Followers

6.10.09

Surat 'Cinta' dari Pelajar

Selamat Menghadapi Peperiksaan Kepada Semua Calon PMR

Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua rakan dan taulan yang sudi berkunjung ke sini. Semoga semunya dalam keadaan sihat sejahtera dan sihat tubuh badan untuk meneruskan perjuangan survival hidup sebagai hamba Allah di bumi ini.

Hari ni kakchik melihat dua orang pelajar sekolah sedang asyik membaca buku di ruangan kanak-kanak. Terkejut juga bila nampak pelajar sekolah berada di perpustakaan di waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah. Kakchik pun apa lagi mestilah usul periksa bimbang mereka ponteng sekolah. Alhamdulillah... rupanya sekolah mereka bercuti hari ni untuk memberi peluang pelajar-pelajar tingkatan 3 berehat dan memohon keredhaan dari ibu bapa dan guru-guru sebelum mereka menghadapi PMR esok. Adik-adik tu masih di tingkatan satu. Bagus mereka tu sebab sudi ke perpustakaan mengisi masa terluang. Syabas dik!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bila tiba musim peperiksaan ni banyaklah kenangan-kenangan masa lalu yang terimbau kembali. Ada yang pahit dan ada juga yang manis dan melucukan. Kalau dengar cerita kakak dan ipar-ipar yang menjadi guru bercerita pasal hal pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan, kadang-kadang boleh pecah perut dibuatnya. Banyak yang lucu lebih-lebih lagi bila melihat kertas jawapan. Kura-kura, kereta, burung dan macam-macam boleh ada dalam kertas jawapan. Kalian pun boleh bayangkan apa sebenarnya berlaku.

Tadi kakchik jalan-jalan ke blog kenalan dan ada seorang tu menulis tentang anaknya yang akan PMR esok. Yang menarik di dalam tulisan beliau tu adalah salinan sepucuk surat yang ditulis oleh seorang pelajar kepada pemeriksa. Kata pemilik blog, surat itu boleh disalin dan dikongsi dengan pembaca lain. Rasanya bolehlah kakchik kongsikan di sini suratnya. Baca sampai habis tau!

Assalamualaikum w.b.k

Kehadapan pemeriksa kertas yang saya hormati dan kasihi. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Duhai pemeriksa yang saya hormati, pertama-tama sekali saya ingin memohon maaf andai coretan ini mengganggu masa tuan semasa proses penandaan. Namun begitu, sudilah kiranya tuan pemeriksa dapat meluangkan sedikit waktu untuk membaca nukilan saya ini dan besarlah harapan saya agar tuan fahami isi dan kandungannya agar jelas kepada maksud yang saya ingin sampaikan nanti.

Tuan pemeriksa, seperti mana tuan sedia maklum, saya ialah salah seorang calon daripada ribuan calon lain yang telah berusaha selama ini untuk menduduki kertas peperiksaan ini. Namun begitu, pada hari peperiksaan, hati saya berasa sedikit gentar yang tidak pernah saya alami selama ini. Dan saya teruskan jua menjawab kertas soalan ini hingga ke akhirnya. segala hasil serta pengetahuan saya berkenaan subjek ini semuanya telah saya lontarkan di sini, telah saya curahkan di sini, andai masih berlaku kekurangan dan kesalahan, maaf jualah yang saya pinta.

Tuan pemeriksa, saya tahu tuan adalah orang yang berhak dan berkuasa ketika menanda kertas jawapan saya ini. Justeru itu, dengan seribu harapan yang saya pertaruhkan pada helaian terakhir ini agar harapan dan keinginan saya tidak kecundang di sini. Dapatlah tuan pemeriksa pada kiranya membantu sedikit terhadap apa yang telah saya usahakan dengan memberi sedikit markah tambahan mengenai hasil kerja saya ini yang saya rasakan patut tuan nilai dari segi kesungguhan saya menjawab soalan dan bukan pada betulnya jawapan saya.

Tuan pemeriksa, dengan ini saya harap tuan pemeriksa telah jelas dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Berharap tuan pemeriksa akan lebih diberkati dan dimurahkan rezeki kerana jasa baik dan budi bicara tuan dan kebiijaksanaan tuan akan menjadikan tuan naik pangkat sebagai ketua pemeriksa pada tahun peperiksaan berikutnya.

Rasanya cukuplah sampai di sini sahaja coretan saya, kerana kalau mahu diikutkan hati dan perasaan banyak lagi yang ingin saya sampaikan dan nukilkan pada tuan. Mungkin itu boleh dibuat pada kertas peperiksaan yang lain. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kesanggupan tuan meluangkan sedikit masa kepada saya.

Akhir kata, sambutlah salam manis, mesra dari saya. Salam penuh keikhlasan.

Owh ye, terlupa juga, tolong sampaikan salam saya kepada keluarga dan rakan pemeriksa tuan yang lain. Kongsikanlah warkah ini bersama mereka agar mereka turut sama dapat membantu insan-insan seperti kami. Saya akhiri warkah ini dengan serangkap pantun ,

kami mengharap markah tambahan,
moga tuan dapat berikannya,
harap rayuan ini tuan tunaikan,
hanya tuhan yang dapat membalasnya.

Salam penuh pengharapan

(no. calon peperiksaan)

sekian terima kasih.


Hehehe... rasa nak gelak terguling-guling dibuatnya. Sabar ajelah.

Sumber surat: Hidup Biar Sedap

11 comments:

  1. sha pon ada bace surat tuh kak chik. geli pulak hati. tp sayu pon ade. napelah sume taknak bace buku...concentrate buat surat pandai pulak...

    ReplyDelete
  2. ha'ah, kakchik nampak nama sha ada kat atas sekali dlm kotak komen kujie tu. bila dah desperate, macam-macam boleh berlaku sha. tahun lepas di OUM ada pelajar yang tulis nota di seluruh baju kurung batik yang dipakai masa exam.
    tertangkap juga akhirnya. pelajar itu adalah seorang guru yang sedang menyambung pelajarannya utk dpt degree. kreatif tapi membinasakan diri sendiri. itulah, jgn bagi buku yang baca kita.

    ReplyDelete
  3. Ooo..sekarang ni tgh musim pmr eh. tak perasan pulak, sbb takde anak2 buah yg exam. Ada jgk student yg buat surat gini eh. Isi sirat tu betul tanpa diedit ke? bahasanya agak tersusun. Lawak pun ye, tp rasa cam terharu pun ye. Dia buat lawak bodoh kalau tak jawab soalan, tp buat surat tu semata2. tapi, kalau jawab soalan beserta dgn surat sebegitu, rasa cam betul2 dia mengharapkan ehsan si pemeriksa.

    ReplyDelete
  4. kin - kakchik pun tak tahu asalnya hinggalah jumpa 2 org budak kat library tu. Surat tu kakchik salin sebiji-sebiji dari blog asalnya tapi edit ejaan adalah satu dua. baru tadi kwn bagitau semalam dia dpt surat macam ni dr murid form5nya. ada lagi dlm beg dia. macam-macam gaya mohon belas ehsan. memang ada pemeriksa yang kesian.

    ReplyDelete
  5. salam kaka chik...
    saya pun macam kak chik,
    gelak goling2...
    tapi, sy pun biasa dapat macam ni...
    tapi idaklah surat...
    just note, minta markah lebey...
    kelakar...
    :)

    ReplyDelete
  6. salam kakchik..bagus untuk pelajar yang nak ambil periksa besar..

    ReplyDelete
  7. Punyalah panjang karangan student itu utk pihak penanda kertas..he3(kelakar membacanya..)

    ReplyDelete
  8. TC - Wa'alaikummussalam. Gelak, gelak jugak Nurul tapi kesian pun ada dengan pelajar ni. Memang pun... banyak yang cerita nota paling banyak diorang kepilkan.

    ReplyDelete
  9. kak ina kl - wa'alaikummussalam kak. ha'ah kak, bagi kat diorang baca.

    ReplyDelete
  10. zureen - itulah, entah sempat dia jawab soalah periksa entah tidak, dok mengarang benda lain pulak

    ReplyDelete
  11. salam kakchik, memang rasa nak gelak pun ada kan bila baca surat tu tapi itulah realitinya... memang ada anak2 murid yg tulis surat cinta minta cikgu bg markah lebih terutamanya kalau yang melibatkan soalan2 esei... agaknya sebab sha ajar math jadi setakat ni sha tak pernah la dapat surat cinta cuma nota ringkas kat tepi kertas tu minta cikgu tambah markah tu ada la... tapi kalau dah kiranya tak betul jalan kerja takde camna la cikgu nak tolong... cikgu ni bukannya kejam sangat cuma kdg2 tu dah tak tau nak tolong macam mana lagi dah...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs