Followers

1.10.09

Shopping

Assalamualaikum dan salam malam semua.

Dah lama kakchik tak cerita tentang 'shopping' kat sini. Selalunya kat blog KakChik's Wardrobe yang banyak kakchik cerita sebab benda yang kakchik selalu 'shopping' ialah pakaian.

Malam ni rasa macam nak tulis sikit pasal kakchik ke beberapa tempat untuk urusan rasmi dan peribadi. Hampir 4 jam di luar rumah, lebih separuh masanya adalah kerana urusan-urusan rasmi tapi sempat juga kakchik mencelah untuk 'shopping' di beberapa tempat.


Yang sebenarnya kakchik ada urusan di pejabat TEKUN di sebelah kedai TURSAB ni tapi pejabat tu belum lagi beroperasi, jadi kakchik pun langkahkan kaki ke sini. Boleh dipanggil SYURGA TUDUNG la kedai ni sebab dari atas ke bawah dindingnya dan hampir keseluruhan ruang lantainya dipenuhi dengan pelbagai jenis tudung, terutama, TUDUNG SEGERA yang sangat diminati sekarang ni.


Selepas membeli beberapa helai tudung untuk diri sendiri dan adik/kakak di rumah, sempat pula minta jurujual rakam gambar kakchik, hehe. Dah berjaya menjalin hubungan mesra dengan salah seorang jurujualnya. PELABURAN masa depan tu.


Beg TURSAB dah sampai ke rumah pun menanti kakchik menbahagi-bahagikan isinya.


Cuba teka, tudung siapakah yang banyak itu? Sebab kakchik beli banyak helai, kakchik mendapat diskaun yang sangat lumayan, 4 helai tudung 60" ini adalah MODAL kakchik untuk 'business adventure' yang baru. Kain yang sangat diminati, tebal dan warna polos.


Selain beli tudung, kakchik singgah ke JW Collection di KK Square untuk membeli sehelai jubah chiffon untuk seorang kenalan yang kini berada di USA. CANTIK tak?


Dia dah pesan nakkan jubah yang warna ceria sebab dia dah bosan asyik memakai abaya hitam ke tempat kerja. Tambahan pula bukan mudah dia nak membeli jubah moden sebegini di Amerika sana. Apa salahnya kakchik tolong kan?

'Shopping' ni kena selalu beringat, jangan sengaja-sengaja keluar 'shopping' tanpa perancangan, BAHAYA! Kakchik lebih suka buat senarai apa yang akan dibeli, itupun jika perlu. Macam hari ni semua item yang dibeli adalah kerana keperluan, barulah kakchik tak membuang masa ber-'window shopping'.

Ada orang kata, 'shopping' ni hanya seronok bila poket berisi. Memanglah betul... tapi kena beringat-ingatlah, kalau tiada perancangan, harus duit mengalir macam air, bila dah kering, barulah menggigit jari.

Allahu'alam.

10 comments:

  1. Salam kak chik...

    kalau dah namanya perempuan, memang tak lari dari sifat suka membeli...
    tapi, bak kata kak chik...kena beringat dan membeli sekadar keperluan....

    ~dah lama tak ke Kelantan beli kain dan tudung...mertua ada rumah di Pengkalan Chepa.... dekat markas PAS... :)

    ReplyDelete
  2. bestnye shopping! lenkali sha nak mintak kak chik belikan jugak sbb nampak gayanya taste tuh macam kena je. purple is my fav kaler:)

    ReplyDelete
  3. TC - Wa'alaikummussalam. Hehe, memang ya lah tu... tapi selalu keluar shopping kena make sure duit dlm beg tak terlebih bajet. Oh, kalau nurul balik Kelantan, kenalah singgah rumah kakchik, dah dekat juga dgn rumah bertua nurul tu

    ReplyDelete
  4. sha - shopping memang best kalau ada duit sha. insyaallah boleh ditolong... kakchik memang suka purple, kita sama taste, yey...

    ReplyDelete
  5. salam kak chik. belanja sakan tuh. ;)

    ReplyDelete
  6. wkslm nurindah. sekali-sekala je.

    ReplyDelete
  7. lawa la jubah tu kak chik. Bila tgk baju2 cam gitu, rasa tak sabar nak balik shopping baju kat malaysia. Dah lama saya tak shopping baju2 ni kak chik. Maklum la, kat sini takde la baju2 yg bersesuaian yg ala2 busana muslimah nih. Online banyak jual, tp, saya rasa cam lagi puas kalau dpt tgk baju2 yg byk tergantung kat depan mata...hehhe..

    ReplyDelete
  8. kin - kakchik pun sama juga, lebih suka pilih depan mata tapi sebab skrg ska pakai abaya, kakchik terpaksa juga percaya kat online shop sb susah nak beli abaya yang berkualiti kat sini. kalau jubah memang kakchik tak beli, lebih suka tempah.

    ReplyDelete
  9. chantek jubah tu..tgn kembang..nk cari jugak laa..kat mn lawa2 jubah d klate kak??malas tol nk cari kdai2 nih..

    ReplyDelete
  10. eriey - jubah cantik banyak di butik firstlady, peace, optimo dan juga jw collection. semuanya kat kb mall

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs