Followers

8.10.09

Ummi Tak Sihat

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua. Semoga teman-teman semua sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni kakchik sibuk sikit dengan urusan rumahtangga. Ummi kakchik sejak semalam demam agak teruk. Badannya panas dan dia selalu menggigil kesakitan urat sendi katanya. Kasihan Ummi.

Apa yang mampu kakchik buat hanyalah mengurut badannya dan menguruskan hal makan-minum ahli keluarga di rumah ini.

Setiap kali kakchik mengurut badan Ummi, terasa bagai ingin saja air mata jatuh berguguran tapi kakchik tahan juga, tak mahu Ummi tahu kakchik sedih bila dia sakit.

Betapa Ummilah selama ini mengurus dan menjaga pelbagai urusan rumahtangga. Begitu besar jasa dan pengorbanan Ummi terhadap kami sekeluarga dan lebih-lebih lagi pada kakchik yang kini menumpang di rumah ini.

Kalau nak ditulis terlalu banyak perkara berkaitan Ummi yang tidak terbalas oleh diri ini. Ummi adalag ibu terbaik buat kakchik. Semoga ALLAH lindungi Ummi sepanjang masa dari segala kesusahan dan kesakitan. Semoga ALLAH segera sihatkan Ummi kerana kakchik tahu Ummi sedang menahan sakit.

Tolong doakan agar Ummi kakchik segera sembuh.

7 comments:

  1. Semoga Ummi cepat sembuh..

    Memang sedih hati kita bila insan tersayang sakit Kak Chik..Zureen doakan ummi cepat beransur pulih seperti sediakala..

    ReplyDelete
  2. salam kakchik...cikmin doakan agar ummi kakchik cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  3. Salam... Semoga ummi kak chik kembalik sihat... Tetiba teringat kat mak...rindunya...

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik
    semoga ummi kak chik sembuh dan tabah.amin.
    syukran sudi follow teratak saya

    ReplyDelete
  5. Salamz k.chik,
    Kittun doakan semoga ummi k.chik cepat sembuh. Bykkan bersabar & berdoa.

    ReplyDelete
  6. Ted doakan UMMI kakchik sihat sedia dan untuk kakchik..jaga juga kesihatan diri. Selalunya jika kita kalut2 dgn yg lain, diri sendiri terlupa.

    ReplyDelete
  7. Kakchik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman-teman yang mengambil berat dan mendoakan Ummi kakchik agar segera sihat.

    Alhamdulillah Ummi dah sihat w/pun tidak sepenuhnya. Hari ni dia dah pun mula ke dapur membuat sarapan w/pun kami suruh terus berehat.

    Ummi... begitulah dia.

    Semoga kalian semua mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs