Followers

22.10.09

Khusyuknya dia...

Assalamualaikum.

Hari ni kakchik sekadar nak kongsikan satu video yang mengagumkan. Seronoknya ibu-ibu yang mengandung dan melahirkan jika anak comelnya sentiasa begini.

Teringin sekali untuk mempunyai zurait sendiri dan beginilah harapannya untuk melihat anak comel membesar dalam suasana ayat-ayat al-Qur'an.

Bertuah ibu bapa kalau mampu menyediakan suasana kehidupan dan persekitaran anak-anak yang telinganya saban hari mendengar ayat-ayat al-Qu'an.

Al-Qu'ran yang dibaca siang dan malam oleh ayah dan ibu, anak yang melihat akan jadi sebati dengan keenakan mendengar bacaan tersebut walaupun suara si pembacanya bukanlah semerdu qari atau qariah terkenal.

Kita masih belum terlambat untuk memberikan kelebihan ini kepada anak-anak kita.

4 comments:

  1. Hati kanak2 suci bersih ,amat mudah menerima..Harap anak2 zureen pun dpt membaca Al-Quran dengan baik nanti..

    ReplyDelete
  2. zureen - memang betul... sebab itulah kita disarankan agar mendidik mereka mengikut kaedah yang selari dengan Islam agar mereka membesar dalam suasana yang cintakan agama yakni, al-Quran dan hadis. InsyaAllah zureen mampu lakukannya demi anak2

    ReplyDelete
  3. ibu bapa..role model pada anak2..sbb tu org kata,nak tgk perangai mak bapa,tgk perangai anak2nya...

    ReplyDelete
  4. betul kak kam, anak-anak membesar dengan melihat ibu bapa mereka sebagai role model yang pertama.

    tapi sekarang ni ibu bapa dah kurang jadi role model kot sebab anak-anak lebih banyak masa dengan pengasuh sebab tu soal akhlak banyak masalah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails