NOTIS: SEGALA GAMBAR YANG ADA DI SINI ADALAH HAK MILIK KAKCHIK, JADI TOLONG JANGAN COPY KECUALI KAKCHIK IZINKAN TERLEBIH DAHULU.
Assalamualaikum wbt.
Sebagaimana yang kakchik janjikan, inilah sebahagian gambar-gambar semasa di Gala Pesona petang semalam. Inilah pertunjukan fesyen yang sangat GRAND bagi kakchik diadakan di negeri ini. Diadakan secara tertutup, khusus untuk muslimat sahaja, tiada seorang lelaki pun yang terlibat dalam acara ini kecuali 3 orang kanak-kanak lelaki bawah umur, hehehe yang hadir bersama ibu masing-masing. Alhamdulillah... memang seronok sekali.
KakChik sebenarnya tak dapat ambil banyak sangat gambar semasa model-model beraksi kat pentas sebab tak mahu berlawan dengan terlalu ramai jurugambar yang lain terutama wartawan yang meja mereka hanya di sebelah meja kakchik. Jadi layan ajelah gambar-gambar yang diambil dengan kamera telefon ni. Kamera kakchik tiba-tiba je buat hal.
Kakchik dengan sahabat-sahabat seusrah, Kak Nur dan Ni'mah, BFF semuanya.
KakChik bersama Na yang juga sahabat seusrah, penaja utama kehadiran kakchik ke gala tersebut. Terima kasih Na. Lawalah baju komiti majlis... tanda sokongan kepada kempen kanser payudara ke?
Tiket kehadiran untuk tempat yang istimewa, meja CEO, hehehe... tak sangka pula.
Inilah dia pentas peragaan sebelum majlis bermula. Segalanya pink sempena bulan kesedaran kanser ni.
Yang ini pulak ialah pentas untuk sesiapa saja bergambar, ala-ala macam Emmy Award ke apa-apa jenis award la... sebelum masuk dewan, berhenti kat sini dan bergambar.
Pintu utama Dewan Konvensyen KTC tempat majlis berlangsung. Tengoklah tu ahli-ahli komiti yang pakai jubah batik moden warna pink. Cantik kan.
Salah satu pakaian yang diperagakan. Kalau nak tengok yang lain singgah di KakChik's Wardrobe la pulak.
Farah Adeeba pun turut membuat penampilan istimewa. Dia keluar sekali je.
Penampilan istimewa oleh Maizawati Zainal ex-wife Akhil Hayy. Memang lawa orangnya. Abaya yang dia pakai pun saaaaangat lawa. Maaf la gambar tak lawa.
Dan adik pengacara yang cantik manis, Syarifah Noor dari TV9.
Semoga perkongsian ini dapat juga menggembirakan hati kalian.
NOTIS: SEGALA GAMBAR YANG ADA DI SINI ADALAH HAK MILIK KAKCHIK, JADI TOLONG JANGAN COPY KECUALI KAKCHIK IZINKAN TERLEBIH DAHULU.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
salam..kalau xsilap lily kakchik pakai bj batik yg baru bli aritu kan??cantek..brseri2 gtu
ReplyDeletesha suka sharifah noor:)
ReplyDeletecantiknya...kan best kalau dapat duduk sebelah kak chik masa tuh...
cantik2 busana muslimah ni kan..sapa kata tak boleh dikomersialkan,kan..
ReplyDeletebestnya....
ReplyDeletesy pun suka fesyen...
tapi, skdr suka tgk...
nk bgaya tak pndai...
:)
wow!
ReplyDeleteni yg semangat ummu nak kurus ni. nak pakai abaya lawo lawo tu. hihihi.
best la kakchik..untung kakchik dpt msuk dlm sana..kakchik kata g ngn cik abe kakchik??dia dok luar ke??
ReplyDeletesalam kakcik.
ReplyDeleteniza suke la tgk baju committee tu..
pinky tu,,suke sgt,
Best nya fesyen show ni..
ReplyDeleteKakchik pun pakai baju baru :)
Wkslm Lily. Ha'ah betullah tu. Mekasih... hehehe, buat pertama kali pakai baju begitu terang.
ReplyDeletesha - sharifah noor tu sekali tengok macam farah deeba je. memang dia cantik, subhanallah.
ReplyDeletekak kam - memang betul kak.
ReplyDeleteTC - kakchik pun asal macam tu juga nurul tapi dah lama sikit bergaul dgn teman2 yg minat fesyen Muslimah ni, adalah perubahan sikit. hehehe... masa kat gala tu, orang2 tua pun bergaya sakan. tapi ramai juga tak menepati syarat menutup aurat.
ReplyDeleteummu hanis - semoga berjaya ummu. insyaAllah tak lama lagi akan tercapailah hajat ummu tu.
ReplyDeleteqis - pergi ke gala sorang-sorang je, lepas tu baru balik ambil suami untuk dinner di rumah kak an. lelaki tak dibenarkan ke gala tu.
ReplyDeletenyza - wkslm dik. kakchik pun suka nyza. jubah batik moden warna pink tu memang cantik. kakchik dok tanya diorang berapa harga, siapa sponsor? sorang pun taknak bagitau.
ReplyDeleteTed - alhamdulillah ada peluang dapat gi fashion show gini, entah bila pulak akan ada lagi. hehe, baju baru tu mmg sesuai kan ke majlis cam tu?
ReplyDeletebestnya tgk pic tu kakchik..ni yg buat rinduku kt kg PMas makin membuak2..hi tlebih emo lak...Mmg meriah n cantik color pink tu sume..
ReplyDeletekak nza - gembira kakchik sebab dapat buat kak nza rindu kat kg, hehehe tapi jangan sedey2 ya kak. kan best kalau byk lagi event macam ni dpt dianjurkan di mana2 negeri pun.
ReplyDelete