Followers

27.10.09

Kalau boring, jom singgah ofis kakchik

Assalamualaikum dan selamat berehat. Sekarang ni sama ada waktu makan, waktu solat dan waktu rehat bagi kita semua. Ada juga waktu ni adalah waktu untuk keluar shopping terutama kalau bekerja tentu satu jam waktu rehat ni digunakan untuk pelbagai tujuan. Pejabat dekat dengan shopping mall, tentu cepat je akan ke sana tambah-tambah gaji dah masuk, hehe.

Kakchik tak ke mana, sambil berehat ni kakchik main-main dengan kamera dalam pejabat yang sejuk ni. Dok sorang-sorang memang cepat sejuk, lainlah kalau berkongsi. Kalau rasa takde kerja, bolehlah singgah ke pejabat kakchik ni.

Inilah tempat kerja kakchik setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat.


Kalau dari atas kerusi, boring sikit, boleh jenguk ke luar tingkap. Tengok pokok menghijau, dengar kicauan burung dan kadang-kadang ternampak budak-budak berlarian di belakang library.


Kat belakang tempat duduk memang tak kemas langsung. Entah bila nak dikemaskan betul-betul. Payung yang tersangkut tu untuk emergency, sekarang niasyik hujan ribut sebelah petang. Nak tahu usia payung tu tak? Kalau taknak tahu pun kakchik nak bagitau juga. Tahun ni usianya dah masuk 23 tahun. Inilah payung terakhir peninggalan kedai runcit Ummi kakchik yang ditutup pada tahun 1986. Warna asal royal blue dah pudar sesangat. Kakchik sayang sangat payung tu.


Kat tepi kabinet besi tu ada 2 botol racun serangga. Memang perlu ada sebab kadang-kadang ada juga semut, lipas dan nyamuk masuk dalam pejabat. Sejuk macam ni pun diorang boleh duduk.


Kat bawah meja, ada sekotak majalah 'haven' dan Mingguan Wanita, koleksi peribadi yang kakchik dah lama tak belek. Tujuan masukkan dalam kotak tu ingat nak bawa balik rumah tapi dah bertahun dia kat situ. Malas nak bawa balik sebab takde tempat nak simpan. Tunggu rumah baru siaplah.


Sebelah kanan tempat duduk, ialah rak buku, stor alatulis dan pelbagai fail kerja. Dah berapa kali dikemaskan tapi masih juga berterabur.


Kat satu sudut rak buku tu kakchik letakkan benda-benda ni.


Ini pula workstation kakchik yang dah jarang-jarang kakchik guna. Lebih banyak buat kerja guna laptop sendiri. Bila nak mencetak je baru guna yang ini. Bukan apa, kelajuannya terhad, ruang simpanan pun makin kecil dan selalu sangat dia hang. Kerusi jadi tempat sangkut kain sembahyang dan sejadah.


Di depan pintu masuk pejabat, ialah meja kerja berkaitan majalah bulanan yang dilanggan. Stesyen majalah bulan lepas.


Di kaki meja kerja tu ialah majalah-majalah langganan tahun ini yang kakchik dah atur mengikut tajuk masing-masing.


Bila dah cukup 12 keluaran iaitu setahun, kakchik susun kat sini sebelum dihantar jilid. Yang ni ialah majalah tahun lepas, sedang menanti giliran ke kedai jilid.


Kat sudut ini pula ialah stor barang-barang dan palbagai alatan yang kami gunakan jika ada sebarang aktiviti atau program besar.


Sekali tengok macam SOHO je dalam pejabat kakchik ni.


Agaknya inilah pandangan tetamu yang duduk di depan kakchik.


Isyk... bilalah nak betul-betul kemas ni?


Dah... masa rehat dah tamat. Jom sambung kerja.

14 comments:

  1. Luas juga kawasan Kak Chik..

    Teringat plak waktu zureen berkerja dulu..spacenya kecil shj.Tapi berdekatan tingkap..suke.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tempat mencari rezeki...

    ReplyDelete
  3. zureen - memang luas la jugak, 18 x 18. ofis sebelum ni 10 x 10 je. yang ni dah saiz bilik tidur kat rumah, hehe tapi penuh dgn barang/buku. sebenarnya syukur dpt space yg luas ni sebab ada byk privacy.

    ReplyDelete
  4. kak kam - syukur alhamdulillah kak sebab terlalu selesa dah ni, majikan sediakan untuk kita tunaikan amanah

    ReplyDelete
  5. besar gak tmpt keje kakchik..mcm2 ada...hehe bes tgk

    ReplyDelete
  6. salam kak chik,

    alahai teringat lak zaman2 yan bekeje dulu.. jenis susah betul nk kemas cantik2 sbb baru je kemas dh besepah blk..so kemas biasa2 aje, sbbnya klu kemas betul2 nnti nk cari barang2 atau fail x jumpa..hehehe...

    ReplyDelete
  7. Lily - dah jadi macam stor dah ofis kakchik ni

    ReplyDelete
  8. Yan - hehe, macam ada persamaan lah

    ReplyDelete
  9. Haah..serabut saya tgk tempat kak cik kerja ni. Nampak serabut tapi elok je susun ikut nama yer. Ni klw nak cari brg hanya kak cik je yang tahu tempat dia. hehe

    Besar gak tmpt kak cik ni. nampak sangat orgnya kuat membaca kan. Bagus nya.

    ReplyDelete
  10. emy - hehe, susun ikut tahun, ikut tajuk perkara. selalunya kawan2 lain cari barang masih jumpa mungkin kakchik lebih kemas kot, hahaha

    keje dgn buku emy, beginilah tempatnya. keliling bilik ada buku, buku sendiri pun banyak kat atas meja tu dan dalam rak kecil sebelah workstation

    ReplyDelete
  11. Salam K chik...baru je tadi bertanyakan kerja k chik...skarg dah keluar cerita. bagus gak...dapat la gambaran yg sebenar. Seorang Manager, merangkap S/U dan sekaligus tukang sapu(ini k chik yg cakap...)hehe..bagusla k chik ni serba boleh. Saya tahu k chik kerja kat az-zahra tapi tak tahu plk sbg manager.

    Saya doakan yg terbaik buat k chik dan suami. mudahan beroleh rezeki melimpah ruah daripada ALLAH ar-Rahman. Amin..keep in touch.

    ReplyDelete
  12. kakchik kerja apa kakchik? lamanya payung tu bertahan kakchik...23 thn tu jangka ms yg pjg tu! tp brg2 dulu2 kualitinya elok, kn? mmg blh bertahan lama. brg2 skrg ni cepat je rosak

    ReplyDelete
  13. Wkslm wan. Hehehe, actually gambar2 tu diambil sehari lebih awal sebab dah ada niat kalau boring nak buat entri ni. Kakchik ni nak letak jawatn apa pun boleh kat library ni sebab kadang2 buat pelbagai keje, staf lain pun sama juga cuma takde lah pulak diorang buat keje kakchik.

    Trm ksh banyak atas doa wan tu, semoga Allah makbulkan. Juga semoga wan sekeluarga juga sentiasa mendapat berkat Allah dlm setiap amal ibadah.

    ReplyDelete
  14. Nadiah - kakchik keje menguruskan sebuah library awam swasta kat Kelantan ni. Jemput singgah di sini darnur-alzahra.blogspot.com
    memang payung tu sgt kukuh, sebab tu kakchik sayang. brg2 skrg ni mcm sengaja dibuat agar cepat rosak, org akan beli yg baru, taukey juga yg untung kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails