang sakit bila diketuk berbunyi "tong, tong, tong" tapi sendawa tidak, ken**t pun tidak. Ada dua masalah yang berlaku pada masa itu iaitu perut kembung dan ianya memulas.

Perkara ni orang malu nak cakap tapi ini juga perkara berkaitan dengan kesihatan. Kalau tak dapat buang angin dari badan, banyak masalah yang akan berlaku. Kalau bayi, menangislah dia memanjang sebab nak beritahu kita yang dewasa ni dia mana boleh bercakap kan? Kita pun periksalah serata badan, sambil sibuk nak susukan dia. Kalau kita ni ada ilmu dan bijaksana melihat maka kita cepat tahu yang bayi kita ada masalah perut kembung.

Bagaimana pula kalau masalah sukar nak buang angin ni berlaku kat kita? Inilah yang kakchik hadapi pagi tadi. Inilah kali pertama sukar mencuci perut di waktu pagi. Selalunya bila bangun pagi, cukup senang membuang sisa kumbahan (maaf ya) dan kakchik dapat mendirikan solat Subuh dan seterusnya melakukan kerja-kerja rumah dengan selesa.

Hari ni, perut teramat kembung dan sukar sekali membuang angin berasid dari badan. Selepas kakchik fikir-fikirkan apakah puncanya, kakchik teringat petang semalam kakchik ada makan jambu batu. Kata orang jambu batu tu sejuk dan boleh menghasilkan angin dalam badan. Betul ke? Nak mencari fakta atau kajian pasal ni kakchik akan buat kejap lagi.

Sekarang, alhamdulillah perut kakchik sudah lega selepas kakchik minum segelas air suam, terus sendawa. Bila hadapi masalah begini yang kadang-kadang diketawakan orang, kakchik teringat kata-kata seorang pemimpin semasa beliau sedang sakit (lebih kurang macam ni lah), "Saya risau kalau tak dapat ken**t sebab banyak masalah yang akan timbul."

Kakchik setuju sangat.

Sebabnya, bila dalam keadaan begitu, otak akan fokus kepada masalah itu. Jadi nak duduk tidak selesa, nak buat kerja lain tak boleh sebab sakit tapi angin taknak keluar, nak ke mana-mana pun risau takut tiba-tiba terlepas. Hakikatnya angin kotor dalam badan itu perlu keluar barulah kesihatan kita baik dan fizikal kita dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya.

Kalau nak bicarakan bagaimana nak elakkan masalah ini memang ada, tapi catatan ini hanya ingatan untuk kakchik dan teman-teman semua. Jagalah apa yang masuk ke dalam mulut dan perut kita. Jangan biarkan masalah yang kakchik hadapi kalian juga hadapi.

p/s: Minyak angin panas ada tapi kakchik tak tahan bau minyak angin, nanti nak muntah.

3 comments:

  1. Assalammualaikum kakchik,

    Jika kakchik menghadapi masalah tidak boleh buang angin akak pulak asyik nak buang angin dan masalah constipation yg teruk. Kekadang bila solat sampai lebih dari 3 kali akak terpaksa mengambil wuduk bila asyik membuang angin masa solat.

    Akak cuba amalkan ubat2an herba dari HPA, alhamdulillah nampaknya berkesan. Terima kasih pada kak Siti Sahara kerana memperkenalkan HPA pada akak.

    Masalah constipation ni pula akak amalkan setiap pagi dan petang minum air pati delima+pati kurma+cuka apple+madu..Alhamdulillah memang berkesan..

    Mungkin wanita diperingkat umur kak chik dan akak ni memang menghadapi masalah ni. Tak sabar tunggu entry kak chik yg seterusnya mengenai masalah membuang angin ni..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam kak azah.
    hehehe, macam-macam masalah kesihatan yg kita hadapi kan kak? dua-dua pun akan menyukarkan amal ibadah. memang kena banyak sabar sambil berusaha mencari ubatnya. penyakit ni insyaallah ada penawarnya. kakchik pun banyak guna ubat HPA kak. w/pun ada 3 orang doc dlm keluarga ni tp ubat herba HPA tetap digunakan sebab kami yakin dengannya. Entry seterusnya mungkin pagi esok kak.

    ReplyDelete
  3. armouris, terima kasih banyak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs