Followers

29.10.09

Today's Busy Schedule


Rumah kami yang masih belum siap.

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua. Semoga kalian semua dalam keadaan sihat walafiat dan bergembira selalu.

Kakchik hari ni alhamdulillah, sihat dan syukur alhamdulillah kerana masih diizinkan Allah untuk menghirup udara segar di alam milikNya ini. Memang sangat segar suasana pagi ni sebab dari malam tadi hujan turun tak berhenti-henti tapi renyai-renyai saja. Harapnya cuaca begini tidak akan membantutkan pelbagai tugasan yang akan kakchik laksanakan hari ni.

Sebenarnya kakchik takde idea nak berkongsikan apa pagi ni jadi berkongsi jadual kerja pun tak kisah la kan. Bukannya jadual kerja wakil rakyat, hehehe...

Ok... apa yang kakchik nak kena buat hari ni?
  1. Membasuh abaya - malam tadi dah disental abaya sebaldi tu, pagi ni cuma perlu dibilas dan dikeringkan. Abaya semuanya kakchik basuh dengan tangan. Nak masukkan dalam mesin basuh bimbang tercabut segala manik dan hiasan lain.
  2. Sarapan - hari ni Ummi dah siapkan sarapan awal-awal lagi jadi kakchik hanya tukang makan. Terima kasih Ummi sebab tak payah nak buat sarapan. Sayang Ummi!
  3. Ke pejabat pos - mengeposkan beberapa bungkusan buku dan abaya yang dibeli pelanggan. Hari Khamis ni hari khusus untuk urusan ini. Lagipun kakchik tak kerja hari ni, senang nak ke mana-mana (dengan izin Cik Abe lah...)
  4. Kedai mozek - pergi dengan Ayah untuk beli mozek untuk tingkat atas rumah dan bilik-bilik air.
  5. Ke Maybank - deposit cek untuk PTS
  6. Ke Bank Islam - deposit tunai dan cek untuk Dar Nur al-Zahra'
  7. Ke MariBaca - kenalah jenguk-jenguk kedaibuku kesayangan ni. Urusan bisnes sendiri, hari ni dah nak sampai penghujung sale. Dapatlah tolong-tolong ringankan tugas pembantu kedai.
  8. Rumah Kak Ann - jemputan makan tengahari sempena anaknya nak ke madrasah tahfiz di Pulau Pinang. Kawan baik kakchik ni yang juga suka pakai abaya. Satu geng la ni. (pergi dengan Cik Abe)
  9. Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang - jemputan ke pertunjukan fesyen di Kelantan Trade Center jam 2.30 petang. Yang ni memang nak pergi. Sesuai nak buat laporan dalam KakChik's Wardrobe.
InsyaAllah semuanya akan dapat dilakukan dan diselesaikan dengan baik.

Sekarang kakchik permisi dulu. Susah sikit nak menaip bila si comel Amni duduk atas riba ni. Jumpa lagi. Wassalam.

4 comments:

  1. Gala Pesona Cik Siti Wan Kembang

    --> kak chik...nak tgk gambar2 utk yang ini boleh ke? sha teringin sangat...apa yang best agaknya...

    ReplyDelete
  2. salam..kak chik..nak tanya.amni anak sedara kak chik ni dan adik beradiknya berapa lama menyusu badan?macam mana mak dia bagi susu badan ya dan agih masa dengan kerja yang sibuk? nak sangat tahu. kalau mak dia ada bagi susu botol, susu apa mak dia guna?

    ReplyDelete
  3. sha - harap dah berpuas-hati dgn gambar2 yg kakchik masukkan dlm entri pada 30/10/09.

    ReplyDelete
  4. nik - wkslm. amni masih menyusu badan hingga hari ni. kakak kakchik menyusu anak2nya 2 tahun setiap anak. biasanya sebelum gi keje dia perah dulu susu dan tinggalkan dlm peti ais. kalau tak cukup baru bagi susu botol, Dutch Lady/Nespray je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs