Followers

8.10.09

Satu lauk saja.

Hari ni kakchik memang sibuk sangat. Rasa macam tak cukup kaki tangan untuk melakukan semua kerja-kerja rumah. Dengan 4 orang kanak-kanak riang, bibik yang tak tahu memasak, 10 orang pekerja kontrak yang sedang menyiapkan rumah baru kakchik, suami yang sibuk dengan kerjanya dan orang tua yang kurang sihat... kakchik tak dapat nak bayangkan bagaimana Ummi kakchik melaluinya setiap hari.

Kanak-kanak riang hanya tahu bermain, menonton Ceria dan membaca buku dan yang paling meletihkan ialah membuat sepah buku-buku dan barang mainan di merata tempat. Bibik pula memang rajin mengemas tapi selalunya makin dia mengemas makin tak kemas jadinya. Dia baik tapi kurang cermat, tambahan pula dia tak pandai memasak. Jadi kerjanya menjaga Amni dan membantu kerja-kerja lain.

Selain itu kami kena sediakan air minum dan makanan ringan untuk para pekerja kontrak untuk rehat pagi dan petang. Huhu... Ummi memang hebat! Tahu sajalah kami semuanya bekerja dan setiap hari Ummi perlu melaksanakan semua tugas tersebut. Memang terlalu banyak Ummi memudahkan kerja kami anak-anaknya.

Jadi hari ni sebelum kakchik ke bandar untuk urusan pembaharuan cukai jalan kereta dan beberapa urusan lain, kakchik dah selesaikan urusan makan minum ahli keluarga di rumah ini. Dengan harapan lauk ringkas yang kakchik sediakan akan dapat memenuhi selera semuanya.

Hari ni kakchik masak AYAM MASAK KICAP berdasarkan resepi dari SUZI. Mudah dan sungguh sedap sekali. 4 orang kanak-kanak riang makan dengan gembira hingga bertambah dua kali. Alhamdulillah. Diorang tak sabar tunggu lauk masak. Masak je berebut nak makan. Sekarang semua dah kekenyangan.

Siap dihidang untuk dimakan.


Lauk hampir masak. Mmmmm yummy!


Kuah dah mula mendidih.

Memang Allah tolong kakchik sebenarnya. Kakchik tadi terfikir-fikir lauk apa yang cepat dan mudah. Masuk aje blog SUZI terus ternampak gambar lauk tu kat bahagian Link Within. Apa lagi, tiru ajelah. Tapikan Suzi, rempah kurma takde jadi kakchik gantikan aje dengan apa yang ada, hehe, guna kiub ayam Knorr dan kuahnya kakchik tak bagi pekat sangat sebab budak-budak suka hirup.

Sekarang, kakchik baru nak membersihkan diri sementara budak-budak tu menonton tv dan Ummi berehat di dalam bilik. Rasa lega sedikit untuk meninggalkan rumah selepas ni. Sekurang-kurangnya lepas Zohor nanti Adik akan balik dari sekolah. Bolehlah dia tengok-tengokkan Ummi.

Yang pasti, kakchik akan membawa 3 dari 4 orang kanak-kanak riang ikut kakchik ke bandar.

13 comments:

  1. Hmmm... memang sedap ayam masak kicap Suzi ni... Sha dah masak berpuluh kali & dah jd resipi kegemaran keluarga...

    Sha kagum dgn Ummi kakchik yg dpt menguruskan budak2 tu dgn baik selama ni walaupun usia yg dah semakin meningkat... budak2 skarang lebih lasak dari budak2 dulu...

    Sha kadang2 pun bg chance anak2 sedara lepak2 kat umah ni.. Rasa mcm nak pecah kepala & bole naik darah tinggi ni dgn karenah budak2...

    Wah... cantiklah rumah tu tak lama lgi...

    ReplyDelete
  2. alamak kak chik, shasha dah reply dulu sebelum sha. hehehe...

    kak chik,

    sha mmg setuju sangat kadang2 bila idea takde, nak cepat...Allah mmg tolong kita. macam arinieh bila penat, tiba2 je jenab sha tak wat perangai lompat sana-sini, dia diam je kena bersihkan:)

    semoga kak chik sentiasa jd ibu yang cemerlang:)

    sha pon suka blog kak suzi...sebab cara masakannye mudah:)

    ReplyDelete
  3. lebih baik daripada berlaukkan garam.

    ReplyDelete
  4. selalu pun mmg sejenis saja...tabiat tak reti nak makan berjenis...rasa mcm bercampur aduk

    ReplyDelete
  5. Sasha - memang betul sangat. resepi ni memang sedap. rasanya lepas ni kakchik akan buat lagi memandangkan dapat sambutan ramai ni.

    ummi memang tak terbanding oleh kita. dalam keadaan umur dah 60 lebih, 2 belah lutut yang sakit akibat jatuh, dia masih jarang berehat. kakchik jarang nampak ummi tidur di siang hari. mesti ada saja keje yang dibuatnya.

    terima kasih ya sha.

    rumah kakchik tu masih byk yang perlu dibereskan. entah hujung tahun ni boleh masuk ke belum.

    ReplyDelete
  6. sha - bila kita ingat pertolongan Allah pasti datang, hidup jadi lebih mudah kan. kita ni sama-sama sukakan blog suzi tu. tapi apa yg kakchik perasan, kita ni dah ramai saling kenal-mengenali di alam maya ini.

    ReplyDelete
  7. one z - hehe, memanglah... syukur, masih lagi ada lauk.

    ReplyDelete
  8. Kujie - kalau ikut Ummi, dia akan masak 2 atau 3 lauk tapi kalau ikut kakchik memang suka 1 lauk je lepas tu campur dgn sayur dan sambal. Lagi senang kan?

    ReplyDelete
  9. oooit! cakap pasal kita ye...hihihi
    alhamdulillah ayam masak kicap tu pun kena dengan tekak famili kak chik. anak2 sy pun memang suka cuma yg kecil tu, Isa, kalu lauk gelap2 mcm tu dia mcm geli nak mkn...dulu ok..baru2 ni je...

    ReplyDelete
  10. lain kaler Suzi punya dengan kakchik punya masakan ayam kicap ni,camana buat kicap jadi merah,letak tomato lebih ke!

    ReplyDelete
  11. Wah leh cuba
    zamielashop.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Kalau sejenis lauk jer mwmang sedap

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs