Assalamualaikum semua.
Kakchik nak cepat ni. Tadi cik abe hantar SMS kata ada referrer tak elok di blog. Terkejut dibuatnya.
Lekas-lekas kakchik masuk ke internet dan buka blog. Lagilah tambah terkejut.
Ada dua referrer yang sekali tengok pun dah tau pelik.
Beberapa hari lepas ada satu referref yang duduk paling atas, HOT CELEBRITIES. Dia punya hits melebihi 5 ribu, kakchik dah rasa tak sedap hati sebab dalam beberapa hari je carta naik mendadak.
Sebab makin banyak nampaknya referrer kurang asam ni kakchik cepat-cepat masuk ke eReferrer untuk cek.
Huhu... rupa-rupanya ini semua gara-gara kakchik pernah tulis entri pasal artis kita yang pakai purdah untuk ke Mekah buat umrah. Kalau kalian selalu ke sini, tentu tahu siapa yang kakchik maksudkan.
Kerana ramainya orang mencari maklumat pasal artis tersebut, blog kakchik pun menjadi mangsa juga. Bila artis, tau-tau ajelah pelbagai jenis manusia yang mencari maklumat pasal dia.
Sekarang ni dengan tenang kakchik membuang semua pautan dari laman-laman atau blog yang jijik tersebut. Insyaallah penapis pun kakchik aktifkan dengan lebih banyak 'key word' yang berkenaan.
Dah kakchik minta maaf, entri mengenai artis tersebut telah kakchik jadikan 'draft' dan tidak boleh dibaca oleh pengunjung lagi. Harap maaf ya.
Kakchik bersalah pada diri sendiri dan pada teman-teman semua kerana lalai dalam perkara ini. Minta dijauhkan blog Keluargaku Sayang ini dari dikhianati anasir-anasir jahat sebegitu.
Semoga lepas ni tiada lagi pautan yang menjelikkan. Minta dijauhkan Allah.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
hmmm...susah betul. skang blogger pon jd mangsa. ada satu blogger nieh punya posting keluar perkataan2 jelek dalam blog list sha. dia tak posting, tp dlm blog list org keluar tah hape2.
ReplyDeletemmg kita kena berhati2.
Aduhai kak chik...
ReplyDeletesy tak pnah check pun referrer ni...\kn check jugalah....
sha - entah la kan, semakin ramai orang yang hidupnya takde arah tujuan maka dia buat kerja-kerja tak berfaedah macam yang dibuat kat blog kakchik dan blogger tu. tambah-tambah kita ni orang Islam
ReplyDeleteTC - kena cek tu... masalah kakchik ni pun baru minggu ni berlaku, sebelum ni takde masalah
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeletemmg betul apa yg kak chik tulis nie, nasib baik lah che abe kak chik perasan. ekceli yan pun dlm hal nie mmg berhati2...
kak chik..cane nk check refferer tuh? ooops byk lg yg saya kn blajar ni
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteakak tak pernah amik tau pasal artis...
sekadar baca sepintas lalu
tak simpan dlm kepala pun
tak dijadikan bahan perbualan pun bila bersembang...
bkn apa,buat semak otak ja dok ingat citer depa ni..
Yan - wa'alaikummussalam. ha'ah alhamdulillah, cik abe tu setiap hari pun memantau apa yang kakchik tulis kat sini. dalam dok berhati-hati pun terkena juga...
ReplyDeletefmina08 - nak cek kenalah dulu installkan eReferrer kat dalam blog. Kalau fmina08 nak dptkan kodnya, klik di alamt yg ada www kat referrer kakchik tu nanti website eRefferer akak buka. register mudah je, lepas tu ikut je arahan dlm website tu.
ReplyDeleteKak Kam - wa'alaikummussalam kak. kakchik pun tak kisah sebenarnya hal artis ni. hari tu isu yg kakchik tulis tu isu purdah kebetulan pulak keluar berita di akhbar pasal artis ni nak buat umrah dan pakai purdah. bukan sebab dia dah berubah tapi sebab nak hindarkan H1N1. jadi kakchik sentuhlah sikit pasal pakaiannya tu. memang menyemakkan otak kak, nak cerita hal pakaian Islam pun terpalit sama.
ReplyDeleteSalam kak chik... Eh berguna juga yer referrer nie... ummi ingat nak register ler... BAhaya juga kan kalo cam nie...
ReplyDeletekita pong tak tau pasal neh.. bahaya gak nehh! kene ati2 neh! bape byk la 'neh' kita neh! ngee ngeee.. eh 'neh' lagik! heeeeeee..
ReplyDeleteWkslm Ummi. Yang sebenarnya kakchik pun jarang benar cek referrer tu. Saja je letak nak tengok siapa yang selalu datang. Molek la tu Ummi, mgkn dapat pantau pengunjung ke blog.
ReplyDeletehana... hana. buat kakchik tergelak je, hehehe.
ReplyDeleteooo..terkejut bc n3 kak chik..ingatkan apa td..bese laa dunia cyber nih sape2 boleh terjah kite..so,hati2 je la kan..hehe
ReplyDeletesalam kakchik..kalau nak hit byk bubuhlah kisah artis..klu nak cerita artis akak tak berapa minat..
ReplyDeletebukan cabang akak,,
nak letaklah benda tu..
eriey - kerana sikap berhati-hati tulah cik abe selalu pantau blog kakchik, at least cepat dapat buang terjahan2 yang tak elok tu
ReplyDeletewkslm kak ina. memang betullah kak. kakchik pun tak minat cerita artis ni. hari tu tulis pun bkn pasal kerja dia tapi pasal purdah. silap juga ambik dia buat contoh. letaklah kak, pantau blog kita.
ReplyDeletesalam... Referrer tu apa? kak e ni tau sign in - sign out je :p
ReplyDelete* bila2 lah... nanti kak e call tanya lebih detail ya ;)
Thanks and take care :-*
wkslm kak e.
ReplyDeleteReferrer tu widget untuk mengesan dari mana pengunjung blog kita dtg dan blh lihat dr mana paling ramai.
Ok juga untuk menapis kedatangan pengunjung yang tidak diingini.