Followers

8.11.10

Mesyuarat Malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekali lagi.

Hari ni kakchik makan murtabak saja untuk dinner.


Kakchik baru saja sampai di rumah selepas bermesyuarat atau berdiskusi selama hampir 2 jam tadi. Sudah lama kakchik tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat kawasan kakchik kerana memberi tumpuan kepada pelajaran. Alhamdulillah AJK lain memahami dan tidaklah salah faham bila kakchik selalu tidak bersama mereka. Lagipun mesyuarat selalunya dibuat pada hari Jumaat atau Sabtu, dua hari yang kakchik memang tidak free. Jumaat selalunya ada kelas di OUM dan Sabtu pula kakchik kerja.

Dulu-dulu masa di USM selalu juga persatuan dan jemaah mengadakan mesyuarat di waktu malam. Masa tu kakchik sangat tidak suka bila mesyuarat meleret hingga ke jam 1 dan 2 pagi. Sebabnya... di waktu itu badan mahu berehat dan otak sudah begitu tepu dengan segala macam perkara yang masuk sepanjang mesyuarat yang biasanya bermula jam 9 malam. Pada kakchik masa tu waktu Pengerusi majlis menyebut agenda Penutup amat-amat kakchik tunggu. Bukan apa, masa itulah mata pun mula kembali segar. Berjaya sungguh syaitan meniupkan bayu mengantuk ke mata kakchik.

Sejak berkecimpung di medan masyarakat ni kakchik ada masanya suka ke mesyuarat sebaba di masa itulah kakchik dapat bertemu teman-teman AJK lain yang jarang-jarang dapat bersua muka. Maklum saja, kakchik bekerja dan mereka semuanya juga bekerja tapi haluan kami sangatlah berbeza. Bertemu sekali-sekala tu, dapat bersalam dan berpeluk mahabbah terasa seperti secara sendirinya semangat cintakan Islam naik dengan mendadak. Ibarat kereta selesai diservis, perjalanannya lancar tanpa gangguan. Begitulah juga aura pelukan mahabbah dari teman-teman AJK.

Tapi, satu yang kakchik kurang suka ialah bila ada mesyuarat malam, dan malam tu pulak hujan. Kalau cik abe free, bolehlah dia hantar dan ambilkan. Jika sebaliknya kenalah memandu sendiri bertemankan kawan sekampung yang juga AJK muslimat. Walaupun berteman tapi tahu sajalah, inikan waktu malam, kami para isteri yang bekerja ni mahu sekali berada di rumah saja. Tapi kalau semua muslimah berfikiran begitu dan tidak sanggup ke medan, di zaman ini, banyak yang kita akan ketinggalan. Maka, lillahi ta'ala, kakchik kuatkan hati, bersandarkan doa kepada Allah SWT dan zikir-zikir, kakchik redah juga waktu malam ini.

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. Pulang dengan hati lapang kerana 2 agenda mesyuarat telah selesai dibincangkan dan bakal dilaksanakan sempena Aidil Adha nanti. Semoga perancangan kami diredhai oleh Allah SWT.


p/s: Mula-mula nak tulis pasal murtabak tapi akhirnya jadi cerita lain. Tapi gambar murtabak dikekalkan untuk efek :)

2 comments:

  1. Salam kakchik,

    Bila tengok murtabak tu...ingatkan nak cerita macam mana nak buat murtabak ...hehe..takpe. tengok pun dah kenyang.
    Program aidil adha mesti best kan ? Saya dengar sambutan sebelah Pantai Timur happening sikit kalau raya Haji ni. Kat tempat saya tak begitu meriah sangat...kalau nak bandingkan dgn Hari Raya aidilfitri.
    Pulak2 Raya Haji thn ni jatuh dlm masa belum cuti sekolah bermula. dua hari pas tu baru nak start cuti sekolah. Alang2 sangat rasanya...Kat sini public holiday hanya satu hari tu je...Saya pun harap tahun ni dapat merai bersama family dan anak2 yatim di kawasan ini. Insya Allah.Semoga diperkenankan.

    ReplyDelete
  2. Wkslm Alasmal.
    Maafkan kakchik ya. Asalnya letak gambar nak cerita pasal pakcik jual murtabak kat kampung ni tapi alih-alih cerita lain pulak yang keluar. Kat sini memang agak meriah sambutan Aidil Adha cuma tidaklah semeriah zaman kakchik kanak-kanak dan remaja dulu. Kami cuti 4 hari jadi sepanjang 4 hari tu mmg banyak kenduri dan korban. Insyaallah walau di mana pun kita merayakannya, yang penting ialah erti korban itu pada kita semua. Tahun ni Alasmal korban tak?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs