Followers

26.10.09

Sale masih ada beberapa hari lagi

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua...

Pagi-pagi ni sejuk betul dok dalam pejabat ni. Sekarang ni kakchik tengah edit Job Description staf-staf Zahra' untuk tahun depan. Esok nak mesyuarat bulanan jadi bolehlah serahkan kepada setiap orang staf. Lama juga kakchik nak siapkan keje menyiapkan JD ni. Walaupun kami cuma ada 6 orang tapi kalau satu orang je nak kena fikirkan benda ni, sakit otak jugakan. Lagipun setiap terma tugas nak kena menepati bidang kerja di samping nak berlaku adil dengan semua orang. Beginilah kami yang bekerja di organisasi yang kecil ni. Memang kena ada tugas yang semua orang kena pikul tak mengira jawatan. Lagipun kami dah seperti keluarga.

Tapi, itu bukan cerita yang nak kakchik kongsikan pagi ni.

Cerita sebenar ialah pasal JUALAN PENGHABISAN STOK yang sedang berjalan di MARIBACA BOOKSTORE, kedai buku kakchik tu. Tempoh sale akan berakhir pada hujung bulan ni, jadi kalau ada sesiapa yang tinggal di sekitar KB tu bolehlah singgah kot-kot ada buku-buku yang boleh meningkatkan minat membaca seisi keluarga terutama anak-anak. Jemputlah singgah di kedai kakchik.

Petanya ada kat bawah ni.

Klik untuk imej lebih jelas.

Kami tawarkan DISKAUN 15% hingga 60% untuk semua item. RUGI la kalau tak ambil peluang ni. Kalau ada anak-anak di usia remaja ke bawah tu, singgahlah... PENJIMATAN UNTUK WANG ANDA, hehe.

Kalau ada yang suka membaca NOVEL kami juga ada khidmat SEWA NOVEL untuk tempoh 2 minggu untuk sebuah novel. Tapi pelanggan boleh menyewa lebih dari satu novel mengikut syarat-syarat yang ada di MariBaca. Setakat ni kami dah ada beberapa orang penyewa tetap novel yang akan datang menukar novel baru setiap dua hari sekali terutama beberapa orang doktor yang mempunyai klinik berhampiran dan juga dari HUSM. Kata diorang, sambil tunggu pesakit bolehlah mereka mengisi masa dengan membaca novel. Kan bagus macam tu...

Entah macamana nanti kalau kami jadi berpindah ke lokasi baru? Yang paling kakchik fikirkan ialah pelanggan tetap dan juga para penggemar novel ni. Tentu sukar sikit untuk mereka ke kedai kalau lokasi dipindahkan. Hmm... kena fikir elok-elok ni. Mungkin kami kekal aje di premis sekarang tapi fokus kepada SEWA BUKU dan fotostat aje. Di premis baru boleh fokuskan kepada buku kanak-kanak dan aktiviti untuk mereka. Kawan-kawan ada idea tak?

Kejap lagi ada sahabat blogger nak datang. Kami dah jadi rakan kongsi untuk bisnes ABAYA kakchik. InsyaAllah order pertama telah pun kakchik buat kepada pembekal di Dubai dan kami sudah pun mempunyai beberapa orang pelanggan yang membuat tempahan. Hari ni kami nak finalise perjanjian perkongsian kami. Doakan usaha kami berjaya!

10 comments:

  1. tahniah Kak Chik

    semoga terus maju dalam bisnes yang dilakukan

    mesti sibuk aktiviti harian Kak Chik..

    ReplyDelete
  2. sha - yes, my dear. would you be interested?

    ReplyDelete
  3. Masayu - terima kasih. amiin... kakchik ingin nak bantu masyarakat bila dah untung nanti. sibuk tu lebih kurang orang lain juga. kena pandai bagi masa, hehe

    ReplyDelete
  4. sayangnya saya dok jauh..kalau tak dah pi borong dah...

    ReplyDelete
  5. salam kak chik..semuga bisnes baru ni akan berkembang dengan baiknya..kalau dekat lehlah kerja dengan kak chik..

    ReplyDelete
  6. kak kam - takpe kak... nanti kalau balik cuti, singgah la ya. bachok dgn kedai kakchik tu tak jauh pun

    ReplyDelete
  7. wkslm kak ina.
    mohon Allah perkenankan doa akak tu.
    terima kasih banyak ya kak ina. sokongan moral yang amat diharapkan.
    ha'ah kan, kalau dekat, tiap2 minggu kakchik ajak akak buat promo, hehe.

    ReplyDelete
  8. Best nya kak Chik nak jual abaya..boleh promote kat mak, makcik , kwn2 n then saya buleh dpt diskaun.x gitu Kak Chik???hihi

    ReplyDelete
  9. murahnya..kalu dok dekat dh g trjah dah. beli utk PSS ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs