Followers

19.10.09

Maybankard Visa Debit

Assalamualaikum.



Kakchik nak tahu ada tak di kalangan teman-teman blogger atau para pembaca sekalian yang biasa menggunakan PayPal? Maksud kakchik, mempunyai akaun PayPal untuk transaksi kewangan sama ada untuk membuat pembelian atau pembayaran. Kakchik ada akaun PayPal tapi sebab tak ada kad kredit, akaun tu tak boleh 'verify' lagi.

Dan hari ni kakchik ada terbaca maklumat mengenai Maybankard Visa Debit (MVD). Mungkin kebanyaka dari kita ada kad ini. Tapi kakchik ni tak tahu sangat fungsinya hinggalah terbaca artikel di sini. Jakun juga kakchik ni. Dah berbulan pakai MVD tapi tak pernah pula nak cek kelebihan atau kekurangannya.




Yang sebenarnya kakchik amat bersyukur kalau MVD ni boleh 'verify' PayPal sebab sudah beberapa kali pelanggan luar negara menghadapi masalah untuk membuat pembayaran kepada kakchik sama ada untuk buku, tudung atau abaya.


Berdasarkan perbincangan di ruangan komen di dalam artikel tersebut, MVD sudah boleh 'verify' akaun PayPal. Boleh tak di kalangan teman-teman berkongsi testimonial kalau pernah menggunakan cara ni atau pernah dengar pengalaman orang lain. Tolong ya.

Berdasarkan laman web Maybank, inilah maklumat yang diberikan mengenai MVD:
Maybankard Visa Debit
A card that lets you withdraw cash at ATMs and make direct debit purchases at merchant locations displaying the Visa logo.

Annual fee: Free
Minimum annual income: Nil

Benefits
* Shop at over 29 million VISA merchant locations worldwide
* Use it to pay bills or transfer money
* Use it as your ATM card to withdraw cash locally and overseas
* Earn 1 TreatsPoints for every RM3 spent and enjoy privileges when you shop
* Set your own purchase limit up to RM5,000
* No income requirement for application, no finance and late charges or annual fees
* Online statement through www.maybank2u.com
* Peace of mind with smart chip security

Who can apply?
* Maybank savings/current accountholders aged 18 and above

How to apply
  1. Visit your nearest Maybank branch.
  2. Fill up the application form and choose Maybankard Visa Debit when you open a savings or current account.
  3. Existing savings and current account customers can apply for a Maybankard Visa Debit immediately.

Fees & charges
Card issuance
Opening new account: Free
Annual service fee: Free
Card replacement due to faulty chip: Free
Renewal (after 7 years expiry date): Free
Conversion from Maybankard Bankcard to Maybankard Visa Debit: RM12
Replacement due to lost/stolen/damaged card, forgotten PIN: RM12

Transaction fee
First four (4) cash withdrawals in a month at any Maybank ATM: Free
Fifth withdrawal and above in a month*: RM0.50 per withdrawal**
Cash withdrawal at other domestic banks' ATMs: RM1 per withdrawal**
Cash withdrawal at international banks' ATM via PLUS platform: RM12 per withdrawal
Non-cash ATM transactions such as e-balance enquiry, fund transfer to any Maybank account, local cheque deposit, cash deposit, etc: Free
Retail purchase at merchants/retailers: Free
Penalty fee on overdrawn account: RM10

* Fee waived if you have a balance of above RM5,000 at time of withdrawal.
** Charge will be debited directly from your account at the end of each transaction.

Hari tu masa kakchik nak mohon MVD ni memang cepat juga prosesnya. Hanya perlu bawa Maybankard yang kuning tu, isikan borang mohon MVD dan bayar RM12. Dalam beberapa minit, kad sudah siap dan boleh digunakan. Tak ingat dah bulan berapa kakchik buat permohonan ni tapi sehingga ke hari ni kakchik hanya guna untuk 'withdraw' duit je. Memang pemalas betul nak korek maklumat kan!

Jadi, kakchik harap ada yang nak berkongsi maklumat atau pengalaman mengenai MVD dengan kakchik. Tolooooog ya.
=====================================
Kemaskini jam 10.54pagi - Kakchik dah berjaya 'verify' akaun PayPal menggunakan MVD kakchik. InsyaAllah selepas ni mudahlah pelanggan luar negara membuat pembayaran.

22 comments:

  1. debit car...akhirnya malaysia mula ke arah ini. inilah punca utama mengapa rakyat negara2 barat mempunyai banyak hutang. dgn pengenalan debit kad...kuasa membeli lebih besar...lagi2 dalam pembelian online serta reservation. tak dinafikan benefit itu bagus...dan benar.

    tp dgn pengenalan debit card juga datangnya pengenalan overdraft, iaitu menggunakan lebih dr baki dalam akaun. seperti RM2000 duit dalam akaun (itu negative). tp limit penggunaaan ialah RM4000 (RM2000 lagi buat akaun jadi negatif)

    interest pula mungkin akan jd lebih tinggi.

    sha sokong kebaikan debit card tp sha perhatikan takde bimbingan utk menggunakannye. masa nak bukak akaun pon, hanya kebaikan diterangkan (mestilah, mereka hanya nak menjual!)

    jadi, 3 bulan lepas masa buka maybank account, sha kata.."bagi kad biasa saje."

    sha akan guna sistem konvensional sehingga mereka wujudkan guideline:)

    ReplyDelete
  2. k.chik,
    erin pon x tau ngat kgnaan MVD nie. just guna utk kuar duit jer.

    tp masa p genting ritu dpat discount untk allpark klo byar gna MVD nieh

    ReplyDelete
  3. salam kakchik..cikmin xde yg maybank..tp ada yg dari bank lain..pengunaan lebih kurang mcm visa/mastercard credit card..yg ni lagi mudah..terus tolak duit dari akaun kita..no utang2...hehehe..penggunaanya pun dah meluas kakchik..pernah jgk cikmin buat traksaksi di internet..tp lama dulu..sbb masa tu xde credit card lg..bila dah ada..debit visa ni byk duk dediam lam purse jek.

    ReplyDelete
  4. sha - kakchik setuju penggunaan kad debit/kredit adalah menggalakkan berhutang, sebab tu kakchik tak pernah mohon kad kredit. kakchik tahu kelemahan diri terutama kalau shopping di kedai buku. kalau belian tunai pun kakchik biasa seribu dua ribu, kalau guna kad kredit mau lebih dari tu.

    memang betul, takde pun pihak bank yg ceritakan lebih lanjut mengenai kad debit ni. ha'ah... biasalah sykt berniaga.

    masa tukar kad hari tu kakchik ingatkan kena tukar kad lama kpd yg baru, malas nak baca semua maklumat kat papan iklannya.

    ReplyDelete
  5. erin - samalah kita kan. kakchik takde niat pun nak guna untuk belanja lebih, sekarang ni kakchik nak guna utk verify akaun paypal je sebab nak mudahkan pelanggan berurusan.

    kalau ada kelebihan, sekali-sekala apa salahnya kan.

    ReplyDelete
  6. CikMin - wkslm cikmin. ha'ah kakchik ada baca pasal yg bank lain tu eg. public bank.

    maknanya masa cikmin guna utk transaksi hari tu memag takde masalah la kan?

    kakchik ni nak bertahan tak mahu pakai kad kredit, risau takut terboros, hehe.

    ReplyDelete
  7. salam....

    Nik biasa bi#eli dan jual dan traksaksi menggunakan paypal, kerana akaun paypal akan menunjukkan kemasukan duit pelanggan serta duit keluar serta alamat pelanggan akan direkodkan.Jadi kita boleh hantar atau pos barang2 serta merta apabila pembayaran dibuat. Penjualan akan menjadi lebih pantas dan aktif. Selain paypal, kita ada gooogle checkout yang lebih murah dari paypal dan lebih menguntungkan. Paypal boleh connect dengan mana-mana card debit or credit. Nik pun attach dengan card debit sebab Nik pun tak suka berhutang.Sekarang Nik tak start berniaga secara aktif, cuma try test market dulu, dan InsyaAllah peluang amat luas. Suami suruh habis study dulu, baru boleh business betul2. Kak chik boleh guna tu sebab kak chik dah buat business betul2.

    ReplyDelete
  8. Wkslm nik.

    Nik buat bisnes apa tu nik? Google checkout? Kakchik kena cek ni. Kakchik pun takut nak berhutang melalui kad kredit ni, tambahan pulak hutang yang ada pun belum habis bayar. Kakchik tengok ramai sungguh student yang berniaga online sama dapat ribu-ribu sebulan. Tapi risau pelajaran terabai pula. Kalau pandai membahagikan masa, apa salahnya.

    ReplyDelete
  9. salam kak chik...
    saya ni hnya pndai guna kad bank tuk kuwar duit gaji kat ATM je...
    hehehe....
    :)

    ReplyDelete
  10. masa guna kt tenet tu xde masalah kakchik..even..masa ke ireland dulu pun cikmin pernah guna debit visa ni..bank akn bekalkan kita PIN no la..skg ni debit visa/master ni pun dah ada mata ganjaran..x rugi kakchik mula menggunakan kemudahan yg ada..berbelanja pun lebih berhemah dari Credit Card...hihihi..sama cam cikmin ..dah terboros..tp dah terlajak la kakchik..nak wat camne..bayar je la utang2 tu ha...ekekekek...

    ReplyDelete
  11. salam kak chik..nasib baiklah akak tak ada credit card..kalau idak teruklah agaknya..lebih baik tak ada kan..senang..

    ReplyDelete
  12. Nik business brg2 comp selama sebulan jer..pendapatan..alhamdulillah..itu yg teruja..disebabkan keterujaan tersebut..suami suruh berhenti terus..sebab dah lari tujuan asal iaitu dptkan ijazah dulu..he..he..he..Nik pun takut juga..kalau dpt duit, nanti terabai pelajarn..he..he..he..betullah tu..kena dengar kata suami..

    ReplyDelete
  13. salam kakchik... sha ni mmg salah seorg yg selalu menggunakan paypal bila beli brg... jual brg je belum lg... utk pengetahuan kakchik tak semestinya guna kad kredit, blh juga linkkan akaun paypal tu dengan akaun bank kita... nanti paypal akan charge usd 1.95 utk verify akaun tu kita punya... tapi kita akan dpt balik bila kita buat bayaran pertama guna akaun paypal tu nanti... harap2 sedikit sebyk dapat bantu kakchik ya...

    ReplyDelete
  14. Saya pun dah ada akaun paypal kakchik dan ada maybankcard visa debit.Tapi hari tu daftarkan kat paypal tak boleh pulak...aik macam mana tu ek?Ada cara lain ke selain paypal ek?

    ReplyDelete
  15. TC - Wa'alaikummussalam. Hehe... kakchik pun sama jugak. Ini pun baru tahu pasal fungsi MVD ni. Nasib baik

    ReplyDelete
  16. CikMin - Kakchik pun harap takde masalah selepas menggunakan MVD ni. Yang kakchik nak sangat guna ialah akaun PayPal tu, dah lama terperap sebab tak dpt verify. Kakchik risau terboros sebab tu sampai ke hari ni takde kad kredit. Tak ada tu pandai2 la kan CikMin, hehe.

    ReplyDelete
  17. kak ina kl - betullah kak... agaknya orang macam kita memang tak sesuai ada kad kredit kot. kakchik mgkn boros beli buku, abaya dan kasut. kak ina pula mgkn borors beli pinggan mangkuk antik kan.

    ReplyDelete
  18. Nik - kalau kehidupan dah stabil dan mampu, berniaga ni jadi hobi pun takpe Nik. Lagipun ikut kata suami tu lebih baik sebab ini pun untuk kebaikan Nik juga kan.

    ReplyDelete
  19. Sha - Wkslm Sha. Ooo... tak tau pulak akaun bank pun boleh. Masa mula2 register paypal akhir tahun lepas kakchik cuba guna akaun Maybank tapi tak valid. caj $1.95 tu masih sama. Kalau macam ni kalau ada apa-apa kakchik nak tanya Sha lah nanti pasal paypal ni.

    ReplyDelete
  20. Siti Mariam - untuk membolehkan paypal verify MVD tu Siti kena masuk dlm Maybank2u dan buat satu perkara iaitu di bahagian MSOS tak ingat la pulak apa nama pjg nya. Tapi ada perkataan .... Online Shopping. Lepas selesai kat situ barulah boleh verify Paypal. Cara lain kakchik tak tahu dik.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih untuk info kakchik..nama panjang MSOS ialah maybankard secure online shopping registration..akhirnya saya berjaya verified paypal saya. tq :)

    ReplyDelete
  22. mr, tahniah sebab dah berjaya verify akaun paypal. mana yg baik kita kongsikan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs