Sehari tak mengemaskini blog terasa macam dah berhari-hari. Sebenarnya kakchik sakit kepala sejak petang semalam lagi. Mula-mula dia rasa berdenyut-denyut je lepas tu makin terasa macam ada mesin sedang menggerudi di dalam kepala, tajam-tajam dan sakit-sakit di seluruh kepala. Aduh... terpaksa berbaring tapi mata tak mahu lelap.
Bila baring, terasa pula nak muntah. Jadi duduk-bangun-baring ajelah kat dalam bilik. Nak jalan jauh-jauh sikit terasa macam dunia nak terbalik. Huhu, beginilah cubaan sakit kepala. Agaknya orang yang sakit migrain adalah orang yang sangat sabar kan. Sebab sakit kepala ni bukan saja tak boleh nak buat kerja lain, nak tidur pun tak berjaya.
Dari lepas Zohor hinggalah ke pukul 7 malam kakchik memicit sendiri kepala yang sakit. Cik Abe tak ada sebab dia ada temujanji dengan kawannya. Masa dia balik, kakchik bukakan pintu dengan mata tertutup dan dahi yang berkerut. Terus dia terkejut, tengok isterinya macam tu. Dia ingatkan kakchik baru bangun tidur, hehe tapi bila dia tengok betul-betul dengan cepat dia tolong picitkan. Hati memanglah suka dipicit-picit begitu walaupun bukannya hilang pun sakit kepalaku.
Tak tahan sakit, kakchik ambil keputusan mandi agar terasa sejuk sikit kepala ni. Nasib baik bilik air dekat. Selepas mandi kakchik paksa kaki ke dapur mencari panadol. Cik Abe makan malam layan diri sebab kakchik tak larat. Minta dia sediakan segelas air suam untuk diminum sambil telan panadol. Sebiji je kakchik makan. Kalau dua biji agaknya terus pengsan.
Lepas dah telan panadol, masuk bilik dan baring sambil picit-picit kepala. Sedar-sedar dah jam 3 pagi. Bangkit dan tak dapat sambung tidur, kepala berdenyut semula. Aduhai... kepalaku. SPLITTING HEADACHE.
Sakit makin berkurang dah bila masuk Subuh dan sekarang ni kakchik dah boleh menghadap kerja semula walaupun hari ni terpaksa MC. Nak ke pejabat macamana kalau kepala dalam keadaan macam ni kan. Syukur Allah bagi kakchik sakit sikit je, itupun ada ubatnya. Ramai lagi orang lain di serata dunia yang sakit dan takde pula ubatnya. Memang patut bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih bagi peluang dalam sakit-sakit pun boleh bangun mengerjakan ibadah yang wajib. Ramai lagi orang di luar sana yang tidak sakit langsung tapi susah nak buat ibadah kerana hati mereka yang berpenyakit. Semoga Allah buka pintu hidayah kepada mereka.
Cukuplah dulu, nanti kan orang lain pula yangsakit kepala membaca tulisan kakchik ni.
salam kak chik
ReplyDeletesyukurlah sakit kepala kak chik dh berkurangan. alahai napa telan 1 je penadol tu..klu telan dua cepat sikit kot ok nyer...
mmg best kan bila en.hubby tlg picitkan kepala..hihii
wkslm yan.
ReplyDeletehehe, kakchik memang ambik sebiji je panadol yan kecuali kalau kakchik demam. 2 biji tu macam dah overdose bagi badan kakchik.
part yang cik abe picit-picit tu memang best, hehe. isteri mana tak suka kalau suami tolong kan terutama semasa sakit.
kakchik...
ReplyDeletetake care e...semoga cepat sembuh. rehat byk2 tau.
sekali sekala kena sakit kepala seksa jugak kan kak chik? org yg memang migrain tu camane la agaknya. Harap sakit kepala kak chik dah berkurang sekarang.
ReplyDeletesha - terima kasih. alhamdulillah sakitnya dah banyak kurang.
ReplyDeletekin - memang betul kin. kalau sakit sikit2 tu boleh tahan lagi tapi sekali dia datang, digerudi satu kepala. ada juga kwn blogger yang berpenyakit migrain, hidupnya selalu dengan ubat. kena sabar benar. terima kasih kin, insyaallah dah banyak baiknya.
ReplyDeletesalam kakchik..saya dl pon slalu skt pala..panadol 2bj kadang xjalan..kn cari ponstan..mula2 sbj je..tp kalo truk telan trus 2bj! tp skg alhamdulillah..kalo nk try,leh g tgk cni www.ajaib2u.blogspot.com wallahua'lam suma kuasa Allah..kita ikhtiar je
ReplyDeletefmina08 - wkslm. kakchik jarang sakit kepala, inilah kali pertama sakit yg teruk macam ni. ponstan ada banyak kat rumah ni tapi badan kakchik hanya tahan makan panadol sebiji je. insyaallah sakit dah kurang banyak, sebab tu boleh blogging ni, hehe. apapun terima kasih ya fmina08.
ReplyDeleteMacam migraine je bunyinya.
ReplyDeleteKalau migraine, memang kak tie selalu kena. Sekarang ni dah kurang. Tapi, kalau kena migraine, panadol tak jalan. Kak tie biasa ambil painkiller..Ponstan.. beli je di Farmasi untuk emergency.
Dulu, Kak tie ada makan sejenis ubat herba.. Feverfew, memang mujarab, ia dijadikan pil dan makan dengan kunyah... dikeluarkan oleh syrkt Century.. Tapi, sekarang tak jumpa pula. Masa kerja dulu memang selalu sakit kepala teruk, terutama bila bulan mengambang, hehe..
kalo skt kepala mmg sakit,xboleh buat apa dah..mkn ubt tahan skt jer laa ubt nyer..mg cpt sembuh yer k chik
ReplyDeletekak tie - nak kata migraine bukan kot sebab jarang-jarang sakit kepala. ubat tak jadi masalah sebenarnya sebab bekalan semua ada cumanya kakchik je yang tak makan. ambil panadol sebiji pun dah ok dah.
ReplyDeletetak pernah dengar tu feverfew tu. sekarang ni dah lepas bulan mengambang dah kak tie, hehe.
eriey - kakchik pun dah ok dah hari ni w/pun pagi tadi masih lagi ada sikit rasa sakitnya. kakchik minum air suam banyak-banyak, skrg ni dah ok.
ReplyDelete