Followers

5.10.09

Layan Anak-Anak Saudara La Sekejap

Assalamualaikum semua.

Kakchik tengah rehat ni, takde keje nak buat. Solat Zohor dah selesai jadi dok merayau-rayau dalam internet ni terasa bosanlah juga.

Baiklah kakchik layan anak-anak saudara kakchik dulu kan. Seronok tengok diorang.

Ini Iqbal, dah nak masuk 3 bulan usianya. Sudah pandai menegur orang sekarang ni, badan pun makin montel sebab hampir 24 jam asyik nak menyusu je. Tapi sejak semalam, Iqbal terpaksa belajar minum susu botol (susu Ibu yang diperah) sebab La dah mula kerja semula. Dah habis pantang, anak-anak terpaksa separuh di rumah Ummi dan separuh di rumah Cik (mertua La).

Gambar ni kakchik ambil masa ke rumah Chena, dia buat makan-makan sempena habis Puasa 6. Ikhwan tu khusyuk makan trifle dan Amni pula asyik nak posing. Dia memang tak boleh nampak kamera, cepat aje dia posing.

Ameirah, Amriena dan Iffah, sebaya semuanya seronok dapat bermain piano mainan kepunyaan Iffah. Budak-budak tadika la semua ni, peminat setia almari buku dan set 'building blocks' kepunyaan kakchik.

Bagus diorang ni, bergilir-gilir bermain alat tu.

Ini pula berkongsi mewarnakan buku. Farihin yang balik bercuti berkongsi dengan Amierah dan Amriena. Sorang lagi budak tadika.

Yang sebenarnya anak-anak saudara kakchik yang tahap tadika ni ada 6 orang semuanya. Kalau berkumpul, sama ada diorang membaca buku, main sekolah-sekolah, menonton Ceria, main blok atau pun berlari-larian serata rumah.

Merekalah yang menggamatkan rumah kami yang sudah sentiasa gamat itu.

7 comments:

  1. comelnye iqbal tuh kak chik...bulat matanya! geram plak sha jadinya:)

    ReplyDelete
  2. alala..comeynye iqbal..geram lily nk cobit2..tolla mate die bulat arr kakchik

    ReplyDelete
  3. sha - mata dia bulat tu sebab nampak flash kamera tu tapi iqbal memang comel

    ReplyDelete
  4. lily - hehe kat rumah ni pun dah ramai yg suka mencubit pipinya tu. mata dia bulat tak macam kakchik yang sepet ni.

    ReplyDelete
  5. meriahnya rumah kak chik. mesti seronok sgt budak2 tu, ramai ye yg sebaya.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah kin. itulah tahun 2004 kakchik dapat 4 orang anak saudara dan 2005 2 orang. itu yg sebaya ramai tu. sentiasa riuh kat rumah ni.

    ReplyDelete
  7. Budak2 kalau dia main elok2 mcm tu mmg seronok nak layan..tapi kalau dah mula bergomoi tu , kita cakap apa pun dia dah tak heran...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs