Sambil-sambil rehat ni kakchik nak coret-coret sikit pasal suami kakchik tu, Cik Abe.
Cik Abe, mungkin dah ramai yang kenal sebab selalu juga kakchik letak gambar dia dalam blog ni. Orang tersayang yang sentiasa dekat di hati. Alhamdulillah seorang suami yang baik dan penyayang (nampak sangat sekarang ni terutama dengan kanak-kanak riang di rumah tu). Banyak sifat dan sikap dia yang kakchik suka. Dan dia SUKA BOLA SEPAK.
Memang sukaaaaaa sangat. Cuma tak bermain je, hehe.
Kerana minat mendalam ni, Cik Abe amat komited dengan segala berita terkini mengenai bola sepak. Tak kiralah bola sepak tempatan atau luar negara. ASTRO ada pun kerana sukan terutama bola sepaklah.
Kakchik pun dah tak tahu berapa banyak blog pasal bola yang dia ada. Memang suami kakchik ni peminat bola. Nak kata tegar tu tak beranilah juga tapi siang malam sebahagian dari hidupnya adalah bola.
Kakchik pula memang tak minat langsung bolasepak ni. Selalunya kakchik jadi penyibuk bila dia sedang sibuk membuat kerja-kerja mengemaskini blog-blognya. Maaf ya Yang... suka saja-saja mengacau. Ada masa dia ok je... tapi kalau nampak tengah serius tu, kakchik ni saja je nak cari pasal, hehe. Bila kena marah mulalah nak merajuk tapi manalah dia nak pujuk kan. Sendiri cari pasal...
Minat mendalam cik abe dengan sukan bolasepak ni memang kakchik respek sebab walaupun banyak masanya dihabiskan untuk sukan ni dia masih tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya yang lebih utama. Rasanya suami kakchik ni memang sesuai sangat kalau jadi FULL TIME FOOTBALL BLOGGER. Sebab apa kakchik kata macam tu? Cuba tengok blog-blog dia:

Rasanya dia kemaskini sepanjang hari!
Tak letih ke Yang?
Tentu sakit tulang belikat tu... Jangan lupa rehat ya, makan dan luangkan masa jenguk-jenguk rumah kita. Petang nanti kita jumpa, insyaAllah.
p/s: Sebelum ni kakchik ada tulis satu entri pasal Cik Abe dan hobinya.

Salam kak chik,
ReplyDelete:) Macam2 hobi suami,kan?
Suami saya lak...hari2 tengok keputusan STOCK kat bursa saham...
banyaknye! sha pon dah takleh nak berblog pasal bola lagi. satu nieh pon dah cukup..huhu...
ReplyDeleteNurindah - Wa'alaikummussalam.
ReplyDeleteWah... suami nurindah mesti ada main saham ni sebab tu dia selalu tengok stock market tu. Mesti dah banyak untungnya. Selalu tengok tu mesti dia pandai strateginya.
sha - minat punya pasal sha. itu pun kira dia dah fokus.
ReplyDeleteKak Chik... memang peminat tegar nie! hehehe... Rajinnya mengupdate! Ummi blog utk Husna tu pun...kadang2 malas nak buat! hehehe
ReplyDeletemcm suami shu jugak. minat bola. hehe.sampai shu pun jd minat. hehe.
ReplyDeletetp abe kakchik mmg rajin lah ;)update sokmo
Assalamualaikum kak chik, orang lelaki biasanya suka bola. takpe la asal tak fanatik.. kalau tengok sorang2 takpe, ada yang jenis suka tengok ramai2.
ReplyDeleteUmmi - macam tulah kalau dah minat. apa org kata, makan bola, minum bola, tidur pun bola. entah2 mimpi bola jgk, hikhik
ReplyDeleteshu - kakchik smpi skrg ni tak berjangkit lg dgn cik abe tu, sib baik, kalau tak tak jadi ape satu pun kat rumah ni.
ReplyDeletedia update sokmo, mgkn taknak peminatnya hampa
Sakinah - Wa'alaikummussalam. Suami kakchik tu tengok kat rumah je, kalau ada adik ipar atau abang long, ada lah kawan dia menonton, kalau tak dia sorang je. Tak pernah ke stadium pun sejak kahwin ni.
ReplyDeletesuami nadiah mmg tak minat bola sepak. hehe..suka nadiah! dia minat tenis ;)
ReplyDeletenadiah - boleh la berkawan dgn abg ipar kakchik, hantu tenis, hehehe
ReplyDelete