Followers

18.10.09

Buang bayi sikap kaum Jahiliyyah

Ahad Oktober 18, 2009

Buang bayi sikap kaum Jahiliyyah - Nik Aziz

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan mereka yang membuang bayi adalah sama dengan sikap kaum Jahiliyyah di Mekah iaitu kaum yang terkenal dengan keruntuhan akhlak dan moralnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau bimbang dengan sikap golongan itu yang menjadi penyakit kepada masalah sosial di negeri itu.

"Golongan ini mereka menolak agama, mereka suka kepada dunia dan wang tanpa memikirkan agama. Mereka sanggup terlibat dalam zina, dadah dan jenayah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes pembuangan dua bayi dalam tempoh kurang seminggu dengan penemuan bayi pertama di Masjid Al-Sultan Yahya Petra diikuti kes kedua di Masjid Telipot, di sini semalam.

Ketika ditemui kira-kira pukul 8 pagi, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu dipercayai baru tiga jam dilahirkan dan hanya dibalut dengan sehelai kain tudung.

Nik Abdul Aziz berkata kerajaan negeri perlu menggiatkan lagi aktiviti kerohanian seperti dakwah untuk meningkatkan lagi kesedaran dan nilai moral masyarakat.

"Kita akan lakukan dakwah termasuk khutbah dan ceramah. Apa yang penting adalah kesedaran masyarakat di dalam hati mereka terhadap Islam bukannya polis.

"Orang lihat perkara ini tanggungjawab polis, itu salah. Sebenarnya tanggungjawab individu itu untuk menjaga moral mereka dengan Islam," katanya. BERNAMA


NOTA:
  • Semua pihak harus berperanan dalam menghindari masalah ini.
  • Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin dengan pergaulan dan tingkah-laku anak masing-masing.
  • Remaja semuda 15 tahun sudah pandai berhimpit-himpit lelaki dengan perempuan kononnya sedang berdiskusi untuk peperiksaan (berlaku di Zahra sebelum PMR baru-baru ni).
  • Kerajaan perlu mencari kaedah lebih baik mendekati hati dan jiwa remaja seperti ini terutama di sekolah mereka. Aktiviti dakwah bukan setakat ceramah dan khutbah, kita masih perlu 'brainstorm' secara kreatif.
  • Setiap dari kita tolong mainkan peranan masing-masing. Beranikan diri menegur perbuatan salah-laku jika melihat di depan mata.
Allahu'alam.

5 comments:

  1. salam kakchik,xpatutla dieorg yg suke buang bayi nih..mane perikemanusiaan dieorg??sdgkan anak kucing yg trbiar kite tgk ksian ini kan pulak manusia..xpatut tol..

    ReplyDelete
  2. kalaulah mereka tahu perasaan yang tidak ada bayi seperti sha...huh...

    ReplyDelete
  3. Wkslm Lily.

    Sebab suka buat dosa, peri kemanusiaan pun dah hilang Lily.

    Kalau mereka tahu dosa pahala dan ajal maut, tentu mereka insaf, taubat nasuha dan kembali ke pangkal jalan. Lebih2 utama, dari awal lagi mereka hindari maksiat dan zina.

    ReplyDelete
  4. sha - kita punya perasaan yang sama sha. ummi kakchik kata, "kenapa tak minta je pelihara anak tu? buat anak angkat." kakchik pun belum ada anak sha.

    ReplyDelete
  5. eeii..TED tak sanggup lah nak baca paper Metro tu. TED tgok tajuk..tertengok pulak gamabar anak-anak comel tak berdosa tu.. Baca pulak tajuk 'ANAK HARAM'..
    Terus TED humban paper tu bwh meja.Tak sanggup kakchik. Adam ted tu terjatuh pun ted nangis , ini pulak anak2 yang dibuang mcmtu ajer..ALLAH beri mereka mudah melahirkan anak tanpa bantuan doktor tapi tak bersyukur pun.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs