Kota Bharu Trade Center (KBTC)
Hari Khamis lepas di sebelah petangnya kakchik bawa budak-budak, bibik dan Adik ke bandar untuk elakkan mereka mengganggu Ummi yang sedang berehat. Ummi kakchik kan masa tu masih lagi kurang sihat dan kalau budak-budak n ada di rumah, Ummi bukannya boleh tidur atau rehat. Anak-anak saudara kakchik ni semuanya aktif dan suka bermanja dengan Tok Mek diorang.
Jadi petang tu, selepas solat Zohor, kakchik bawa semuanya ikut kakchik ke Perodua untuk mengambil Roadtax baru yang telah diuruskan oleh ejen kereta kakchik. Alahai, kempis beg duit dibuatnya.
Menunggu Chikni (Adik) solat Zohor di Masjid al-Baraah. (L - R) Nana, Kakak dan Iffah duduk di tangga KBTC.
Selepas tu kami terus ke Rorine sebab kakchik nak mengambil Kad Ahli yang telah pun siap. Bila sampai di bandar, hujan renyai-renyai dah pun turun. Terpaksalah kakchik mencari tempat parking berbumbung kerana budak-budak ni bukannya tahan kalau terkena hujan hatta tempias sekalipun, tentu ada yang akan demam nanti. Kakchik tukar rancangan, tak ke Rorine tapi ke Kota Bharu Trade Center (KBTC) kerana parking nya berbumbung. Hehe akhirnya sampai juga kakchik ke Parkson dan Giant. Masuk lihat-lihat saja dan tak beli apa-apa pun. Duit pun hanya belanja makan ahli keluarga je.
Pintu utama Parkson dan Giant. Parkson masuk kat bahagian beg tangan dan kasut je. Giant hanya tengok dari luar.
Banyak betul koleksi beg dan kasut yang menarik. Sekarang ni sedang ada SALE di Parkson dari 20% hingga 70% untuk kasut dan beg tangan berjenama. Gila dibuatnya. Adik beli sepasang wedges Sembonia yang baru tiba. Cantikkkk... cikgu... nak selalu-selalu tukar-tukar kasut kan. Lepas puas melayan kerenah anak-anak saudara kakchik yang nak macam-macam tu kakchik bawa diorang makan di A&W. Bila semua dah kenyang kami ke Rorine.
Makan ringan di A&W.
Nasib baik Rorine dengan Parkson tu dekat saja jadi takdelah budak-budak tu kena berjalan jauh. Lagipun diorang seronok dapat jalan-jalan di bandar ni. Asyik terperuk di rumah tu selalu sangatlah bergaduh. Dah petang, nak Asar, kat dalam Rorine takde pelanggan pun. Sempatlah Bibik dan Adik mencuba kasut dan akhirnya masing-masing membeli sepasang kasut.
3 orang ni sedang khusyuk melihat pelbagai kosmetik yang ada di dalam Parkson.
Kami masuk semula ke KBTC untuk mengambil kereta. Kami tak masuk pun dalam Giant atau Parkson sebenar, kami hanya masuk kedai-kedai di luarnya sebab kakchik bimbang kami akan leka dan terlewat solat Asar. Cuaca pun makin berangin dan gelap. Sudah pasti petang tu akan hujan lebat lagi seperti hari-hari sebelum tu.
Nana yang seronok bermain di celah-celah rak kasut dalam Parkson.
Dari KBTC kami ke Tursab di Jalan Che Su sebab Adik nak membeli tudung. Pilih punya pilih akhirnya satu pun tak dibelinya. Ada warna yang sesuai, tudung pulang singkat. Ada yang labuh, saiznya dah elok, warna pula menjadi isu. Dah tu kami balik ajelah. Adik ni memang cerewet.
Hujan dah mula turun tapi renyai-renyai. Bila tengok jam dah pukul 6, jalan pun mula sesak. Kakchik putuskan kami solat Asar kat mana-mana masjid yang terdekat. Singgah di Masjid As-Salam mendirikan amanah Allah, sebelum semua orang selesai solat, hujan lebat dah pun turun. Risau dengan anak-anak saudara kakchik tu. Nasib baik ada payung dalam kereta. Sorang-sorang kakchik payungkan masuk dalam kereta dan kami pulang dalam hujan lebat. Memandu pun perlahan saja.
Amni, gembira sebab dah nak balik.
Kami sampai beberapa minit nak Maghrib. Jumpa cik abe yang bergegas nak ke masjid. Kesiannya suami kakchik, hari tu kakchik tak sempat nak siapkan pakaiannya sebelum turun. Biasanya malam Jumaat, dia mungkin memberi kuliah. Takpelah sebab kakchik nampak dia ceria je.
Alhamdulillah... lega bila sampai di rumah. Mandikan anak-anak saudara sebab Ibu mereka on-call hari tu, pagi Jumaat barulah balik. Dan... sudah dijangka ada yang demam malam tu.

Wah seronok nya dgn kanak2 riang. macam manala mengawal anak2 yg makin lasak+aktif, TED dgn ADAM seorang ni pun kekadang kelamkabut jugak dgn perangai dan telatah dia. kanak2 ni sebenarnya terapi utk kita juga . waktu duka mereka penghibur
ReplyDeletebudak2 lah yang paling seronok kalau dapat berjalan. tp sha respect kak chik, masih nak bawak anak2. ada gak org yang tak suka bawak anak berjalan, nakal katanya. mungkin betul. tp sekali sekala berjalan dpt luaskan pandangan budak2. tahniah kak chik!:)
ReplyDeleteseronoklah sikecik2 tu dpt jenjln ye...anak2 sy selalu je nak ikut kalau pi shopping brg , yg tak laratnye kalau plan nak beli 1/2 troli blh jadi penuh 1 troli...nak itu dan ini...hihihi
ReplyDeleteTed - nak mengawal mereka memerlukan stamina dan kesabaran yang tinggi, tau sajelah kanak-kanak riang. amni bolehlah bergilir dukung dgn bibik, kalau lepas berjalan, alamat susahlah nanti. yang lebih berkesan ialah sebelum keluar dr rumah kakchik sudah berpesan kat diorang, "sapa yang nakal, tak dengar kata, chikja tinggal aje kat dalam supermarket tu." jadi kenakalan mereka terbataslah sikit. dan memang betul Ted, terapi minda dan fizikal.
ReplyDeleteAssalamualaikuum kakchik,
ReplyDeleteKBTC ni dekat dengan bangunan the store tu ke? kalau tu, masa terakhir saya di sana [2008], bangunan tu belum siap. Cepat pembinaan bangunan sana, KB mall tu rasa sekejap je siap..
sha - memang betul tu sha, sejak diorang tahu kakchik nak bawa ke bandar, selang 5 min, datang tanya bila nak pergi. terima kasih... anak-anak pun macam kita juga kan nak juga seronok berjalan-jalan, lepaskan tenaga berlebihan.
ReplyDeleteSuzi - ha'ah diorang seronok sakan. sibuklah dok ajak kakchik jalan-jalan lagi minggu depan. kata nana, "hari khamis kan chikja cuti... bolehlah jalan-jalan..." pandai le dia. hari tu kakchik tak shopping pun, saje je nak tgk KBTC tu buat kali pertama tapi kalau masuk dlm Giant mgkn jadi macam Suzi juga.
ReplyDeleteSakinah - Wa'alaikummussalam.
ReplyDeleteBetullah tu... memang bangunan itulah KBTC. Siap sepenuhnya sebelum Ramadhan lepas dan dibuka kepada orang ramai dalam bulan tu jugak.
Memang cepat siap, agaknya sebab 24jam pekerja bertungkus-lumus membangunkannya.