Followers

13.9.09

Sambut raya ala kadar je.

Assalamualaikum semua. Selamat datang kepada yang baru pertama kali singgah di sini. Terima kasih kerana sudi menjenguk-jenguk blog kakchik ni.

Sekarang ni kita semua sedang berada dalam 10 terakhir Ramadhan. Tentu masing-masing berebut-rebut untuk memanfaatkan sepenuhnya hari-hari terakhir Ramadhan ni. Yelah kan, bukan senang nak menikmati hari yang penuh barakah, di bulan yang berkat yang mana ganjaran setiap amal-ibadat berlipat kali ganda berbanding hari-hari di bulan lain. Moga-moga kita semua tidak terleka.

Hari ni di pejabat sudah mula terasa akan mood hari raya. Apa taknya, staf-staf pun dah ada yang mula bercuti. Hehe, cuti nak buat biskut raya la tu... bukan kakchik teka ni tapi depa yang cakap. Kawan-kawan semua dah tentu banyak buat persiapan raya kan, terutama yang 24 jam menguruskan keluarga. Jangan sampai terkandas terawikh sebab asyik memasak di dapur saja. Rugi besarlah kita nanti.

Selain dari kuih-muih dan juadah hari raya yang lain, tak lengkap kalau tak ada baju baru kan. Yang paling seronok sudah tentulah anak-anak kecil dan tak kurang juga ibu bapa yang bersesak di pasar-pasaraya membeli pakaian untuk keluarga. Ada yang pilih sedondon, memang nampak cantik sekali bila dilihat satu keluarga ke masjid bersolat sunat hari raya dengan pakaian sedondon. Kalau ambil gambar pun cantik. Kakchik dengan Cik Abe pun konon-kononnya naklah pakai sedondon tapi sebab terlambat menempah dengan tukang jahit maka baju kami tak dapat disiapkan untuk raya. Jadi kami pakai ajelah baju yang sedia ada. Kakchik masih ada beberapa pasang baju yang masih baru dan belum dipakai macam yang hitam dalam gambar tu. Mungkin raya ni kakchik akan pakai yang tu ajelah. Tak kisahlah kan. Yang penting, pakaiannya bersih. Syukur masih diberi nikmat, sedangkan masih ramai orang lain di seluruh dunia bakal berhari-raya dengan pakaian yang lusuh. Kita ni dah terlalu banyak nikmat tapi sentiasa nak lebih lagi.

Kat rumah pun kami takdelah buat apa-apa biskut pun sebab kakak kakchik yang tengah tu memang tokey, jadi kami tempah ajelah dengan dia. Lagipun biasanya kami akan masak nasi istimewa untuk hari raya untuk tetamu. Yang penting semangat Aidil Fitri kan.

Mmm... kena berhenti dulu. Nak sambung kerja, hehe. Wassalam.

20 comments:

  1. kak chik...

    baju tuh tak alah kadar tuh...itu dah namanya glamer...sha suka baju cenggini...walaupun plain tp penuh berseni. sukanya sha tgk:)

    geramnya!!!:)

    ReplyDelete
  2. sha, nampak je glamor tu tapi biasa-biasa je.
    agaknya tudung warna apa yang sesuai nak bagi ceria ya?

    ReplyDelete
  3. cantiklah baju tu kakchik... (kak e dah tgk kan baju tu) kak e rasa tudung yang sesuai - warna putih atau kelabu - sesuai dengan warna baju ;)

    ReplyDelete
  4. tadi kak e dah sent comment, dapat ke? tiba2 PC ni gelap! iskhx3 kacau je...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah kakchik, lepas satu cabaran, esk satu lagi utk jawatan lain.

    alhamdulilah dpt jwb. w/pun ada Lupa lirik, ada tak tahu. Yg best ada buat lukisan guna crayon. hehe.

    Cantik bj kakchik. hehe.
    Jubah yg hari tu dah jual ke?

    p/s : psl link tu abaikan. asal kakchik ingat sokmo kat shu. ok ;)

    ReplyDelete
  6. hahahaa....
    glamer lah baju kak chik tu...
    tu, bukan ala kadar tu...
    :)

    suka jugak fesyen cam tu...
    pulun cari ari tu...
    tapi, tak dak saiz...
    kesian kan kak chik org kecik cam saya ni...
    kn cari baju saiz kanak2 barangkali....
    :)

    ReplyDelete
  7. Chantikkknyer...beli kt mane kakchik?

    ReplyDelete
  8. k chik..chantek tuu baju..mesti mahal dih..

    ReplyDelete
  9. kak e - komen masuk dgn selamatnya. dan memang pun kak e dah tengok baju tu. kita kan sama-sama ke butik masa kakchik membelinya. kakchik pun ingat nak match dengan tudung kelabu sebab kasut yang tak pakai lagi tu warna kelabu. hehe, matching semestinya.

    ReplyDelete
  10. jumana - salam ramadhan kembali dan terima kasih ya sudi ziarah blog kakchik.

    ReplyDelete
  11. shu - insyaallah kakchik yakin shu boleh tempuhi temuduga tu dgn lebih yakin dan baik selepas ni. mekasih... hehe kakchik rasa biasa2 je baju tu. jubah hari tu masih ada. kalau shu berkenan kakchik memang nak jual.

    ReplyDelete
  12. TC - tak sangka pula baju tu nampak glamor. kakchik dok nampak biasa2 je. actually baju tu dah ada orang booking sblm ni tapi sebab dah berbulan dia tak bayar2 dan senyap je, kakchik kira dia taknak lah tu so jadi baju kakchik ajelah. eh, nurul, tu saiz kecik tu. kakchik ni kan saiz XS. hehe, kalau beli baju saiz kanak2 potongannya nanti ketat kat dada.

    ReplyDelete
  13. hasnah - terima kasih. kakchik beli kat KF Collection di Billion Shopping Complex, KB.

    ReplyDelete
  14. eriey - mekasih noo... takdelah mahal mana. kalau beli kain dan upah jahit pun kakchik rasa harganya lebih kurang je.

    ReplyDelete
  15. alahi kakchik...santek nye baju tu...tehingin lak nak ada satu...tp tggu pas meletop dulu la kachik..eeeee..hati terpangel-pangel nak ke kota bahru sbb x balik kg kedah ni kakchik..tp kata cikkamal..sama jek jauhnyer klu nak balik kedah...

    ReplyDelete
  16. cikmin - mekasih. boleh je cikmin nak baju cam tu. skrg ni dah byk dijual fesyen gitu tapi kalau nak turun kb mencarinya pun ok gak, kakchik blh temankan. so... tahun ni raya kat bentonglah ya? agaknya CK bimbang tu dgn keadaan cikmin skrg. kalau jauhnya lebih kurang je kelntan atau ke kedah, bolehlah singgah di kb.

    ReplyDelete
  17. insya'ALLAH kakchik...klu jejak kaki cikmin sekeluarga ke KB tu...harus cikmin cari kakchik tau..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs